Tuesday, April 30, 2013

Sakit MATA le Pulak... :(

Baru ingat hari ini nak update pasal Qalesya hujung minggu hari tu.. Tapi nampak gayanya entry yang terpaksa menyusul dahulu.. Pagi semalam masa Qalesya bangun dari tidur tetiba Ibu perasan macam ada yang tak kene dengan mata Qalesya.. Bengkak semacam pulak dah.. ingatkan kene gigit semut ke apa... Sekali tengok lagi Ada taik mata lak tue... Terus terdetik kat hati " Ehh sudah takkan sakit mata lak budak kecik nie " ... So siapkan Qalesya macam biasa hantar dia pergi rumah Nenek Ani dia... Petang semalam ambik dia tengok mata dia macam budak baru lepas nangis.. Nenek Ani dia pun perasan gak tu yang dia bagitahu pasal mata Qalesya tue.. Lepas ambik je Qalesya Ibu terus call Daddy Qalesya dia suruh terus bawa pergi klinik sebab kalau nak tunggu dia balik kerja pukul 9 katanya.. Kalau Daddy tak cakap cam tu pun ibu memang nak bawa Qalesya pergi klinik terus je... :) Lepas tu Daddy ada call ada msg tanya pasal Qalesya dah bawa pergi ke belum hehe saje je Ibu sakat Daddy .. Ibu kata tak bawa lagi tunggu Daddy balik baru pergi HEhehe ... Rupanya dalam pukul 8.15 cam tu dia dah balik dah.. Terus suruh ibu dengan Qalesya siap-siap nak pergi klinik... Sekali Qalesya kata " Daddyyyyyy Adeq dah pergi dah ... Daddyy ambikkan ubat adeq dalam kereta Ibu... Adeq nak makan ubat adeq dah demam dah nie ... " HAhahaha budak kecik ni kan... Ada-ada je lah dia nie.. Memang tadi masa nak masuk rumah saje je cakap kat Qalesya "Alaaaaa Ibu lupa nak bawa ubat adeq ..tinggal dalam kereta ...HAhahaha " .... Qalesya  ni memang  jenis paling suka makan ubat.. Bagi dia ubat tu sedap kot hehehe... Semalam masa dia kata dia macam nak demam terus dia pergi peti ais nak makan ubat demam yang memang ada dalam peti ais.. ^_~ 


Apa Pun Moga Anak Ibu Cepat Sembuh yer Sayang .... >_<


Monday, April 29, 2013

MONDAY ... !!!! Alhamdulillah ^_~



Hari ni Liya tersangatlah Bizi kat opis .. 
Banyak kerja yang dah setia menunngu kat opis ni ... 
Nak kene settlekan dan Submit hari ni jugak...
>_< 


Friday, April 26, 2013

Wednesday, April 24, 2013

Amalan Ketika Anak Tidur



AMALAN KETIKA ANAK TIDUR :)

♥ Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali.

♥ Membaca surah al fatihah 1 kali,alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.

♥ Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

♥ Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak


Moga bermanfaat buat semua ... >_<

TenSionnn .... !!!!

Pagi-pagi dah tension... Mana tidaknya ingatkan keluar awal bolehlah sampai awal tapi rupanya keluar awal pagi tadi lagi lambat adalah.. Tak tahu le kenapa jammed begitu teruk sangat.. Sampaikan kalau berlumpa dengan siput.. siput boleh sampai dulu gamaknya ^_~ ....




Buat Qalesya ... Sorry ye sayang pagi tadi ibu marah adeq.. Tu lah adeq janganlah buat ibu marah.. Ibu nak cepat  adeq macam-macam lak.. Ibu dah kemas tempat tidur sapa suruh adeq sepahkan balik.. Lain kali tak mau macam tu lagi tahu... Ibu Sayang Qalesya ..

Wednesday, April 17, 2013

Tuesday, April 16, 2013

Senarai Calon PRU 13

Berikut senarai calon BN Perak yang bertanding mengikut kerusi Parlimen dan DUN pada PRU-13:


P054: Gerik- Datuk Hasbullah Osman
N01: Pengkalan Hulu- Aznel Ibrahim
N02: Temengor- Salbiah Mohamed
P055: Lenggong- Datuk Shamsul Anuar Nasarah
N03: Kenering- Datuk Mohd Tarmizi Idris
N04: Kota Tampan- Datuk Saarani Mohamad
P056: Larut- Datuk Hamzah Zainuddin
N05: Selama- Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff
N06: Kubu Gajah- Ahmad Hasbullah Alias
N07: Batu Kurau- Dr Muhammad Amin Zakaria
P057: Parit Buntar- Mua’amar Gaffadi Jamal Jamaluddin
N08: Titi Serong- Abu Bakar Mat Ali
N09: Kuala Kurau- Mohd Salleh Mat Disa
P058: Bagan Serai- Dr Noor Azmi Ghazali
N10: Alor Pongsu- Datuk Sham Mat Sahat
N11: Gunung Semanggol- Zulkarnain Ismail
N12: Selinsing- Sharudin Ahmad
P059: Bukit Gantang- Datuk Ismail Safian
N13: Kuala Sepetang- Loh Swee Eng
N14: Changkat Jering- Datuk Rosli Husin
N15: Trong- Dr Zabri Abdul Wahid
P060: Taiping- Datuk Tan Lian Hoe
N16: Kamunting- Datuk Mohammad Zahir Abd Khalid
N17: Pokok Assam- Ho Cheng Wang
N18: Aulong- Soo Kay Peng
P061: Padang Rengas- Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz
N19: Chenderoh- Zainun Mat Nor
N20: Lubuk Merbau- Datuk Siti Salmah Mat Jusak
P062: Sungai Siput- Datuk S Devamany
N21: Lintang- Datuk Zolkafly Harun
N22: Jalong- Liew Yew Aw
P063: Tambun- Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
N23: Mohamad Ziad Mohamed
N24: Datuk Aminuddin Md Hanafiah
P064: Ipoh Timur- Kathleen Wong Mei Yin
N25: Canning- Ceylyn Tay Wei Lung
N26: Tebing Tinggi- Tony Khoo Boon Chu
P065: Ipoh Barat- Dr Cheng Wei Yee
N28: Bercham- Liew Huey Shan
N29: Kepayang- Chang Kok Aun
N30: Buntong- Sivaraj A/l Chandran
P066: Batu Gajah- Loo Thin Tuck
N31: Jelapang- Mokan A/L Supramaniam
N32: Menglembu- Loo Gar Yen
N33: Yip Sze Choy
P067: Kuala Kangsar- Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad
N34: Bukit Chandan- Maslin Sham Razman
N35: Manong- Mohamad Kamil Shafie
P068: Beruas- Datuk Chang Ko Youn
N36: Pengkalan Baharu- Datuk Abd Manap Hashim
N37: Pantai Remis- Koh Ser Yun
P069: Parit- Datuk Mohd Zaim Abu Hassan
N38: Belanja- Drs Mohd Nizar Zakaria
N39: Bota- Datuk Nasaruddin Hashim
P070: Kampar- Datuk Lee Chee Leong
N40: Malim Nawar- Chang Gwo Chyang
N41: Keranji- Daniel Wa Wai How
N42: Tualang Sekah- Nolee Ashilin Mohammed Radzi
P071: Gopeng- Datuk Tan Chin Meng
N43: Sungai Rapat- Datuk Hamidah Osman
N44: Simpang Pulai- Chang Kon You
N45: Teja- Yew Sau Kham
P072: Tapah- Datuk M Saravanan
N46: Chenderiang- Datuk Dr Mah Hang Soon
N47: Ayer Kuning- Datuk Samsudin Abu Hassan
P073: Pasir Salak- Datuk Tajuddin Abdul Rahman
N48: Sungai Manik- Datuk Zainol Padzi Paharuddin
N49: Kampung Gajah- Abdullah Fauzi Ahmad Razali
P074: Lumut- Datuk Seri Kong Cho Ha
N50: Sitiawan- Ting Tai Fook
N51: Pasir Panjang- Rashidi Ibrahim
N52: Pangkor- Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
P075: Bagan Datoh- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
N53: Rungkup- Datuk Shahrul Zaman Yahya
N54: Hutan Melintang- Supramaniam A/L Ramalingam
P076: Teluk Intan- Datuk Mah Siew Keong
N55: Pasir Berdamar- Datuk M Kayveas
N56: Changkat Jong- Mohd Azhar Jamaluddin
P077: Tanjung Malim- Datuk Seri Ong Ka Chuan
N57: Sungkai- Goh Kim Swee
N58: Slim- Datuk Khusairi Abd Talib
N59: Behrang- Datuk Rusnah Kassim



Monday, April 15, 2013

Adeq tak busyuklah ibu.. >_<

Geli hati dengan Qalesya tadi... Kejadian dalam kereta otw nak balik rumah. Baru ambik qalesya dari rumah nenek ani dia..

Ibu : Adeq, ibu pening kepala lah..
Qalesya : Adeq demam lah ibu...
Ibu : uwwekk ..(bkn sebab qalesya kta dia demam ibu nak muntah tp ibu mmg rasa cam nak muntah sbb pening ni.. )

suasana jadi sunyi kejap dalam kereta, qalesya pun x bersuara langsung..

Tiba-tiba....

Qalesya : adeq busuk ke ibu...? Tapi adeq rasa adeq wangi tak busuk pun..  (sambil dok seat sebelah mata dia langsung x berkedip tgk ibu masa tnya soklan tu..serius ibu x tau camne nk luahkan ngn kata2 bila tgk muka qalesya time tu... )
Ibu : .... (terasa cam ilang jap sakit kepala ni dengar qalesya cakap cam tu hihi... )

mesti dia fikir ibu nak termuntah tu sebab cium bau busuk walhal ibu nk termuntah sbb sakit kepalalah sayang.. Sejak minggu lepas lagi kepala ni rasa berdenyut-denyut, rs nk muntah loya-loya... Opsss jgn salah anggap ibu qalesya muntah-muntah bukan sebab ada bby dlm peyot tau hihi tp maybe sbb migrain..

Thursday, April 11, 2013

Kala Malam .... :)


Tajuk entry tak boleh blah kan ... hehehehe.... Haipppp tak mau gelakkk.. Bababbbb kang =)

Minggu lepas Daddy balik kerja kul 9 malam... Minggu ni pula balik keje pukul 12 tgh malam... huhu .. Sedih tau kami yang dok rumah nie... Dah tu Qalesya kalau dia dengar le bunyi orang buka kunci kat luar rumah sure dia cakap "Daddy balik..Daddy balik..." sambil-sambil cari pot nak menyorok..  (tapi sebenarnya bukan Daddy dia hihi jiran sebelah rumah tu..kan minggu ni Daddy balik lambat huhu ) suka benor dia nyorok belakang pintu .. pastu baget suruh Daddy cari dia... Berbunyi lak budak tu dia kata "Daddy adeq tak ada" Hahahaha dah sah-sah ler Daddy tau Adeq kat mana.. hehe Tadaaaaa Daddy dapat tangkap Adeq .. :) itulah agenda Qalesya hari-hari bila Daddy balik kerja... sweetttt kan anak ibu nie.. Hahaha

Tu le Ibu cakap kat Daddy "Kesian Qalesya langsung tak jumpa Daddy dia minggu nie hehe" ialah Daddy pergi kerja Qalesya tengah tidur .. Daddy balik kerja pun Qalesya dah tidur.. Atenya bila masanya nak jumpa hehe... Tapi yang pastinya setiap malam kami tidur dalam pelukan Daddy...( Sejak Daddy kerja kat Subang ni dah tak ada shift dah..  ) HEhe kan Adeq kan ... kan... ^_~


Pandai Lak Dia Request ... ^_~

Sejak Qalesya ni makin besar pandai betul dia request macam-macam.. Malam tadi dia request nak pergi KIDZANIA pulak dah... :) Actually memang ada niat nak bawa dia pergi sana pun hehe.. Pandai anak ibu ni mereka tempat yang dia nak pergi yer.. nasib baik anak baru sorang hehe.. Ni kalau Daddy Qalesya tahu anak kesayangan dia nak pergi mesti dia kata "okey, nanti kita pergi " .... tu je lah modalnya Daddy tue.. Pastu mula ler tiap-tiap hari anak asyik dok bising kidzania..kidzania.. Macam legoland hari tue ler. Kalah Daddy dengan permintaan anak kesayangan dia tu ye dak... ^_~  Hari tu kalau tak silap liya ada baca kat blog Cho Zila yang dia dah bawa Atiqah & Azalia pergi sana hehe.. tak pe nanti teman pergi bersoreh dengan Cho Zila yerk ... Bukan apa kalau kita bertanya pada yang dah pergi info lebih mudah sikit ye dak.. Hehhehe




Tadi Saja je lah gatai dok pergi website KIDZANIA tue .. pas tu pergi le talifon tanya pasai Entrance Fee.. Bukan apa memang le kat WEBSITE dia dah tulis berapakan.. Tapi ada sikit kemuskilan tentang umur budak nie... Ialah Qalesya kalau ikutkan Tahun memanglah 4thn Tapi kalau ikut Bulan belum lagi sebab dia lahir nun hujung tahun bulan 11 kan...



So dia cakap Qalesya hanya perlu beli tiket toodler jer tapi kena tunjuk MyKid kat sana nanti... HEhee

Beza juga yer 4thn RM60.00 kalau 3thn RM35.00... Yahoooo save RM25.00 Hehehe ok le tu kan... :)

Untung juga anak yang lahir hujung tahun ni yer   HAhaha
Jom join Qalesya pergi Kidzania .... ^_~

Giveaway Perfume by maszmadi.blogspot.com



Liya memang suka join GA yang tak banyak sangat syaratnye .. Hihi
Salah satunya yang ini ler.... 
Simple & Easy jer ... ^_~

Pada sesiapa yang nak join GA ni sempat lagi okey.. 
Silalah Klik je Banner tue... ^_^

Dah namanya pun GA perfume kan.. 
Dah sah-sahlah hadiah dia perfume hehe... 

Wednesday, April 10, 2013

My Jantung Hati Jadi Doktor untuk Ibu .. :)

Terharu bila seorang anak yang masih kecil mengambil berat sangat tentang seorang ibu bila ibunya sakit.. Hehee itulah yang jadi malam tadi... Dari tengahari semalam lagi badan ni dah rasa macam tak berapa nak larat nak buat kerja.. Kepala rasa pening yang amat sangat ...Badan rasa nak demam ..  Tapi as usual tak mau le layankan sangat hehe ialah kalau dilayankan memang apa pun tak jadi .. Balik je dari ambik Qalesya kat rumah Nenek Ani terussss ibu baring hahaha dah takmau fikir apa-apa dah... Sambil baring tu le Qalesya datang "Ibu demam ye ... " sambil ibu pejam mata tu ibu jawab kat dia " A'ah le.. ibu rasa macam nak demam jeeee, ibu sakit kepalalah... " Sekali dia kata " Meh adik picit meh.." sambil tu tangan dia dok rasa tengkuk ibu .. Celik terus mataku hehehe.. " okey Qalesya budak baik so dia picitlah ibu.. dia picit tang dahi ..tersepot je dia dok sebelah ibu.. Hahaha rasa jari dia yang kecik-kecik tu dok kat dahi kita... Walaupun dia picit pun ala-ala main-main gitu tapi ibu really proud of u sayang ... at least dia ada inisiatif nak buat sesuatu bila kita sakitkan... Sejak Qalesya dah makin besar nie seronok sangat melayan kerenah dia... Mulut pun ada je yang dia tanya itu ini.. Sometimes dia buat ibu marah sampaikan ibu rasa nak jadi incredible hulk jer.. kekadang tu dia buat ibu nak senyum je dengan gelagat dia.. kekadang rasa merajuk dengan dia sebab dia selalu lebihkan Daddy tau... Hehe macam-macam lagi lah... Tapi ayat paling membuatkan ibu bahgia sangat bila dia kata " Adeq Sayanggggg Ibuuuuuuu  " memang hati ibu cair habisssss dibuatnya.... Terima Kasih Allah... ^____^


WordLess Wednesday ::: Layannnn ::::



::: 2011 ::: 


 ::: 2012 :::


::: 2013 ::: 

Tuesday, April 9, 2013

Tercedera sudahhhhh .... :)



Ni lah padahnya kalau tak nak dengar  cakap Ibu & Daddy ... Qalesya memang jenis budak yang sangat aktif.. Tak reti nak dok diam.. Kekadang sampaikan Ibu & Daddy ni letih tengok dia .. Tapi dia rileks je ... Kalau setakat jatuh masa main tu dah sememangnya tak ada benda bagi dia tapi alhamdulillah tak ada lah jatuh yang sampai teruk sangat sampaikan kena masuk hospital bagai.. Just jatuh macam budak-budak lain biasa bila main..Tapi kali ni dia memang cukup berani... Tu tengok tu dagu dah kene plaster.. Nak jadikan cerita weekend hari tu kami lepak kat Gombak.. Biasalah jumpa  Nenek & Atok Qalesya ... Masa kejadian Qalesya dengan Nenek kat dalam bilik...Nenek dah tidur sebab Nenek letih..Daddy letakkan Qalesya kat situ sebab Qalesya pun memang nak tidur ialah dah pukul 11 lebih rasanya masa tu.. Ingatkan Qalesya dah lena tidur kat sebelah nenek.. Entah macam mana tetiba dengar suara Qalesya nangis .. Dengan keadaan Nenek yang jerit panggil Daddy Qalesya... Panik & kecoh juga le masa tue.. Terus kami bergegas ke situ.. Tengok-tengok Qalesya tengah menangis sambil dagu dia berdarah... Nenek Qalesya ni jenis tak berapa berani tengok darah sama dengan Daddy Qalesya :) ..Tanya Qalesya cam ne leh jadi camnie... Rupa-rupanya dia main pisau cukur Atok dia... Aduhaiii Qalesya... Sabo je lah Ibu... bila keadaan dah reda, tanya balik Qalesya cam ne leh jadi cam nie.. Dia pun bagitau... " Adeq main nie ".. dia tunjuk pisau cukur tue.. lepas tu kejap-kejap dia tengok cermin.. Sebabnya Ibu saja sakat dia habislah adik dah tak cantik lagi dah muka adeq hehe... Lepas tu mulalah dia melalak.. Haaaa tau pun .. kan Ibu & Daddy dah pesan jangan main benda-benda cam nie... so sejak kejadian tu Qalesya memang dah tak berani nak pegang pisau cukur tu... apatah lagi nak pegang ... esoknya pandai lak dia cakap " Tak boleh main pisau ye ibu.. Tak boleh main gunting ye Ibu... " Ye sayang bende-bende tu memang tak boleh main..Memang pengajaran buat dia ...  Budak Bertuah ... ^_~

Monday, April 8, 2013

Janji Ditepati :: The Croods ::



Ingat lagi tak entry pasal ni .. http://qasehkuqalesya.blogspot.com/2013/04/weekend-yang-serba-tak-kene.html  Entry yang sebelum ni Liya ada cerita pasal Qalesya dengan movie " THE CROODS " ni.. Alaaa kononnya nak bawa tengok tapi delay ...  Alhamdulillah sabtu lepas tertunailah hajat budak kecik ni nak tengok movie nie... Kami pergi tengok kat Citta Mall.. pengalaman pertama kami pergi sana.. So far tempatnya memang tidak mengewakan... Kami pergi berdua sebab Daday Qalesya kerja sabtu tue.. Ni lah kali Ke-2 kami pergi berdua jer... Seronok juga... Alhamdulillah lah Qalesya pun tak banyak ragam & kerenah... Cerita ni memang Best ... Bukan Qalesya je suka Ibu Qalesya ni pun suka juga ^_~ ... Qalesya pun happy sangat... Ok sambung next entry pasal aktiviti sabtu kami 2 beranak... Nak balik dah nie... Tak sabar nak ambik Qalesya kat rumah Nenek Ani dia ... Sure dia akan pau ibu Aiskrim jap lagi nie... hehehe

ABPBH 2012 ::: Shaheizy Sam :::



TAHNIAH SHAHEIZY SAM .... 
Rasanya ramai yang dah tahu beliau menang "Bintang Paling Popular Berita Harian 2012" 
Nampaknya kali ke2 dia menyandang gelaran tersebut.. Pertama kalinya untuk Tahun 2010
Tahniah juga kepada semua pemenang yang lain ... ^_~

Sedikit rasa terkilan bila melihat pakaian sesetengah artis perempuan kita pada malam tu... :( 

Sunday, April 7, 2013

Anugerah Bintang Populor Berita Harian (ABPPBH 2012)

Nak buat special entry mengenai ABPBH 2012.. Kalau tahun lepas Aaron Aziz yang sandang tahun 2012 agak-agak siapa ye.. Hehe bagi liya... Liya rasa Zizan.. Tapi Daddy Qalesya kata bukan Zizan hehe..Tak pe just wait n see jer kejap lagi .. Kita tengok siapa yang menang.. ^_~

Allah Selamatkan Kamu .... ~_^

Salam hari ahad semua...

Yess...!!
Hari ni 07.04.2013 harijadi abang ke2 liya " Megat Mohd Haidhir"
Selamat Hari Lahir Nyah yang ke 33thn..
Semoga panjang umur & dimurahkankan rezeki.. Sentiasa di bawah rahmat & lindunganNYA selalu. Cepat-cepatlah naik pelamin.. Qalesya nak makngah ^_~
Luv u so much....

Hehe Qalesya cakap nak belikan kek angry bird untuk pakngah aidil... ^_^

Friday, April 5, 2013

Mini Giveaway AR - Contest & Tutobies



DONE... !!!


Mini Giveaway yang simple ^_~ 
Tarikh tutup akan diberitahu kemuadian... 
Cepatttttttt ..... :-P




First Giveaway By Wana Owen





::: KLIK BANNER ::: 

Giveaway yang sangat-sangat Simple... 
Hadiah pun BEST...!!! 
Tarikh Tutup : 20.04.2013
^_~


Sempoi Giveaway By Aliya Tralala



::: KLIK BANNER :::
Jom Meriahkan Lagi Sempoi Giveaway By Aliya Tralala... 
Klik SINI ye untuk Join...
Tarikh Tutup : 20.04.2013  
Have Fun Semua... 
^_~

1st Giveaway By Emas Putih


Hari ni uzu nak lancar 1st Giveaway kat blog uzu. Dijemput join dan support Giveaway uzu ye.
Mana tau rezeki korang kan. Mudah-IIan :)
 1st Giveaway akan berlangsung pada 04 April - 17 April 2013/11:59pm

SYARAT-SYARAT
1. Buat entry yang bertajuk 1st Giveaway By Emas Putih
2. Follow sponser, Like fanpage, Klik iklan, Klik G+ dibawah (wajib akan diperiksa)
 3. PALING WAJIB Copy coding entry kat bawah dan Paste ke Html post

Coding Entry 


[1. klik pada Html 2. paste coding entry 3. tekan compose . 4 klik publish]
copy coding entry ini di credit kan ke Mia Liana

Follow blog Sponser
Banyak sangat nak follow? Anggap je korang sedang berblogwalking and sambil menang hadiah.
Tak rugi ape pun kan . Dont worry diorang akan follow korang balik.
Like Fanpage Sponser
                  

Klik Iklan Sponser
(Tunggu sampai habis loading) <-- data-blogger-escaped-jujur="" data-blogger-escaped-nbsp="">

Follow G+ Sponser



HADIAH-HADIAH

Top Referral
1st  Cash RM 30 
2nd Topup RM10

Hadiah Random
Domain (com/net/my) x 3
Banner 300x90/sebulan berharga RM100 di Ping.jer x 1
Bisness Card x 1
Bedak Arab x 2
T-Shirt Terengganu x 2
Beg x 2
Shawl x 3
Tudung Bawal x 3
Maskara Fiber berharga RM45 x 1
1x BB Cream Skin79 5g x 1
Necklace Vintage x 3
10 broochs x 2
Topup RM5 x 15
Topup 3 x 1
Buku "Aku Terima Nikahnya" x 1
Buku Diary of a Wimpy Kid : The Third Wheel by Jeff Kinney berharga RM48.50 x 1
Buku Ilmiah x 1
Bookmarks Eksekutif x 5
Frame x 1

Klik untuk melihat -->GAMBARAN HADIAH

Terima kasih kepada sponser-sponser yang sudi menaja 1st Giveaway by Emas Putih ini.

Doa Di Pagi Jumaat :)


:: TAUBAT SEORANG HAMBA ::

Hati hiba mengenangkan 
Dosa-dosa yang kulakukan
Oh Tuhan maha kuasa 
Terima Taubat hamba berdosa

Ku Akui kelemahan ini 
Ku Insafi kekurangan ini
Ku Kesali Kejahilan ini
Terimalah Taubat Ku Ini..

Telah aku merasakan
Derita dan perasaan
Kerana hilang dari jalan 
Menuju redhamu Ya Tuhan

Di hamparan ini ku meminta
Moga taubatku diterima

Thursday, April 4, 2013

I Love You Like A Love Song

Hahaha Liya dah kemaruk dengan lagu nie.. Dulu buat tak tahu je.. Ada keluar kat radio just dengar lepas tu sudahlah.. Tapi tu lah lately ni jadi suka lak.. Actually suka bila tengok Tasha Manshahar & syed Shamin ni nyanyi .. Slow dan asyik je melayannya hehe... Sampaikan set as caller ringtone lagu version mereka nie untuk Daddy Qalesya... So bila dia call Liya lagu ni le keluar hahaha...Sampai Qalesya pun dah boleh hafal lagu nie... Sabo je lah... :P




"Love You Like A Love Song"
[Verse 1]
It's been said and done
Every beautiful thought's been already sung
And I guess right now here's another one
So your melody will play on and on, with the best of 'em
You are beautiful, like a dream come alive, incredible
A sinful, miracle, lyrical
You've saved my life again
And I want you to know baby

[Chorus]
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

And I keep hitting re-peat-peat-peat-peat-peat-peat

I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

And I keep hitting re-peat-peat-peat-peat-peat-peat

[Verse 2]
Constantly, boy you play through my mind like a symphony
There's no way to describe what you do to me
You just do to me, what you do
And it feels like I've been rescued
I've been set free
I am hypnotized by your destiny
You are magical, lyrical, beautiful
You are... And I want you to know baby

[Chorus]
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

And I keep hitting re-peat-peat-peat-peat-peat-peat

I, I love you like a (love song baby) love song, baby
I, I love you like a (love song baby) love song, baby
I, I love you (I love you, I love you) like a love song, baby

And I keep hitting re-peat-peat-peat-peat-peat-peat (like a love song)

[Bridge]
No one compares
You stand alone, to every record I own
Music to my heart that's what you are
A song that goes on and on

[Chorus]
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

And I keep hitting re-peat-peat-peat-peat-peat-peat

I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

I love you...like a love song...



Yang ni pula version penyanyi asal dia ye.. 
Selena Gomez .... ^_~


9 Tanda Anak Pintar... ^_~



9 TANDA ANAK PINTAR.......

1. Ingatan yang kuat. Anak pintar mampu mengingati banyak perkara, tidak seperti kebanyakan kita yang selalunya 'masuk telinga kiri, keluar telinga kanan'. Contoh dari NAGC (National Association of Gifted Children); "Seorang anak berusia 6 tahun yang pulang dari muzium angkasa, melakar kembali gambar rajah roket yang telah dilihatnya dengan tepat."

2. Memiliki minat yang luas. Anak pintar mempunyai minat dalam berbagai bidang. Minat mereka berubah-ubah mengikut masa. Contoh; bulan ni mungkin suka dengan dinosaurus, bulan depan suka aerospace dan seterusnya.

3. Menulis dan membaca lebih awal. Seorang anak pintar mungkin boleh membaca dan menulis lebih awal dengan sendiri tanpa pengajaran formal.

4. Berbakat dalam bidang seni. Anak yang mempunyai bakat yang luar biasa dalam bidang seni dan muzik sering dianggap pintar. Anak yang boleh melukis, menyanyi dengan sempurna, atau dapat menghasilkan bentuk persepsi seni yang tinggi adalah termasuk dalam golongan anak pintar.

5. Mempunyai konsentrasi yang tinggi. Biasanya budak-budak tidak mampu meluangkan masa yang lama pada sesuatu perkara (cepat bosan), tetapi anak pintar mampu memberi tumpuan yang lama pada sesuatau perkara yang diminatinya.

6. Memiliki kosakata tinggi. Biasanya anak-anak memang suka bercakap dan banyak bertanya, tetapi jika mereka mengunakan perkataan yang lebih maju yang kita sendiri jarang mengunakan perkataan-perkataan itu dan kena pada tempatnya, maka anak ini adalah anak yang pintar. Menurut NAGC "Anak berusia 2 tahun biasanya bercakap seperti 'Ada kucing' tapi anak 2 tahun yang pintar akan berkata 'Ada seekor kucing di belakang rumah dan ia sedang berkejar-kejaran."

7. Penglihatan tajam dan terperinci. Anak pintar mempunyai mata tajam. Anak yang lebih besar mungkin ingin tahu lebih terperinci tentang bagaimana segala sesuatu bekerja dan anak yang lebih kecil dapat meletakan kembali ketempat asal dimana mainan itu diambil.

8. Bertindak sebagai pengkritik sendiri. Pada umumnya anak-anak tidak kesah tentang diri mereka atau orang lain, kecuali jika kawan mereka memiliki sesuatu yang mereka inginkan. Sebaliknya, anak pintar prihatin dengan orang lain, malah lebih lagi pada diri sendiri.

9. Memahami konsep yang kompleks. Anak yang sangat pintar memiliki kemampuan untuk memahami masalah yang kompleks, memahami hubungan, dan berfikiran abstark. Mereka mampu memahami masalah secara mendalam dan berfikir cara penyelesainnya.


KREDIT  : FB Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Jom Hamil


Semoga Anak-Anak Kita Menjadi Anak Yang Pintar Di Dunia & Akhirat ^_~

Happy Birthday NENEK .. ^_~



Hari ni 04.04.2013 Hari Lahir Nenek Qalesya a.k.a My Mother In Law... 

Ni kalau Qalesya tahu hari ni harijadi Nenek mesti sibuk suruh talifon Nenek.. Nak cakap dengan Nenek.. Macam biasalah budak kecik tu paling excited hehe bukan sebab apa sebabya ialah kalau ada birthday mesti ada kek dan kalau ada kek dia le yang lebih hehe mengalahkan tuan punya birthday person tue.... Balik nanti nak ambil dia baru nak bagitahu dalam kereta .. Hahaha ...  

Neway Buat Mak / Nenek Qalesya ... hehe
Selamat Hari Lahir Nenek... Doa kami buatmu .. Semoga Allah swt sentiasa melindungi mak dengan limpahan rahmat dan kasih sayangNYA.. Diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki selalu.. 
We Love u So Much ..^_~


Ehhh saje je nak main teka-teka ... Agak2 korang le berapa umur Nenek Qalesya hehe... Peace..!!! 





Wednesday, April 3, 2013

Secebis Harapan

"Secebis Harapan " Nyayian Nora.. lagu ni dimainkan kat cerita Rindu Bertamu Di Abu Dhabi.. Macam best lak lirik lagu ni... Bukan tak pernah dengar lagu ni sebelum ni tapi tak ambik pot sangat just dengar and nothing... But bila selalu diulang-ulang kat cerita RBDAD ni jadi macam syok lak halwa telinga ni menghayatinya... Dan bila diamati atau didalami lirik lagu dia tu memang TERBAEK okey... Cuba hayati sikit lirik kat bawah nie... Mendalam okeyy  :-P


Tika keheningan 
Aku bagai dibuai
Dinginnya malam yang panjang
Tika kegelapan 
Sayu unggas berdengdang
Mengubat hati yang rawan
Bagaikan dingin yang malam yang suram
Begitulah diriku diibaratkan
Dalam kesamaran Ku rempuhi ranjau
Biarpun payah ku teruskan
Siapa memandang tidakkan ku hirau
Biarkan pedih ku tahankan
Menjelmalah bintang beri daku sinaran
Semoga hatikan cekal 
Akan ku teruskan Walau harus ditelan seribu nista di tangan
Terbanglah wahai unggas bebas di awan
Agar kan tercapai sinar gemerlapan
Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan
Apakah kan ada ketulusan jiwa
Namun yang menilaiku seadaanya
Ku pasrah padamu Tuhan 



Nak dengar lagu dia pun boleh.. klik SINI yer... ^_~

Parlimen Telah Dibubur .. 3 April 2013 :)

Alhamdulillah Parlimen Telah Dibubur.. 
Dengan Rasminya semua  parti adalah 'At Par" tiada pembangkang, tiada kerajaan. 
Rakyat adalah ketua dan pembuat keputusan sekarang nie ... 

Are you ready ... :) 
Pilihlah yang terbaik okey.. ^_^






WOrdLEss WednesdaY :: SaYang ::




Sejak 2 menjak ni Qalesya Selalu cakap "Sayang Ibu Sangat-Sangat " sambil peluk cium ibu.. 
Adeq tau tak Ibu pun Sayanggggg Adeq Sangat-Sangat Juga.. ^_~ 

Tuesday, April 2, 2013

Tak Sabar Dah MAu Pulang ... ^_~

YES...!!!! Waktu kerja dah nak habis... Tinggal lagi setengah jam mau pulang... Rindu kat budak kecik yang pot pet je mulut dia tue... Opssss Ibu dah promises kat dia nak belikan Aiskrim jap lagi... Okey makanya kena ler tunaikan kan... Hehehe Lagi satu tak sabar juga nak balik ni nak tengok ending cerita "Rindu Bertamu Di Abu Dhabi " hari ni final episode tue... WAJIB tonton okey.. ^_~


Tadi Daddy pun ada bagitahu.. Minggu ni Daddy Qalesya balik kerja lambat.. Katanya balik pukul 9mlm... Sebabnya dia kene backup kerja kat line lain.. Uwaaaa :((

Alhamdulillah .. Kenyang Sudah ^_~

Alhamdulillah kenyang dah... Baru balik lunch dengan Daddy Qalesya nie... Tengok jam ada lagi banyak masa nak relaks nie...ialah baru pukul 1.30 kan HeheHe.. Masa Daddy sampai kat opis ni tadi awan punyalah gelap kat sini (tak plak snap gambar awan hihi.. ) budget dalam hati ni memang confirm hujan lebat nie... Sampai je kat kedai makan Daddy parking kereta hujan macam dah turun sikit-sikit .. Cakap kat Daddy Qalesya " Ishh nak kene bawa payung nie .. " dengan selamba Daddy kata "alaaaa tak payah.. dekat je .. " Oklah fine hehe.... Alih-alih masa nak keluar dari kedai makan tue cuaca ni cerah siap ada matahari  keluar lagi hehe.. So maknenya tak jadi hujan lah yerks hehe... Betul kata orang mendung tak bererti hujan kan haha... 


Monday, April 1, 2013

Weekend Yang Serba Tak Kene... :(

Weekend hari tu Ibu & Qalesya dok rumah je lah... As usually Daddy terpaksa keje ..  Yup Daddy memang tak ada cuti asyik kerja je.. Sampaikan kekadang Qalesya cakap " daddy ni asyik kerja je " Hehehe nampak sangat anak dara saya dah besarkan... Tak pe lah Adeq nak buat macam mana Daddy kene kerja nak cari duit untuk kita sekeluarga jugakkan ^_~ .. So nak jadikan cerita sepatutnya sabtu pagi tu ibu dah promise dengan Qalesya nak pergi tengok wayang cerita THE CROODS tapiiiii  tak jadi .. Nak tahu sebab apa... Hehee sebab Qalesya ler dia bangun lambat Haha lepas tu bila ibu ajak pergi mandi dia x nak.. itu lah ini lah sampaikan ibu dah abis masak untuk lunch dia still tak mau mandi gak.. Rasanya pukul 11 lebih baru dia nak mandi.. Ibu dah cakap movie pukul 12tgh hari Deq .. Lastly cakap kat Qalesya tak payah pergi .. Cancel jer lah... Ibu dah malas dah nak pergi hehe... Nasib baik dia tak ngamuk hehe... So layan TV jer lah... Satu hari suntuk Qalesya dok layan kartun kat Astro.. pastu Kami layan tidur hehe .. Daddy balik pun lambat rasanya pukul 5 lebih kot.. Terus siap-siap Sebab liya dah cakap awal-awal nak pergi Shah Alam jap Alaaa sekali Kak Rai tak pick up phone lak... Adusssss terpaksa le pusing balik sebabnya ibu takut kang Daddy Qalesya marah lak hehe ialah dia baru balik kerja tadikan ibu dah ajak pergi keluar so terpaksa patah balik cancel..Salah Liya juga sepatutnya sebelum siap talifon terus kak rai hehe tapi tu le bukan xnak talifon takut gak kang Daddy Qalesya tu entah balik pukul berapa hehe tgk mood dia juga hehe...  Uwaaaa  akhirnya semua plan yang dah di plan pada hari sabtu semuanya tak jadi... :((  tak pe lah maybe ada hikmah le tu kot...

So ahadnya pulak... Qalesya mintak lagi sekali nak pergi tengok wayang... Ibu cakap lepas ni yer.. entah cam ne rajin lak nak masak ...Semalam masak Nasi Tomato.. 1st time buat sendiri... hahaha selama ni makan kat kedai tak pun makan kat rumah kenduri jer hehe.. Alhamdulillah menjadi ... Bila dah masak perut dah kenyang makanya malas pun datang le.. So tak jadi lagi nak pergi tengok wayang.. Walhal nak pergi tengok pun dekat je pun samaada kat CITTA MALL atau kat the Curve tu je pun... Cakap kat Qalesya postpone ye deq..Nasib baik dia ok... Cakap kat dia nnti petang nanti kita pergi Shah Alam jumpa kawan Ibu.. Dia pun okey je pun... Hehehe Good Gurl ok.. Tunggu punya tunggu sekali Daddy kata dia balik lambat... Dia kene standby sampai malam kat tempat kerja.. Adusssssss musnah segala plan... TENSION jerk kami...  hehe

So kesimpulannya .. Weekend kami serba tak kene.. Semuanya tak menjadi... Ibu & Qalesya dok rumah je lah jawabnya... :((

Pagi tadi masa hantar Qalesya kat rumah Nenek ... Dia tanya.. " Ibu, Bila nak bawa Adeq Pergi Tengok Wayang " .... .Opssss ibu ingatkan dia dah lupa rupanya dia ingat lagi .... Adusss Oklah nanti ibu try cari masa yang seswai ye Qalesya... Sori ye Sayang ... n sori jugak kat kak Rai .. asyik tak menjadi je nak pergi ke sana... ^_~

Welcome April (^_^)


Cepatnya masa berlalu... 
April dah yerk... ^_~ 
Rasa macam baru je masuk tahun 2013 .. 
Salam Isnin Juga Buat Semua...