Sunday, November 30, 2014

Saturday, November 29, 2014

Anak Dara saya yang RAJIN ...

Pandai anak dara ibu lipat kain.. Tapi dia lipat baju dia jer lah.. Baju Ibu dengan Daddy langsung dia tak nak lipatkan hehe... Ibu puji cara dia lipat kain... Baru ibu perasan selama ni dia tengok cara ibu lipat sebab kain yang dia lipat dah macam ibu lipat cuma tak da lah kemas sangat but bentuk tetap ada.. tak pe PRACTICE MAKE PERFECT kan... so rajin-rajinlah tolong ibu er sayang... 





Kusyuk tau Kak Long lipat baju... 


Ehhh yang ni sudah kenapa pula nie... !!! 

Budak kecik ni lak selalu sibuk tau ... 
Kan dah kena masuk dalam bakul... 

Friday, November 28, 2014

Air Dicincang Takkan Putus

Please lah Kak Long.....  STOP IT..!!!!! 

^_^





This is what we call ADIK BERADIK .. huhu

SENYUM dan Ucaplah ALHAMDULILLAH kerana ALLAH  masih izinkan kita bersama-sama mereka yang kita SAYANG.... 

Yeaaa I'm DONE..!!!



5 tahun dulu masa Daddy buat Surat Beranak Kak Long boleh terus buat MYKID sekali.. Entah kenapa bila nak buatkan untuk Qhalif tak boleh pula. Pejabat Pendaftaran tu bagitahu urusan MYKID diberhentikan buat sementara nie.. Since bila ibu pun tak tahu.. So tak apa lah nak buat cam mana kan.. One day Daddy kata boleh buat MYKID dah.. So kami pun pergilah buat.. Mula-mula kami pergi kat Pejabat Pendaftaran Kota Damansara je sebab dekat sangat dengan rumah. Ramai juga orang nak tunggu lagipun kena tunggu sebulan baru boleh ambik.Cam tak syok lak (ibu excited lebih hehe.. )..Baru teringat baik pergi kat Pejabat Pendaftaran kat SHAH ALAM je. Urusan lagi cepat. Yaaaa...!!! memang cepat..Kalau Isnin-Khamis Proses siap dalam masa 1 jam jer.. Kalau Sabtu Ahad (buka weekend sampai pukul 1 Tengahari je) .. Isnin baru boleh ambik... So sementara tunggu siap boleh le jalan-jalan kat Plaza Massalam tu hehe..

Jabatan Pendaftaran Negara 
Negeri Selangor
Tkt. 7, Plaza Masalam,
No.2, Jalan Tengku Ampuan Zabedah E9/E
Seksyen 9,
40100 Shah Alam

Tel: 03-55197155,03-55107255,
03-55117355 ,03-55137455,
03-55104964 (Khidmat Pelanggan)
Faks: 03-55107055,
03-55117055 (Khidmat Pelanggan),
E-mail: admin_shahalam@jpn.gov.my


 Leceh sebenarnya kalau tak ada MYKID ni sebab kalau nak buat apa-apa urusan contohnya Hospital atau klinik nak Surat Beranak.. Dah le besar nak bawa ke hulu ke hilir. Kalau ada MYKID ni senang sikit letak kat dalam wallet jer...



Thursday, November 27, 2014

Shhhh.... Baby Dreaming .....

Sometimes The Smallest Things Take Up The Most Room In your HEART.. !! 

 Children Will Make Love stronger, Day Shorter, Nights Longer, The Bank Balance Smaller, Home Happier, Clothes Dirty, The Past Forgotten & The Future Worth Living.... 

Ibu  & Daddy, Love u kids.. Alwaysss tau .Remember that ya 






No one else will ever know the STRENGTH of my LOVE for you. after all, you're the only one who knows what my HEART sounds like from the inside.

TRY & ERROR ..... !!!

Satu lagi projek jahit-jahit Ibu...  

Kali ni anak dara ni nak skirt kembang-kembang pula dah... Ibu tak pernah buat dan tak pandai nak buatlah anak oii... Pula tu dia request nak ala-ala FROZEN.. hehe FROZEN..!!! aduhai Kak Long sayang oii apa Kak Long ingat Ibu ni tau sangat ke... Setelah dipujuk rayu oleh si anak maka ibunya pun memenuhilah permintaannya itu... 

Maka terhasillah Skirt Kembang nie... 
Ala-ala frozen yang memang tak jadi frozenya.. Kita guna kain yang ada je kat rumah... 

Tapi yang pasti.... 
Jelas cahaya kegembiraan cukup terserlah .. 
Seronok bukan main ... 


Ok ... SIAP ...!!!! 

Taraaaaaaa.............


xoxo

The Best Way To Make Children good Is To Make Them HAPPY...  ^_^ 

Hari-Hari Minta Balik Kampung.... Dushhhhhh


Bila cuti sekolah bermula... Anak-anak pun mulalah sibuk suruh hantar balik kampung... Kak Long tiap-tiap hari asyik tanya bila nak hantar dia balik kampung,... bila nak hantar balik kampung.. 

Hehehe ada apa kat kampung... !! 

Jawapannya 

SEBAB ... !! 
 kat Kampung dia Sangat-sangat MaNJA dengan Opah a.k.a Mak dan yang penting Ibu takda nak marah-marah dia sebab sepahkan rumah, kacau adik etc .... 

Ya..!!! Kak Long sangat rapat dengan Kakak Nana.. Umur pun tak jauh beza mana pun.. Beza 2 tahun je.. Ibu tau nanti mereka mesti jadi BFF bila dah besar nanti.. Ingat ye... Nanti Kakak Nana kena jaga Kak Long.. Kak Long pun sama kenalah jaga Kakak Nana juga tau.. Tak mau gaduh-gaduh .. tak mau masam-masam muka tau... 


xoxo

TAMAT Sesi Persekolahan 2014

Salam Khamis buat semua sahabat-sahabat pengunjung BLOG nie... 

Hari ni nak cerita tentang sesi persekolahan Kak Long. Walaupun entry ni terlambat sikit tapi still wangi lagi hehehe... Kak Long last day sekolah 20.11.2014. Sepatutnya Jumaat (21.11.2014) tapi disebabkan hari jumaat tu ada MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG/KONVO makanya sekolah Kak Long membenarkan pelajar-pelajar cuti awal bagi membolehkan cikgu-cikgu membuat persediaan untuk majlis tersebut sebelah malam tu.. Anak-Anak excited mak pak nya pun excited gak hehehe... nanti Ibu buat entry pasal majlis tu.. tak dan nak Snap Picture sebab Ibu sibuk melayan Qhalif yang tak nak kena pegang.. hehe dia seronok lepas cam tu je sebab ramai abang kakak ^_^ .. 

Berbalik tentang kisah Kak Long kat sepanjang sesi persekolahan 2014. Alhamdulillah banyak juga perubahan pada Kak Long. Dia dah hafal SURAH-SURAH LAZIM, Ayat KURSI, DOa-Doa Harian, ayat 1000 Dinar (Ibu pun tak hafal sangat.. )  Ohh ya, kalau pergi sekolah Kak Long orang tak kenal kalau panggil Qalesya.. Tapi QASEH ... Yaaaa QASEH.. Cikgu-Cikgu dan Kawan-Kawan semua panggil QASEH... ayu gitu ibu dengar ^_^ 

TADIKA PASTI LITTLE MUSLIM 
TAMAN DESA SUBANG
SUBANG BESTARI 





Buat Cikgu-Cikgu PASTI LITTLE MUSLIM 

Terima kasih kerana sabar mendidik Qaseh selama berada di sekolah. Special Thanks buat Cikgu Pah (Guru Kelas Qaseh) Halalkan segala ilmu yang dicurahkan buat Qaseh ya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik semua Cikgu-Cikgu untuk mendidik anak-anak SOLEH & SOLEHAH nie..

Buat Sahabat-Sahabat yang tengah mencari tadika buat anak-anak SYURGA kita nie. Sekolah PASTI ni boleh masuk dalam list ye. PASTI ni sangat-sangat baik untuk membentuk Akhlak anak-anak kita. INSYAALLAH ..


Wednesday, November 26, 2014

Cerita 10 Bulan yang Lepas ... xoxo

Dulu sebelum Qhalif lahir Ibu buatkan sendiri sarung tilam bantal kekabu dia.. Kalau tak silap Ibu time tu tinggal tunggu hari je.. Hehe baru terhegeh-hegeh nak buat, Seronok sangat masa tu. Ibu ni tak ada lah terror sangat nak menjahit nie.. tapi siki-sikit tu bolehlah. Bak kata orang dulu-dulu  "TAK ADA ROTAN AKAR PUN BERGUNA" ehh betul ke hehe.. So menjadi kebiasaan kalau dah buat sorang yang sorang lagi pun kenalah buatkan juga. Kalau tidak yang sorang tu muncung dia tu boleh diikat-ikat .. So makanya terhasillah seperti gambar kat bawah nie.. HEhe 



Adik Punya ... 


Kakak Punya

** Agak-agak boleh buat bisnes tak nanti hehehe (angan-angan ^_^ ... hihi )

WW : Weeewitttt Selfie







Being a FAMILY means you are part of something very wonderful. If means you will love and be loved for the rest of your life. NO MATTER WHAT.

Hangout CITTA MALL






RESPECT people who find time for you in their busy schedule But LOVE people who never look at their schedule when you need them.

Tuesday, November 25, 2014

MAkim Hensom Dah Dia.... ^_^


Dari sehari ke sehari Ibu nak bawa Qhalif pergi gunting rambut. Asal nak pergi je ada je hal lain. Lastly ahad baru ni lepas je sarapan pagi tu Ibu Daddy terus bawa Qhalif pergi. Haaaa baru le SMART dik Hehehe .. Mula-mula tu senyap je.. Alih-alih dia leh nak turun. Kak Long lak excited tengok rambut adik dia kena potong. Hehe suh potong rambut dia tau lak tak nak.. Bagi Ibu ok juga kedai nie.. Upah dia RM5 jer... Berbaloi-baloi ^_^

Mangga Asam Boi Penuh Kasih Sayang

Sejak 2 menjak ni semua orang sibuk memperkatakan tentang Jeruk Mangga Asam Boi. Sampaikan Ibu pun terjebak sama okey. Viral tau benda ni kat laman sosial. So, kebetulan ada mangga kat rumah dengan jayanya Ibu tanpa melengahkan masa buat. Lagipun cara nak buat pun senang je.. Semua ada kat rumah kecuali Asam Boi memang kena beli hehe... Akhirnya jadilah Jeruk Asam Boi Penuh Kasih Sayang Ibu nie.. Daddy tak bagi Kak Long Qalesya & Adik Qhalif makan hehe (masam katanya..tak bagus untuk budak-budak..)




Ini Pembantu Ibu sepanjang penghasilan Jeruk Asam Boi... 
Pembantu yang sememangnya sangat-sangat membantu .. Huhu 


video



video

^_^ 

Tuesday, November 18, 2014

ThrowBack : Qhalif 8 Bulan... ^_^


Nampak gayanya lepas ni banyak le post Ibu kat Blog ni sebab Ibu boleh copy & paste je dari IG ibu letak kat sini... Ibu sebenarnya try & error jer .. kekadang boleh kekadang tak boleh plak nak copy embed kat IG tu ... :P

A photo posted by @liyahanif on

Happy 5th Birthday Kak Long...

Happy Birthday To Youuuu..
Happy Birthday To Youuuu..
Happy Birthday To Kak Long...
Happy Birthday to you....




Dear Kak Long,

Ibu sayang sangat Kak Long.. Ibu sentiasa mendoakan yang terbaik buat Kak Long. Moga Jadi anak yang SOLEHAH berjaya didunia & akhirat... Selamat Hari Ulangtahun yang Ke5 Sayang..

Friday, November 7, 2014

ANak Perempuan Fasha Sandha

Alhamdulillah.. 
Tahniah buat Fasha Sandha... 
Putri Raysha Jemaima
comeii sangat ^_^


Sayang Selamanya .. ^_^


Ibu rinduuuu sangat-sangat moment nie... 
Anak teruna kesayangan Ibu masa nie berumur sebulan.. 



   

Dear Qhalif Irfan,

Ibu nak cerita sikit nie.. Qhalif pun lahir macam Kak Long juga.. Pakat awak berdua ye.. Dua-duanya nak keluar ikut tingkap, nak keluar ikut shortcut je anak-anak Ibu nie hehe... Sepanjang Qhalif nak lahir ke dunia memang Daddy yang jaga Ibu kat hospital.. Kak Long..!!! Acik Nie & Acik Epy ambik kat Hospital bawa balik kampung terus.. Dari sebelum lahir sampai awak dah keluar memang Daddy ada dengan Ibu.. Tak macam Kak Long dulu.. Opah dengan Ucu yang jaga Ibu .. Kak long dah keluar baru Daddy sampai sebab Kak Long keluar awal sangat dan terlampau cepat sampai tak dan Daddy nak sampai dari Klang.. lagipun memang Kak Long kan lahir kat Kampung Teluk Intan.. Ehh cerita pasal Kak Long pulak yer.. Okey Ibu nak cerita pasal Qhalif,. Isshhh kuat juga Qhalif nangis masa baru keluar.. Nyaring je hehehe lepas dah dibersihkan Nurse bawa Qhalif kat Ibu .. Itu lah 1st time Ibu cium pipi Qhalif... Hati Ibu...!!! Alhamdulillah Syukur sangat2 sebab Ibu dapat anak yang sihat dan baby BOY .. so dah sepasang dah anak Ibu hehe... Okey nanti Ibu sambung cerita lagi yer... ^_^

Thursday, November 6, 2014

Video Membuatkan Semua Lelaki Tersenyum .... ^_^



PURE JOY ... !!! 

Ibu suka video ni.. Nak like 1000x le... :-p
From start till the end tengok senyum sorang-sorang ibu dibuatnya... :) 
Macam ni juga le reaksi Kak Long Qalesya & Qhalif Irfan bila tiap kali Daddy balik.... 
Tetiba ibu teringat sangat-sangat dengan gelagat Qhalif sengih-sengih dia tengok kat pintu..
Daddy's came HOME ... ^_^

Wednesday, November 5, 2014

Burung I LOVE U ...

Ehh udah kenapa lak taju entry cam tu lak ye... :P Takpe lah baca sampai habis k....

Weekend hari tu QALESYA & QHALIF balik kampung.. Balik tumpang Acik Nie & Acik Epy je sebab nak hantar Ucu. Setelah 3 hari Ucu kena jaga budak QQ dua orang nie sebab dipaksa oleh Ibu Hehe... Alkisahnya Baby Sitter budak-budak ni ada hal kat kampung dia.. So Daddy plak tak boleh nak cuti sebab Daddy kena backup pergi KLIA that week. Nah apa lagi, Kebetulan memang Ucu datang rumah selasa sebab ada interview kat Bangi. Sambil mengelam minum air le .. hihi silap... Sambil Interview jaga anak-anak buah.. hehehe

Oklah berbalik cerita Burung I LOVE U tue... Hahaha nak kena tambah "Burung I LOVE U Pak Uda"... Hehehe sebab Pak Uda yang nak bagi Qhalif Irfan bawa balik Subang untuk dia jaga.. Ohhh Tidak. Terima Kasih le Pak Uda bukannya tak nak jaga tapi silap-silap haribulan burung tu yang kena berjaga-jaga dengan budak Qhalif Irfan ni.. kang dia picit tak pun dia masuk mulut hahaha Ohhh Tidakkk...!!! tak dapat nak bayangkan... :p





Akhirnya, ditinggalkan juga burung tu kat rumah Atok & Opah je lah. Biarlah burung tu kat situ .. Kalau bawa balik Subang entah berapa lama je jangka hayat dia nanti.. Sekali sekala bila balik kampung Qhalif Irfan main dengan burung tu ye... Comel burung-burung tu, ibu pun suka tengok hehe..

Psst : Pak Uda bagi nama kat burung tu.. Pak Uda kata satu Qalesya satu Qhalif Irfan .. Sorang satu dia kata .. Hahaha ada ke patut bagi nama anak-anak ibu hahaha tak boleh blah betullah Pak Uda nie... hehehe 


Tuesday, November 4, 2014

Happy Birthday " QHALIF IRFAN " ... ^_^

Alhamdulillah syukur . Hari ni 04112014 genaplah umur AHMAD QHALIF IRFAN 10 bulan.. Betullah cepat betul masa berlalu.. Kejap je dah 10 Bulan dah anak teruna kesayangan Ibu Daddy nie.. Alhamdulillah juga dia pun dah mula bertatih. Kalau minggu lepas dah 2-3 langkah. Hari ni dah 5-6 langkah.. Tapi dia ni takkan tunjuk skill dia kalau kita suruh.. dia nak dia buat dengan rela hati sendiri baru dia nak berjalan :) That's My Boy .. !!!



Dear QHALIF sayang, 
Happy 10th Month "QHALIF IRFAN" ...  Doa ibu sentiasa mengiringi setiap perjalanan anak ibu.. Moga menjadi anak yang SOLEH dan berjaya di dunia dan akhirat. Jangan lupa jaga tingkah laku & hormat orang yang lebih tua dari kita... Ibu Daddy sayang awak selalu.. 



Psst : Ishhh tu bukan Roller Blade Qhalif Irfan le.. Tu birthday present Kak Long minggu depan tapi saya yang rasminya dulu.. Saya jadi Tester .. Kak Long jangan marah ye.. Hihi