Friday, November 18, 2011

Kenapa Aku Berblog..??

Salam...

Pagi ni ada sorang sahabat tanya kat aku...
Rajin tul hang berblog... hihihi
Sebenarnya aku berblog pun saje je suka-suka...
Sekadar berkongsi segala apa yang aku rasa ..
Tentang kehidupan aku seharian nie..
Tentang aktiviti sekeliling aku, perasaan aku...
Tentang si kecik anak ibu yang omel tu --> Qalesya...

Sekurang-kurangnya nanti bila Qalesya dah pandai baca dia boleh baca kisah ibu..
Dan yang paling penting dia tahu yang aku sayang sangat kat dia..
Aku bukanlah seorang yang pandai bermadah-madah pujangga nie..
Ayat pun ikut suka aku je... hentam sajalah labuu ...
Aku menulis pun ikut apa yang aku rasa dan alami je pun...
itulah aku .... peaceeee....!!!! ^_^

gambar ehsan incik google yer... hihi


Sunday, November 13, 2011

Happy 2nd Birthday Qalesya

Salam...

Alhamdulillah.. Hari ni 13hb November genaplah Qalesya 2 tahun...
Syukur sangat-sangat ke hadrat illahi atas kebahagian ini...
Pejam celik pejam celik dah besar rupanya anak ibu ini...
Macam-macam perangai.. macam-macam akal sekarang ni tau...
walaupun kelam kabut sikit preparation tuk besday qalesya..
sebab apa yang di rancang semua tak berapa ok disebabkan sikit hal tue..
tapi nak buat cam ne... tak sangka bende ni jadi..
nak cerita kat sini pun dah malaslah...
tp alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar...

Buat Qaseh Nurhani Qalesya
Daddy n Ibu sayangggg sangat kat scha...
Doa kami agar Qalesya menjadi anak yg solehah, hormat orang tua, pandai, cerdik berjaya di dunia mahupun di akhirat...
tak lupa juga semoga diberikan kesihatan yang baik tuk anak ibu nie...

oklah kita layankan je gambar-gambar qalesya ni..
ralat juga lah sebab tak banyak gambar scha..
coz ibu n daddy sibuk melayan tetamu yg datang...


kek harijadi qalesya yg ke 2thn..
hihi jangan tak tau design kek ni sama dengan bantal ucuk scha..

yang ni lak angry bird yang semua budak-budak tunggu..
tapi sorry semua dah di booking oleh kazen-kazen scha..

Goodies bag untuk semua kawan-kawan scha yang datang...
special tau. ^_^

sebab orang nyanyikan birthday song untuk dia...


suka wat cam tu .. konon-konon malu lah...
sebab orang tepuk tangan tuk dia...

Tak sangka ramai pula kawan-kawan qalesya yang datang...



Wednesday, November 9, 2011

AidilAdha 2011

Salam...

Selamat Hari Raya AidilAdha Untuk Semua... ^_^
Raya Haji Tahun ni turn raya kat klang...
Pagi raya tu tak pergi mana-mana pun... dok rumah mentua je...
Kalau balik teluk intan boleh juga bawa qalesya pergi tengok orang sembelih lembu...
Macam raya haji tahun lepas... hihihi
so tengahari tu pergi shah alam rumah mak long hubby aku...
Sejak kahwin memang aku tak pernah pergi pun...
ni 1st time pergi dengan Qalesya sekali .. :))
tak lama pun kat situ.. sebab nak pergi rumah abang aku kat kg delek..
Qalesya lah paling suka sebab dia jumpa sepupu-sepupu dia..
Gambar pun tak banyak... ni je lah yang ada pun..
tapi pun semua gambar Qalesya je lah...



Qalesya sebelum Pergi Rumah Pak Long kat Kg Delek...


Yang ni kat Rumah Pak Long... Pandai-pandai je main anak patung kakak azirah...
kat rumah memang aku tak pernah belikan dia anak patung cam ni pun..
hihihihi