Showing posts with label Qalesya. Show all posts
Showing posts with label Qalesya. Show all posts

Tuesday, May 26, 2015

Get Well Soon Sayang

Alololo kesiannya anak kesayangan ibu ni.. Dia demam pula lepas tu mengadu sakit perut. Nak kata tak makan, tengahari tadi daddy kata dia makan nasi. Sementara tunggu ibu balik, Daddy bagi ubat demam dulu... Tak pe lah nanti balik dari kerja ibu daddy bawa kak long pergi klinik ye...Apa pun ibu doakan anak ibu cepat sembuh.. Get well soon ye sayang... Hehe takkan demam rindu Qhalif Irfan kot.. Baru ahad hari tu jumpa adik.. Alahaiii anak... 

Sunday, November 30, 2014

Saturday, November 29, 2014

Anak Dara saya yang RAJIN ...

Pandai anak dara ibu lipat kain.. Tapi dia lipat baju dia jer lah.. Baju Ibu dengan Daddy langsung dia tak nak lipatkan hehe... Ibu puji cara dia lipat kain... Baru ibu perasan selama ni dia tengok cara ibu lipat sebab kain yang dia lipat dah macam ibu lipat cuma tak da lah kemas sangat but bentuk tetap ada.. tak pe PRACTICE MAKE PERFECT kan... so rajin-rajinlah tolong ibu er sayang... 





Kusyuk tau Kak Long lipat baju... 


Ehhh yang ni sudah kenapa pula nie... !!! 

Budak kecik ni lak selalu sibuk tau ... 
Kan dah kena masuk dalam bakul... 

Thursday, November 27, 2014

Hari-Hari Minta Balik Kampung.... Dushhhhhh


Bila cuti sekolah bermula... Anak-anak pun mulalah sibuk suruh hantar balik kampung... Kak Long tiap-tiap hari asyik tanya bila nak hantar dia balik kampung,... bila nak hantar balik kampung.. 

Hehehe ada apa kat kampung... !! 

Jawapannya 

SEBAB ... !! 
 kat Kampung dia Sangat-sangat MaNJA dengan Opah a.k.a Mak dan yang penting Ibu takda nak marah-marah dia sebab sepahkan rumah, kacau adik etc .... 

Ya..!!! Kak Long sangat rapat dengan Kakak Nana.. Umur pun tak jauh beza mana pun.. Beza 2 tahun je.. Ibu tau nanti mereka mesti jadi BFF bila dah besar nanti.. Ingat ye... Nanti Kakak Nana kena jaga Kak Long.. Kak Long pun sama kenalah jaga Kakak Nana juga tau.. Tak mau gaduh-gaduh .. tak mau masam-masam muka tau... 


xoxo

TAMAT Sesi Persekolahan 2014

Salam Khamis buat semua sahabat-sahabat pengunjung BLOG nie... 

Hari ni nak cerita tentang sesi persekolahan Kak Long. Walaupun entry ni terlambat sikit tapi still wangi lagi hehehe... Kak Long last day sekolah 20.11.2014. Sepatutnya Jumaat (21.11.2014) tapi disebabkan hari jumaat tu ada MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG/KONVO makanya sekolah Kak Long membenarkan pelajar-pelajar cuti awal bagi membolehkan cikgu-cikgu membuat persediaan untuk majlis tersebut sebelah malam tu.. Anak-Anak excited mak pak nya pun excited gak hehehe... nanti Ibu buat entry pasal majlis tu.. tak dan nak Snap Picture sebab Ibu sibuk melayan Qhalif yang tak nak kena pegang.. hehe dia seronok lepas cam tu je sebab ramai abang kakak ^_^ .. 

Berbalik tentang kisah Kak Long kat sepanjang sesi persekolahan 2014. Alhamdulillah banyak juga perubahan pada Kak Long. Dia dah hafal SURAH-SURAH LAZIM, Ayat KURSI, DOa-Doa Harian, ayat 1000 Dinar (Ibu pun tak hafal sangat.. )  Ohh ya, kalau pergi sekolah Kak Long orang tak kenal kalau panggil Qalesya.. Tapi QASEH ... Yaaaa QASEH.. Cikgu-Cikgu dan Kawan-Kawan semua panggil QASEH... ayu gitu ibu dengar ^_^ 

TADIKA PASTI LITTLE MUSLIM 
TAMAN DESA SUBANG
SUBANG BESTARI 





Buat Cikgu-Cikgu PASTI LITTLE MUSLIM 

Terima kasih kerana sabar mendidik Qaseh selama berada di sekolah. Special Thanks buat Cikgu Pah (Guru Kelas Qaseh) Halalkan segala ilmu yang dicurahkan buat Qaseh ya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik semua Cikgu-Cikgu untuk mendidik anak-anak SOLEH & SOLEHAH nie..

Buat Sahabat-Sahabat yang tengah mencari tadika buat anak-anak SYURGA kita nie. Sekolah PASTI ni boleh masuk dalam list ye. PASTI ni sangat-sangat baik untuk membentuk Akhlak anak-anak kita. INSYAALLAH ..


Tuesday, November 18, 2014

Happy 5th Birthday Kak Long...

Happy Birthday To Youuuu..
Happy Birthday To Youuuu..
Happy Birthday To Kak Long...
Happy Birthday to you....




Dear Kak Long,

Ibu sayang sangat Kak Long.. Ibu sentiasa mendoakan yang terbaik buat Kak Long. Moga Jadi anak yang SOLEHAH berjaya didunia & akhirat... Selamat Hari Ulangtahun yang Ke5 Sayang..

Friday, May 16, 2014

Nota Buat Kak Long "Qaseh Nurhani Qalesya"

Kak long anak ibu sayang... Kak long selalu tanya ibu.  " ibu sayang adik ke baby" ibu tau kenapa kak long selalu tanya ibu macam tu... mesti kak long rasa ibu dah tak sayang kak long kan...

Qalesya,

Walaupun sekarang ni ibu ada adik Qhalif Irfan .. kasih sayang ibu buat kak long sama je... dari dulu sampai bila-bila ibu takkan bezakan kasih ibu buat anak-anak ibu.. ibu selalu doakan untuk anak-anak ibu.. ingat tu tau... ibu sayang kak long ibu sayang adik Qhalif Irfan... ^_~

Doaku Untukmu Sayang
Kau mahu apa pasti kan ku beri
kau minta apa akanku penuhi
Walau harus aku terlelah dan letih
Tapi demi kamu sayang...
Aku takkan berhenti
menemani dan menyanyangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada illahi
Untuk satukan kami
Di syurga nanti
Tahukah kamu apa yg ku pinta
Di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku
Tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia
Tuhan tolong aku
Juga jaga dia
tuhan ku pun juga sayang dia

Lagu ni khas buat kak long... ibu sayang kak long....

Monday, September 9, 2013

Anak Daddy...!!!!!!

Alhamdulillah... Baru je balik Lunch dengan Chenta Hati kejap nie tadi... Masa kat kedai makan terpandangkan seorang ayah dengan anak perempuannya yang baru nak duduk.. meja mereka pun tak jauh dari kami...rasanya budak perempuan tu umur dalam lingkungan umur 7 tahun gitu...  Entah le bila terpandangkan mereka terus cakap kat Daddy Qalesya... " Tengok tu.. Kasih seorang Ayah " .... Terus Daddy kata macam tu le Abang dengan Qalesya .... Hahahaha Daddy ni... Tapi betul sepanjang makan tu Ibu selalu pandangkan gelagat mereka.. kejap-kejap ayah dia betulkan rambut anak dia... rapatkan makanan kat anak dia...sembang-sembang tapi tak tahu le apa yg mereka sembangkan hehe..  so sweetttt sangat.... yang sebenarnya dalam hati tu dok teringat kat Qalesya sebenarnya... Macam gitulah juga Qalesya dengan Daddy dia... Iyalah Qalesya memang rapat dengan Daddy... Teringat minggu lepas masa nak hantar Qalesya kat rumah Nenek sebab selama 2 bulan sebelum ni kan dia tinggal dengan Daddy sebab Daddy kerja malam... "Adeq nak tinggal dengan Daddy... Adeq dok diam-diam tak noty-noty.... Adeq itulah.. Adeq inilahh... macam-macam lagi..." Janji dia dapat tinggal dengan Daddy..... Memang tak dinafikan Qalesya sememangnya rapat dengan Daddy dia... Hingga kekadang Ibu pun Jeles wokeh... Hehehe memang anak perempuan ni rapat dengan Ayah ye... ^_~



Wednesday, April 17, 2013

Yes..!!! My 1st Driving License








Legoland Malaysia  
::: 24th March 2013 ::: 

Wednesday, April 10, 2013

My Jantung Hati Jadi Doktor untuk Ibu .. :)

Terharu bila seorang anak yang masih kecil mengambil berat sangat tentang seorang ibu bila ibunya sakit.. Hehee itulah yang jadi malam tadi... Dari tengahari semalam lagi badan ni dah rasa macam tak berapa nak larat nak buat kerja.. Kepala rasa pening yang amat sangat ...Badan rasa nak demam ..  Tapi as usual tak mau le layankan sangat hehe ialah kalau dilayankan memang apa pun tak jadi .. Balik je dari ambik Qalesya kat rumah Nenek Ani terussss ibu baring hahaha dah takmau fikir apa-apa dah... Sambil baring tu le Qalesya datang "Ibu demam ye ... " sambil ibu pejam mata tu ibu jawab kat dia " A'ah le.. ibu rasa macam nak demam jeeee, ibu sakit kepalalah... " Sekali dia kata " Meh adik picit meh.." sambil tu tangan dia dok rasa tengkuk ibu .. Celik terus mataku hehehe.. " okey Qalesya budak baik so dia picitlah ibu.. dia picit tang dahi ..tersepot je dia dok sebelah ibu.. Hahaha rasa jari dia yang kecik-kecik tu dok kat dahi kita... Walaupun dia picit pun ala-ala main-main gitu tapi ibu really proud of u sayang ... at least dia ada inisiatif nak buat sesuatu bila kita sakitkan... Sejak Qalesya dah makin besar nie seronok sangat melayan kerenah dia... Mulut pun ada je yang dia tanya itu ini.. Sometimes dia buat ibu marah sampaikan ibu rasa nak jadi incredible hulk jer.. kekadang tu dia buat ibu nak senyum je dengan gelagat dia.. kekadang rasa merajuk dengan dia sebab dia selalu lebihkan Daddy tau... Hehe macam-macam lagi lah... Tapi ayat paling membuatkan ibu bahgia sangat bila dia kata " Adeq Sayanggggg Ibuuuuuuu  " memang hati ibu cair habisssss dibuatnya.... Terima Kasih Allah... ^____^


Tuesday, April 9, 2013

Tercedera sudahhhhh .... :)



Ni lah padahnya kalau tak nak dengar  cakap Ibu & Daddy ... Qalesya memang jenis budak yang sangat aktif.. Tak reti nak dok diam.. Kekadang sampaikan Ibu & Daddy ni letih tengok dia .. Tapi dia rileks je ... Kalau setakat jatuh masa main tu dah sememangnya tak ada benda bagi dia tapi alhamdulillah tak ada lah jatuh yang sampai teruk sangat sampaikan kena masuk hospital bagai.. Just jatuh macam budak-budak lain biasa bila main..Tapi kali ni dia memang cukup berani... Tu tengok tu dagu dah kene plaster.. Nak jadikan cerita weekend hari tu kami lepak kat Gombak.. Biasalah jumpa  Nenek & Atok Qalesya ... Masa kejadian Qalesya dengan Nenek kat dalam bilik...Nenek dah tidur sebab Nenek letih..Daddy letakkan Qalesya kat situ sebab Qalesya pun memang nak tidur ialah dah pukul 11 lebih rasanya masa tu.. Ingatkan Qalesya dah lena tidur kat sebelah nenek.. Entah macam mana tetiba dengar suara Qalesya nangis .. Dengan keadaan Nenek yang jerit panggil Daddy Qalesya... Panik & kecoh juga le masa tue.. Terus kami bergegas ke situ.. Tengok-tengok Qalesya tengah menangis sambil dagu dia berdarah... Nenek Qalesya ni jenis tak berapa berani tengok darah sama dengan Daddy Qalesya :) ..Tanya Qalesya cam ne leh jadi camnie... Rupa-rupanya dia main pisau cukur Atok dia... Aduhaiii Qalesya... Sabo je lah Ibu... bila keadaan dah reda, tanya balik Qalesya cam ne leh jadi cam nie.. Dia pun bagitau... " Adeq main nie ".. dia tunjuk pisau cukur tue.. lepas tu kejap-kejap dia tengok cermin.. Sebabnya Ibu saja sakat dia habislah adik dah tak cantik lagi dah muka adeq hehe... Lepas tu mulalah dia melalak.. Haaaa tau pun .. kan Ibu & Daddy dah pesan jangan main benda-benda cam nie... so sejak kejadian tu Qalesya memang dah tak berani nak pegang pisau cukur tu... apatah lagi nak pegang ... esoknya pandai lak dia cakap " Tak boleh main pisau ye ibu.. Tak boleh main gunting ye Ibu... " Ye sayang bende-bende tu memang tak boleh main..Memang pengajaran buat dia ...  Budak Bertuah ... ^_~

Monday, February 25, 2013

No more sKIRT .. no more Short Pants.. HeHE

Macam-macam le budak kecik ni weekend hari tue.. Tengok tu siap pakai kasut stokin bagai kat dalam rumah.. (nasib baik kasut tu mmg dari kotak tak pakai kat luar lagi)
Hehehe kebetulan saja je lah pakaikan dia seluar pendek(mcm dalam gambar kat bawah tu) sebab kat rumah je kan... iye lah nanti siapa nak pakaikan..

 Boleh dia kata.. 

Qalesya : Ibu..!! tak ada seluar lain ke? Seluar ni pendek.. malu le.. nanti kalau daddy balik marah adik macam mana?? 
Ibu : (Terdiam terus hehehe... Terkena sudah.. ) ... alaaa adik kat rumah tak pe lah pakai cam ne.. kalau keluar memang tak bolehh... seksiii hehe
Qalesya : Lain kali ibu beli seluar panjang je tau .. 
Ibu : Iye lahhhhhhhh sayangg  ^_~

Qalesya sejak dah petah berkata-kata ni cam ne lah dia... ada sekali tu liya belikan dia skirt  (lama dah.. tahun lepas lagi).. hahaha memang tak hingin dia nak pakai... pakaikan bawa pergi keluar lagilah sibuk suruh ibu buka balik .. hehe

ALHAMDULILLAH...  Moga jadi anak yang SOLEHAH ye sayanggg . ^_~






Monday, February 4, 2013

Dah Boleh Harap Dah..


Semalam tanpa di suruh dia asingkan hanger dengan baju.. pastu dia lipat baju dia... Alhamdulilllah dah besar dah anak ibu nie.. Good Gurl ^_~

Tuesday, January 15, 2013

MY GURL ::: QALESYA :::


Lama dah ibu tak cerita pasal Qalesya kat Sekolahkan... Dalam Minggu ni hari ni baru dia pergi sekolah .. Semalam tak nak pergi sekolah.. menangis bagai budak kene dera tak mau pergi.. So disebabkan dia pun still 3thn lebih so liya decide tak pe lah tak mau paksa dia sangat untuk pergi sekolah.. Ins Sha Allah lama-lama oklah nanti tu kan.. Tapi tu lah hari ni dengan rela hati dia pergi.. PAgi tadi kejut dia " Adik, bangun dik..nak pergi sekolah tak?? ... " Qalesya diam je haram sepatah kata pun idak keluar dari mulut dia ... Tak pe ibu pujuk lagi " Adik, tak nak pergi sekolah ke? kawan-kawan adik semua rindu kat adik sebab semalam adik tak pergi sekolah .. " Tak ada jawapan yang keluar dari mulut dia hanya anggukkan je yang ibu nampak.. So maknenya dia nak pergi sekolah lah hehehe.. Macam tulah " MY GOOD GURL " kan...


Yang kat atas tu gambar Qalesya khamis lepas.. Hahahaha nak pergi sekolah macam nak buat video klip cerita hindustan dibuatnya.. terpaksa kejar dia keliling kereta ... hehehe hope lepas ni tak ada lagilah adegan macam ni yer SAYANG.... ^_~



Friday, January 11, 2013

Qalesya tak Sekolah ::: DEMAM Pulak :::

Hari ni ibu nak cerita pasal Qalesya yang demam.. Alahaiii baru je pun sekolah berapa hari je pun udah demam lak budak tue... Ibu sedar dia demam pun malam tadi.. Tengah tidur nak peluk dia rasa badan dia panas semacam.. Terus kejut Daddy bagitau Qalesya demam.. Daddy rasa suhu badan dia terus ambik ubat demam dalam peti ais bagi dia makan.. Alhamdulilah pagi tadi ok dah tapi hingus le pulak.. pagi tadi ibu hantar dia pergi rumah Cik Sue ( Pengasuh Qalesya ) .. Lagipun Qalesya memang nak pergi sana hari nie.. Dia suruh Cik Sue buatkan kueh Pau untuk dia.. Lagipun maybe dia pun dah rindu kat Cik Sue dia kot.. hehe

Malam tadi talifon kampung Abah yang demam .. Tak sangka lak Qalesya pun demam jugak ^_~

Hope Abah & Qalesya cepat sembuh yer... Luv u Sayang .. ^_~




Monday, January 7, 2013

Macam-macam PAEL Qalesya ni lah ... ^_~

Masing-masing sibuk dengan Pensil Box & Colour Pensel yang mereka dapat sorang satu dari cikgu ^_~ 

Hari Pertama Qalesya kat TADIKA... 

Pagi tu ibu dah banyak kali kejut dia.. " Adeq, bangunlah nak sekolah tak... Jom pergi mandi " .. Qalesya boleh buat tak tahu.. Dia siap kata " Ibu, Adeq tak nak sekolahlah.. " Adoiihaiii Qalesya oiii janganle macam nie dah lambat dah nie... semalam kata nak sekolah... ni dah taknak pulak... Memang iye pun dah lambat.. dah dekat pukul 7.30 still tak bangun dari tempat tidur lagi... huahua memang menguji kesabaran ibu betullah budak Qalesya nie... Alih2 ibu biarkan dia kejap... Sambil dia baring dia gentel-gentel bantal ucuk dia.. botol jangan cerita le memang tak boleh lepas dari mulut.. Ibu decide tak pe lah ibu siap-siap je lah dulu... Bila dah siap sekali lagi ibu pujuk dia pergi mandi.. Still macam gitu jugak... Haiiii anak kenapalah macam nie... Fuhhh memang menguji kesabaran ibu betullah ini budak...!!!  Lastly ibu bawa je dia dengan tak mandinya.. Ibu fikir tak pe lah nanti sampai sekolah tu nanti ibu mandikan dia... Makanya that day Qalesya pergi Sekolah dengan tak mandi... Selamba je dia bila sampai tu terus masuk dalam sekolah dengan buat muka selambar dia.. Nasib baik ibu ada bawa cardigan dia (hehe nampakle elok sikit..).. so ibu pakaikan dia headband.. Oklah tak nampak sangat cam budak tak mandi hehe .. Dah le datang sekolah lambat ..!! Sekolah start pukul 8 pagi tapi Qalesya dekat pukul 8.30 pagi baru sampai... ACANER TUE..!!!! tengok gambar kat atas tu budak tak mandi hehe suka-suka dia jer hehe... Dalam pukul 9.30 pagi tue Lepas je Qalesya & budak-budak lain sarapan pagi.. Ibu cakap kat cikgu tu nak bawa Qalesya pergi atas nak mandikan dia.. Ohhh yaaa..!!! Tadika tu ada sediakan perkhidmatan nursery juga ^_~ so memudahkan ibu lah nak siapkan Qalesya... 

Masing-Masing Dapat TABUNG... Suka Budak-Budak Macam-macam yang Cikgu bagi...
Lepas dah mandi ibu ingatkan dia dah tak buat perangai.. Rupanya dia buat perangai lain pulak.. Boleh pulak tengah cikgu mengajar dia datang kat ibu (kebetulan masa tue ibu tunggu dia lagi) ... Qalesya pergi dekat ibu dia nak " Ibu, Adeq nak tidur.. Adeq nak usuk dengan susu .." Aduhaiii nak gelak ibu dah time tue... Dia sambung lagi kata " Adeq, dah ngantuk le ibu, Adeq nak tidur.. " Alahaiii anak oiii suka-suka hati dia je.. Nasib baik ni Tadika Mama, ibu kenal kawan ibu, kalau tadika orang lain tak tahule ibu nak kata apa Adeq... Selagi tak dapat dia mintak.. nak tak nak ibu bagi le sebab dia nak menagis dah masa tue... Dah dapat dengan selamba dia pergi baring kat situ.. Budak-budak lain tengok jer.. Hahaha nak join juga le tue hehe.. 

Itulah gelagat Cik Qalesya 1st Day kat SEKOLAH ... Hehehe ibu tahu mana-mana budak yang sebaya Qalesya yang baru 1st time masuk sekolah mesti macam-macam kerenahkan... SABOR JE LAH kan... 


Qalesya Dah Masuk TADIKA..!!!

07012013- Otw nak pergi Tadika ...
Cam ni lah peal dia... Botol susu & ucuk mesti ada

Rasanya ibu tak pernah cerita lagi pasal Qalesya dah masuk sekolah... Buat masa sekarang ni saja je cuba dulu hantar dia.. Nak tengok macam mana dia .. Ikutkan Daddy Qalesya memang tak nak hantar lagi Qalesya sekolah.. Bukan apa sebab Daddy kata " Anak Daddy kecik lagi.. Baby..Baby lagi... " Kekadang ibu pun fikir macam tu juga tapi sampai bila nak trade dia macam tu kan.. Dia kene berdikari .. Kebetulan Mama Qalesya ( Pengasuh Qalesya yang sebelum ni ) dah buka Tadika, itu yang ibu hantar nak cuba tengok Qalesya macam mana.. Sekurang-kurangnya bagi Qalesya pengalaman sebelum masuk tadika yang sebetulnya... lagipun kebetulan cikgu tadika tu pernah mengasuh Qalesya.. Tau sangat perangai Qalesya... Dia yang suggest suruh hantar Qalesya.. Ikutkan ibu ok je.. tp tu lah Tadika tu jauh dari rumah.. Kat Kampung Jawa. !! Nanti ibu cerita selanjutnya.. Tengok sampai hujung bulan satu ni .. If dia ok carry on lah.. kalau tidak kita fikir cara lain.. Ibu tak nak paksa dia sebab umur dia baru 3thn ( ikut tahun 4thn tapi Qalesya lahir hujung tahun) .... Lagipun Qalesya ni kejap nak sekolah kejap tak nak sekolah... Ikut suka dia jer...


Psst : Ada cerita lucu 1day Qalesya kat sekolah... Nanti Ibu Cerita .. Stay Tune Okey... Next Entry ye... ^_~

Wednesday, January 2, 2013

WordLess Wednesday :::1st Time Masuk Kebun:::




Lokasi : Kampung Pasir Garam, Kampung Gajah, Perak

Tuesday, September 4, 2012

Bila Datang Mood nie... :: Apa Pun Tak Boleh... !!!

 
Ibu rindu kat budak nie...  ;(
Even kerja berlambak-lambak ..
Nak Balik sekarang ... boleh tak??




Tuesday, June 26, 2012

SuperBike Qalesya.. !!!!

Aktiviti petang qalesya.. Ni lah dia main basikal. Tu yang kadang-kadang malas nak bagi dia main petang-petang. Dah syok main tak ingat nak balik. Pastu magrib tak reti nak masuk. Paksa masuk menangis.. Qalesya & Awal.. Mereka berdua ni rapat.. Anak jiran depan rumah..