Tuesday, May 27, 2014

Copy Paste

Kali ni nak buat short entry sikit...

Hahaha tak tahu nak mula dari mana entah... yang pastinya budak-budak ni punya muka yang seiras.. dah adik beradik le katakan ye tak... adik abis klon muka kakaknya... agaknya kalau dipakaikan baju yang sama lagilah nampak samakan.  

Sama tak kami..... ^_~

Wednesday, May 21, 2014

Kak long DEMAM ..... !!!!

Malam tadi daddy balik kerja lambat pukul 12 mlm baru balik... banyak kerja katanya...

Kak long : ibu, daddy balik pukul berapa?
Ibu : daddy balik lambat le sayang.. kul 12... kenapa..!!!
Kak long : adik nak daddy....
Ibu : (tipon daddy pastu bagilah qalesya cakap dengan daddy... )
Kak long : menangis-nangis cakap dengan daddy...mengadu macam-macam... al maklumlah anak kesayangan daddy le katakan.. huhu


 Kak long tu baru lepas cakap dengan daddy tue...
abaikan kain yang tak berlipat tu yer... 
ibu mood malas malam tadi.. ^_~ 



Dalam pukul 11 malam cam tu ibu dah tertido dah... Qhalif .. !! Lagi awal dia tidur, lenaaaa lagi tu.. nak pulak ibu yang peluk dia hehe... masa daddy balik ibu tak sedar sangat .. mamai-mamai je.... yang ibu sedar daddy kata kak long demam .. laaaa bila masa lak dia demam... tadi ok je ibu dengan dia... nampak daddy basahkan kain lap-lap badan dia ... pastu bagi ubat demam kat Kak Long..

Pagi tadi badan Kak Long panas lagi tapi tak adalah kuat sangat.. Kak Long merengek-rengek tak nak pergi sekolah... Ikutkan ibu memang terfikir tak yah le dia sekolah ..kesian lak badan tak sihat.. tapi Kak Long kena pergi sekolah juga sebab minggu ni minggu exam kat sekolah... hari ni hari ke-3 exam... dia request nak daddy hantar pergi sekolah .. so hari ni daddy le yang hantar kak long.. ^_~

 Tengahari ibu whatsapp mama ina QQ .. Alhamdulillah okey sikit dia... ibu pesan gak kalau badan Kak Long panas sangat bagitahu ... mama kata jangan risau ok dia tue... Alhamdulillah sampai sekarang tak ada lak mama ina whatsapp... tak sabar ibu nak tunggu pukul 5 nak balik jumpa anak-anak ibu... ^_~

Sekian cerita untuk hari nie.... ^_~

** Daddy QQ ni kalau anak demam memang dia ni rajin jelumkan anak dengan kain basah hehe... Alhamdulillah ringan sikit beban ibu.... at least dia prihatin anak-anak tak sihat... 


Tuesday, May 20, 2014

Sepetang Di Darc Denai Alam

Ahad lepas saja je bawa Qalesya & Qhalif pergi beriadah di Darc Denai Alam.... sebelum ni pun memang dah pernah bawa... 1st time bagi Qhalif datang sini.. lagipun tempat ni dekat je dengan rumah... buat pertama kali Kak Long berani lak naik kuda... kalau tidak sebelum ni jangan harap le dia nak naik... Nampak gayanya boleh le dah register kan kak long kelas beljar menunggang kuda ni kan... ^_~

 

Friday, May 16, 2014

Nota Buat Adik Qhalif Irfan

 Buat sayang ibu "Ahmad Qhalif Irfan" ...

Ibu nak adik tau ibu sayang sangat kat anak-anak ibu tak kira Kak Long ke Adik... Kasih sayang ibu buat anak-anak ibu tak ada bezanya dan tak ada penghujungnya... Ibu adalah insan yang paling bahagia sangat bila tengok anak-anak ibu membesar depan mata ibu sendiri... Hanya Allah je yang tahu betapa kasihnya ibu buat anak-anak ibu..

Qhalif,

Qhalif anak ibu yang sangat baik dan paling senang nak jaga... tak banyak kerenah..  sentiasa terbayang kat fikiran ibu adik ni kalau ibu balik kerja ... ibu panggil je nama dia mesti dia toleh dan senyum-senyum kat ibu... Senyum yang cukup manis dan takkan ibu lupa buat selama-lamanya... Letih ibu balik kerja terbalas bila tengok Qhalif senyum cam tue... Qhalif anak manja ibu .. tengah tidur kalau ibu bangun mesti Qhalif bangun juga... walaupun ibu bangun senyap-senyap tetap Qhalif dapat tahu ibu tak ada kat sebelahkan.... Even kalau dalam kereta Qhalif tengah tidur nyenyak sangat pun kalau ibu bagi kat Daddy yang pegang sure Qhalif akan terjaga kat pangkuan Daddy... Betapa Qhalif tahu bau ibukan.... Bonding kita kuat kan sayang... Ibu dengan anak mana boleh terpisahkan kan sayang....

Sekarang ni Qhalif dah masuk 4 bulan ... ALHAMDULILLAH syukur sebab Allah swt masih pinjamkan anak-anak ibu buat ibu didik dan jaga.. Amanah yang tidak terhingga nilainya..Qhalif lah kekuatan ibu..
 
Qhalif, Ibu sentiasa doakan yang terbaik buat Qhalif... Semoga Qhalif jadi anak yang soleh.. Jangan sesekali tinggal SOLAT...  sentiasa ingat tu tau.. sebab itu lah bekalan kita bila kita di depan Allah nanti.. Moga Qhalif menjadi Khalifah yang Bijak yang berguna di dunia mahupun akhirat.

Ibu sayang Ahmad Qhalif Irfan ....





Arjuna Beta

Takkan ku biarkan walau ribut
Menyentap mu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular 
Bonda takkan berundur

Nyamanlah arjuna beta
Mimpi yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa..

Kan ada satu ketika
Kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul anakanda
Tak jelas mata
Ambil yang sarat duri


Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Ngeri, tak terbayang mata

Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu anakanda

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Nyamanlah arjuna beta 
Mimpi yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa..

** Tiap kali ibu dengar lagu ni mesti ibu teringatkan anak teruna ibu nie... Lagu ni istimewa buat Qhalif.. ^_~

Nota Buat Kak Long "Qaseh Nurhani Qalesya"

Kak long anak ibu sayang... Kak long selalu tanya ibu.  " ibu sayang adik ke baby" ibu tau kenapa kak long selalu tanya ibu macam tu... mesti kak long rasa ibu dah tak sayang kak long kan...

Qalesya,

Walaupun sekarang ni ibu ada adik Qhalif Irfan .. kasih sayang ibu buat kak long sama je... dari dulu sampai bila-bila ibu takkan bezakan kasih ibu buat anak-anak ibu.. ibu selalu doakan untuk anak-anak ibu.. ingat tu tau... ibu sayang kak long ibu sayang adik Qhalif Irfan... ^_~

Doaku Untukmu Sayang

Kau mahu apa pasti kan ku beri
kau minta apa akanku penuhi
Walau harus aku terlelah dan letih
Tapi demi kamu sayang...

Aku takkan berhenti
menemani dan menyanyangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada illahi
Untuk satukan kami
Di syurga nanti

Tahukah kamu apa yg ku pinta
Di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku
Tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

Tuhan tolong aku
Juga jaga dia
tuhan ku pun juga sayang dia

Lagu ni khas buat kak long... ibu sayang kak long....