Friday, January 4, 2013

THE HOBBIT : An unexpected Journey

::: My BFF ::: 
Semalam bawa cik Qalesya pergi jalan-jalan kat JUSCO BUKIT RAJA. Tak adalah cari apa sebenarnya saje je bawa budak kecik tu pergi jengjalan...  Berdua je pun dengan Qalesya.. Pot pet pot pet mulut dia.. hahahha.... tetiba terfikir nak tengok movie THE HOBBIT : An unexpected Journey .. 1st tau pergi berdua jer dengan dia... Selalunya mesti ada Daddy sekali... Kebetulan hari weekday so memang tak ramai orang... Beli tiket satu jer ialah kalau beli 2 membazir buat apa kan... Masuk je punyalah banyak seat yang kosong.. apa lagi ibu terus duduk dengan Qalesya kat Couple Seat hehe.. syiokkk je .. yang paling penting JIMATTT... mulut budak kecik kecik pot pet tanya itu ini... 


Memang best cter ni... tak sabar nak tengok part II pulak "DEC 2013" hehehe.... 








Doa Pagi Jumaat ... ^_~



Bismillahirrahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhanku, di hari Jumaat yang barakah ini aku pohon kepadaMu agar Kau berkatilah kehidupanku, ibubapaku, suamiku, anak2ku, adik beradik dan saudara maraku, sahabat2ku samada di fb ini dan di luar sana dan Kau anugerahkanlah kami kekuatan akidah yang sahih agar kami tergolong bersama kelompok para Nabi dan orang2 yang tinggi darjatnya di sisi Engkau. Engkau naikkanlah pemimpin2 yang soleh dan ikhlas berjuang di jalanMu dan Kau satukanlah hati2 para Ulama di seluruh dunia agar terus tabah membimbing kami. Kau berikanlah mereka kesihatan yang berterusan agar kesinambungan ilmu mereka dapat diteruskan selamanya. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah tempat kami memohon pertolongan. Amin amin yaRabbal alamin...

share dari blog ustaz zahazan mohamed. 


Wednesday, January 2, 2013

WordLess Wednesday :::1st Time Masuk Kebun:::




Lokasi : Kampung Pasir Garam, Kampung Gajah, Perak