Wednesday, January 9, 2013

Kenapalah Susah Sangat nie ... :(

Tak habis lagi nak bercerita pasal Cik Qalesya pergi sekolah... Aduhaiii ini budak memang menguji tahap kesabaran ibu betullah... semuanya serba tak kene.. Bila pagi je mulalah budak ni buat perangai tak nak bangun pergi sekolah.. Walhal dari pukul 6.30 pagi lagi ibu kejut budak nie bangun.. tapi memang tak bangun... Bukannya ibu kejut terus masuk bilik air... Ibu kejut pun manja-manja gitu... Belai-belai dia dulu... Ibu kejutkan dia pas tu ibu wat kerja kat dapur, datang kat depan tengok dia boleh nyenyak lagi tidurnya.. yang berubah tempat dia tidur je dengan posisi tidur dia jer...liat betullah anak ibu ni nak bangun.. Dah pukul 7.30 pun still tak ada perubahan.. lastly ibu angkat je bawa kat bilik air.. apa lagi melalak le... pastu lari ke depan sambil menangis... Macam-macam alasan dia bagi... Aduhhhhaiii Qalesya... Sib baik sorang ni baru anak ibu... Kalau ada dua tiga orang hahaha tak tau le camne nak handle ntahlah...

Kalau sebelum ni Qalesya sampai pintu tadika dia dengan selambar je masuk dah tak peduli ibu.. sekarang ni bila masuk je pintu tadika tu dia dah start berpaut kat kaki ibu... Dah tak nak lepaskan kaki ibu langsung.. Kalau duduk pun suruh ibu duduk dan dia mesti duduk atas riba ibu.. Aduhaiiii Qalesya oiii... Ibu hari-hari masuk keje lambat.. nasib baik boss ibu faham kalau tiidak entahlah... Dah le dari tadika ke tempat kerja ibu bukannya dekat.. Kampung Jawa ke Subang Airport tu... Huhu ...

Teman Setia Qalesya :: Botol susu & Bantal Usuk ::
Gambar masa Qalesya kat KPJ dulu.. hehe
Kes Malas nk Sambung usb cable kat phone nak ambik picture dia.. 

Hope besok Qalesya dah tak buat perangai lagi ok... Letih ibu Adeq kalau hari-hari macam nie...

Monday, January 7, 2013

Macam-macam PAEL Qalesya ni lah ... ^_~

Masing-masing sibuk dengan Pensil Box & Colour Pensel yang mereka dapat sorang satu dari cikgu ^_~ 

Hari Pertama Qalesya kat TADIKA... 

Pagi tu ibu dah banyak kali kejut dia.. " Adeq, bangunlah nak sekolah tak... Jom pergi mandi " .. Qalesya boleh buat tak tahu.. Dia siap kata " Ibu, Adeq tak nak sekolahlah.. " Adoiihaiii Qalesya oiii janganle macam nie dah lambat dah nie... semalam kata nak sekolah... ni dah taknak pulak... Memang iye pun dah lambat.. dah dekat pukul 7.30 still tak bangun dari tempat tidur lagi... huahua memang menguji kesabaran ibu betullah budak Qalesya nie... Alih2 ibu biarkan dia kejap... Sambil dia baring dia gentel-gentel bantal ucuk dia.. botol jangan cerita le memang tak boleh lepas dari mulut.. Ibu decide tak pe lah ibu siap-siap je lah dulu... Bila dah siap sekali lagi ibu pujuk dia pergi mandi.. Still macam gitu jugak... Haiiii anak kenapalah macam nie... Fuhhh memang menguji kesabaran ibu betullah ini budak...!!!  Lastly ibu bawa je dia dengan tak mandinya.. Ibu fikir tak pe lah nanti sampai sekolah tu nanti ibu mandikan dia... Makanya that day Qalesya pergi Sekolah dengan tak mandi... Selamba je dia bila sampai tu terus masuk dalam sekolah dengan buat muka selambar dia.. Nasib baik ibu ada bawa cardigan dia (hehe nampakle elok sikit..).. so ibu pakaikan dia headband.. Oklah tak nampak sangat cam budak tak mandi hehe .. Dah le datang sekolah lambat ..!! Sekolah start pukul 8 pagi tapi Qalesya dekat pukul 8.30 pagi baru sampai... ACANER TUE..!!!! tengok gambar kat atas tu budak tak mandi hehe suka-suka dia jer hehe... Dalam pukul 9.30 pagi tue Lepas je Qalesya & budak-budak lain sarapan pagi.. Ibu cakap kat cikgu tu nak bawa Qalesya pergi atas nak mandikan dia.. Ohhh yaaa..!!! Tadika tu ada sediakan perkhidmatan nursery juga ^_~ so memudahkan ibu lah nak siapkan Qalesya... 

Masing-Masing Dapat TABUNG... Suka Budak-Budak Macam-macam yang Cikgu bagi...
Lepas dah mandi ibu ingatkan dia dah tak buat perangai.. Rupanya dia buat perangai lain pulak.. Boleh pulak tengah cikgu mengajar dia datang kat ibu (kebetulan masa tue ibu tunggu dia lagi) ... Qalesya pergi dekat ibu dia nak " Ibu, Adeq nak tidur.. Adeq nak usuk dengan susu .." Aduhaiii nak gelak ibu dah time tue... Dia sambung lagi kata " Adeq, dah ngantuk le ibu, Adeq nak tidur.. " Alahaiii anak oiii suka-suka hati dia je.. Nasib baik ni Tadika Mama, ibu kenal kawan ibu, kalau tadika orang lain tak tahule ibu nak kata apa Adeq... Selagi tak dapat dia mintak.. nak tak nak ibu bagi le sebab dia nak menagis dah masa tue... Dah dapat dengan selamba dia pergi baring kat situ.. Budak-budak lain tengok jer.. Hahaha nak join juga le tue hehe.. 

Itulah gelagat Cik Qalesya 1st Day kat SEKOLAH ... Hehehe ibu tahu mana-mana budak yang sebaya Qalesya yang baru 1st time masuk sekolah mesti macam-macam kerenahkan... SABOR JE LAH kan... 


Qalesya Dah Masuk TADIKA..!!!

07012013- Otw nak pergi Tadika ...
Cam ni lah peal dia... Botol susu & ucuk mesti ada

Rasanya ibu tak pernah cerita lagi pasal Qalesya dah masuk sekolah... Buat masa sekarang ni saja je cuba dulu hantar dia.. Nak tengok macam mana dia .. Ikutkan Daddy Qalesya memang tak nak hantar lagi Qalesya sekolah.. Bukan apa sebab Daddy kata " Anak Daddy kecik lagi.. Baby..Baby lagi... " Kekadang ibu pun fikir macam tu juga tapi sampai bila nak trade dia macam tu kan.. Dia kene berdikari .. Kebetulan Mama Qalesya ( Pengasuh Qalesya yang sebelum ni ) dah buka Tadika, itu yang ibu hantar nak cuba tengok Qalesya macam mana.. Sekurang-kurangnya bagi Qalesya pengalaman sebelum masuk tadika yang sebetulnya... lagipun kebetulan cikgu tadika tu pernah mengasuh Qalesya.. Tau sangat perangai Qalesya... Dia yang suggest suruh hantar Qalesya.. Ikutkan ibu ok je.. tp tu lah Tadika tu jauh dari rumah.. Kat Kampung Jawa. !! Nanti ibu cerita selanjutnya.. Tengok sampai hujung bulan satu ni .. If dia ok carry on lah.. kalau tidak kita fikir cara lain.. Ibu tak nak paksa dia sebab umur dia baru 3thn ( ikut tahun 4thn tapi Qalesya lahir hujung tahun) .... Lagipun Qalesya ni kejap nak sekolah kejap tak nak sekolah... Ikut suka dia jer...


Psst : Ada cerita lucu 1day Qalesya kat sekolah... Nanti Ibu Cerita .. Stay Tune Okey... Next Entry ye... ^_~