Saturday, May 4, 2013

Tak sedap hati... :-(

Liya tau ramai yang dah balik kg untuk mengundi ni.. Sambil balik mengundi jenguk mak ayah kat kg.. Entahlah liya ni dari semalam rasa tak sedap hati.. Tak tahu le kenapa.. Hati nie rasa berdebar-debar je.. Sekarang ni pulak cuaca tengah hujan nie... Guruh lak seakan mendayu-dayu je... Sedih dan sayu lak hati nie.. Ya Allah kau ampunilah segala dosa-dosa hambamu ini.. Kau lindungilah orang-orang sekelilingiku serta insan-insan yang aku sayang dari segala musibah yang tidak diingini ya allah.. Ya Allah ya rahman ya rahim kau aman damaikanlah negaraku ini.. Tak kira siapa saja yang menang esok semoga negaraku ini sentiasa di bwh rahmatmu...

Friday, May 3, 2013

Salam Jumaat

Banyak cerita yang tertangguh nak masukkan kat blog nie.. :) Macam mana nak mulakan entah le Hahaha ..
Tulah bila dah bizi apa pun tak sempat hehe ialah memang sejak 2 menjak ni memang banyak keje kat ofis nie.. Pastu nak pulak datang penyakit "M" .. memang apa pun tak boleh... ^_~

Oklah kita cerita pasal Cuti Hari Pekerja hari tue... Rasanya ramai yang tak sambung cutikan...Al makum le cuti jatuh hari rabu .. Tapi Daddy Qalesya tak da maknenya public holiday nie ... Dia kalau ikutkan Isnin hingga Ahad kerja je ... Kesian kami ni haaaa ... Tapi tak apalah untuk kami sekeluarga juga.... Kejelah Dadddyyyyyy .... Hehehe 

Diam tak diam lagi 2 hari je dah nak ngundi ye tak... Hehe for sure ramai yang balik ke kampung masing-masing mengundikan.. Apa jua pilihan kita.. Pilihlah yang terbaik okey.... Hehe cepatlah demam PRU13 ni berakhir... Sedih dan pening kepala macam-macam cerita dengar pasal PRU nie.. apa pun parti yang kita pilih janganlah sampai berpecah belah ye....


Opsss lupa lak nak update pasal Qalesya.. Alhamdulillah sakit mata Qalesya dah okey.. mata dia tak merah tapi kekadang dia cam berair je... tapi tu lah sampai sekarang bila dia bangun tidur sure ada taik mata.. Tapi okey lah dia pun tak mengadu mata dia sakit or merengek sakit... Mungkin sebab cepat bawa pergi klinik dan bagi ubat dia ok .. Siap pergi Kidzania lagi labour day ari tue... Kalau tengok pun bukan macam budak sakit mata pun ... ^_~




Wednesday, May 1, 2013

Sesi Ta'aruf ^_~

Ini entry melekat yer .... new entry kt bawah okay.. tq  ^_^

Tetiba terfikir nak buat sesi bertaaruf atau suai kenal dengan blogger-blogger semua.. Walaupun hanya alam maya ni sahaja yang menemukan kita.. tapi hubungan ini begitu bermakna buat liya. Dulu ingat lagi, masa zaman kanak-kanak liya ada satu buku .. buku tu pula akan di bagi kat kawan2 untuk tulis perihal mereka.. contohnya warna kegemaran, makanan/minuman kegemaran, adik beradik dan banyak lagi.. siap letak gambar lagi hehe.. Ada sesiapa ingat tak?? or pernah ada sebelum nie... memang best...!!   entah mana entah buku tu liya letak entah-entah dah hilang atau terbuang... :-(


Oklah .. Kita mulakan dengan tuan tanah dulu yer...  Hehe

Macam semua orang dah tahu. Panggil je " Liya " .. Liya asal orang Teluk Intan, Perak. Umur dah 30++ ..  Berkahwin dengan orang Klang, Selangor. Mempunyai seorang Puteri siapa lagi dah tentu ramai yang tahu nie.. "Qaseh Nurhani Qalesya" tahun ni nak masuk 4 tahun.. Liya bukan surirumah sepenuh masa... Menetap di Klang dan sekarang ni dalam proses berpindah ke Subang Bestari .. ^_~

Itulah serba sedikit tentang perihal tuan tanah blog  nie.. Hehe
Jemput sesiapa yang sudi tinggalkan komen tentang diri kalian dan sudilah kiranya follow blog  nie.. Tak ada paksaan ye .. tak kenal maka bertaaruflah hehe...




Semoga persahabatan ini akan kekal hingga ke jannah.. ^_~


Oppsss terlupa lak.. mesti ramai yang ada FB kan.. Kalau sudi kiranya Add Facebook Liya Qalesya   or Instagram ke Liya Hanif .. Sekarang semuanya di hujung jari hehehe ...