Ralit kak long bila dapat lego... Dah buat elok-elok datang adik irfan habis dia sepahkan... Mengamuklah kak long, dah menangis .... Yang adik lak bila dah kak long nangis apa lagi lari le dia dekat ibu... Ishh ishhh cam tu lah ragam budak berdua nie..
Thursday, December 17, 2015
Berkelah di Teluk Batik & Lumut
Salah satu percutian yang dirancang... Selalunya bende yang tak dirancang ni menjadi.. Hehehe Teluk Batik here we come... !!!!
Selama ni ibu memang jarang sangat bawa kak long pergi mandi laut.. Irfan..!!! Lagile tak pernah pergi... Terhibur hati ibu bila tengok anak-anak ibu seronok sangat bila ibu lepaskan kak long dengan irfan main pasir.. Kak long mula-mula tu takut juga nak mandi bila tengok ombak tu tapi kejap je la.. Yang kecik tu yang memang dari mula sampai hingga balik takut dengan air laut tu. Kalau setakat main pasir tu okey lagi le dia..
Habis hati kakak nana, kak long & irfan bika dapat main cam nie.. Ibu x de lah mandi.. Daddy je lah yang kena mandi... Kalau tidak sapa lak yang nak layan anak-anak kan.. tak seronoklah kalau kami je yang pergi kan.. Opah pun ada ... Ucu, Opah cik, acik aton, mama medina pun ada sekali... tapi diaorang semua tak mandi...
Lepas dah penat mandi laut.. Kami singgah Lumut.. Beli hasil laut buat kudap-kudap.. Alang-alang dah datang teluk batik tak sah kalau tak singgah lumut ni kan.. Ibu pun dah lama sangat tak pergi sini... Rindunya zaman belajar dulu... Hehehe
Tuesday, September 29, 2015
Tegurlah aku andai aku terlupa ...
Beradab walaupun dalam keadaan bergurau. Jangan amalkan sikap yang kononnya kutuk mengutuk membawa bahagia. Wasiat Imam Ghazali, adab harian untuk menjauhi dosa lahiriah dalam hubungan silaturahim, “Wahai umat manusia yang daif, jaga dan pelihara segala anggota tubuh, terutama tujuh anggota badan. Sebab neraka jahanam mempunyai tujuh pintu, yang setiap pintu telah diatur dan disediakan untuk memasukkan umat manusia yang berbuat kesalahan. Mereka yang dimasukkan ke sana tiada lain melainkan orang-orang yang melakukan kemaksiatan dan kederhakaan kepada Allah SWT dengan menggunakan tujuh anggota badannya iaitu, mata, telinga, mulut, perut, kemaluan, tangan dan kaki.” - Prof Dr Muhaya
** Kadang-kadang kita terleka, kita fikir niat dihati hanya untuk bergurau tapi sebenarnya dalam gurauan kita ada hati yang terluka.. #muhasabahdiri #peringatanuntukdirisendiri
** Kadang-kadang kita terleka, kita fikir niat dihati hanya untuk bergurau tapi sebenarnya dalam gurauan kita ada hati yang terluka.. #muhasabahdiri #peringatanuntukdirisendiri

