Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Thursday, March 21, 2013

Adab Kejutkan Anak Dari Tidur.

Tebaca tip ni tapi lupa lak nak copy link ... Alih-alih cari balik tak jumpa... Hehehe

Cara atau adab mengejutkan anak yang tidur, tidak kira anak yang masih bayi, kanak-kanak, remaja atau dewasa.

1) Beri salam kepada anak yang sedang tidur.
2) Sentuh hujung ibu jari kakinya yang sedang tidur.
3) Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.
4) Kalau masih belum sedar, Kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.
5) Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.
6) Kejutkannya sambil memujinya contoh : Bangun sayang, anak umi yang baik, anak ibu yang soleh, anak ibu yang rajin.
7) Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar ia mandi, solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijik pandai.
8) InsyaALLAH, anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang.

Cara ini juga boleh dilakukan kepada suami isteri tersayang atau sesiapa saja ... :)



Lenanya Qalesya titon... Mimpi indah tue.... 
Aiippp mulut tu tutup sikit dik... ^_~


Note : Jagailah Kedua IbuBapa mu..Nescaya anak-anakmu akan menjagai kamu -Sayidina Ali 

Monday, February 25, 2013

21 Tips Bagi Yang Sukar Solat Subuh ^_~




1. Tidur lebih awal.

2. Bersungguh-sungguh dalam bersuci dan berzikir sebelum tidur

3. Tekad untuk bangun solat subuh

4. Berzikir kepada ALLAH SWT ketika bangun

5. Minta bantuan keluarga atau orang -orang soleh untuk bangun solat

6. Berdoa kepada ALLAH SWT agar diberi taufik untuk bangun solat

7. Mengguna saranan-saranan peringatan

8. Memercikkan air di wajah orang yang tidur

9. Tidak tidur sendirian

10. Tidak tidur di tempat yang jauh dari orang lain

11. Keinginan yang kuat untuk bangun dan jangan bangun secara bertahap

12. Jangan kunci jam loceng terlalu jauh dari waktu solat

13. Menyalakan lampu di saat bangun

14. Tidak berjaga malam terlalu lama

15. Tidak memperbanyakkan makan sebelum tidur

16. Jangan salah menerapkan sunah berbaring setelah solat sunat fajar

17. Mengerjakan qiamullail di waktu terakhir sebelum subuh

18. Mengikut petunjuk Nabi Muhammad SAW dalam cara berbaring saat tidur

19. Tidur di siang hari (Qailulah)

20. Jangan tidur sesudah asar dan sesudah maghrib

21. Ikhlas kerana ALLAH SWT.


Sabda Nabi:
باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح

Maksudnya:
Berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.
(Riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)


HADIS TELAH SEDIA MENYEBUT:
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari”
(Diriwayatkan al-Baihaqi)


Kredit : FB Dunia Macam-Macam 

Monday, February 18, 2013

Cara Mengurangkan Marah Pada Anak Kecil

CARA MENGURANGKAN MARAH PADA ANAK KECIL 



Memang tidak mudah mendidik anak-anak. Tambahan pula, sikap anak kecil yang susah mendengar kata, menyebabkan ibu-bapa hilang kesabaran, naik darah. geram dan sebagainya. Meninggikan suara dengan muka yang bengis menjadi pilihan ibu bapa. Namun tahukah anda sikap ini menjejaskan perkembangan emosi dan mental anak-anak anda.

Tentunya anda tidak mahu anak anda membesar dengan emosi terganggu. Pernahkah anda terfikir, bagaimana anak anda pula memarahi anda apabila mereka besar nanti. Jangan salahkan mereka, kerana andalah yang mengajar mereka. Andalah yang menjadikan emosi mereka mudah terganggu dan menjadi seorang pemarah.

Sebenarnya memori anak anda semasa kecil amat kuat. Disinilah mereka mengingati dan belajar daripada apa yang mereka lihat dan dengar. Pada ketika inilah mereka mencuba sesuatu yang baru. Pada ketika inilah mereka membentuk jati diri mereka. Oleh itu anda perlu menunjukkan nilai-nilai murni yang akan membentuk sikap positif dalam diri mereka.

Tips mendidik anak yang dapat membantu anda mengurangkan marah kepada anak kecil anda :

1. Sebelum memarahi anak anda. Fikirkan dulu. Adakah anda suka dimarahi sebegitu oleh emak anda atau orang lain. Adakah anda mahukan anak anda memarahi anda pula seperti itu suatu hari nanti. Bagaimana perasaan anda jika dimarahi sebegitu pula. Apa jua salah anda, saya pasti anda tidak suka dimarahi sebegitu.

2. Lebih banyak memberi kesedaran pada anak anda daripada memarahi. Ia memang tidak mudah. Namun ia sangat membantu mereka berubah. Anak anda sebenarnya dalam proses pembelajaran. Fikirkanlah cara lain membuat anak anda lebih memahami daripada asyik memarahi mereka.

3. Fahami, anda bukan melahirkan seorang robot yang mengikut apa sahaja arahan anda. Anda melahirkan seorang manusia yang mempunyai emosi dan keinginan. Cuba fahami emosi dan keinginan mereka. Cuba bawakan keinginan mereka pada sesuatu yang anda mahukan.

4. Didik diri anda sendiri untuk menunjukkan rasa sayang pada anak kecil melalui suara, muka dan tindakan. Anda perlu tunjukkan, barulah mereka mengetahui anda menyayangi mereka. Tidak guna jika perasaan sayang hanya di dalam hati sahaja. Tiada gunanya.

5. Elakkan mengeluarkan kata-kata negatif pada anak anda. Elakkan dari mengutuk atau menjatuhkan maruah anak anda didepan orang lain. Adakah anda suka dikutuk di depan orang lain. Begitu juga dengan anak anda. Tiada siapa yang suka dikutuk di depan orang lain walaupun mereka masih kecil.

6. Anda perlu memandu anak anda semasa menonton TV. Anda perlu memberitahu mereka perkara yang salah dan betul di dalam TV. Tahukah anda, anak-anak anda mudah mengikut apa yang mereka lihat. TV banyak membentuk keinginan dalam diri anak anda. Dan mereka suka mencuba apa yang mereka lihat di kaca TV.

7. Banyakkan membaca Al-quran. Ayat al Quran mampu melembutkan hati anak-anak anda. Manjadikan mereka lebih mudah mendengar kata. Tahukah anda, hiburan di kaca TV atau radio banyak menyebabkan hati anak-anak menjadi lebih keras dan sukar mendengar kata.

Salah satu tanggungjawab yang sering diabaikan oleh ibu-bapa ialah memenuhi keperluan emosi anak-anak. Keperluan ini sangat penting membentuk jati diri anak anda. Belajarlah mula menghargai anak anda. InsyaAllah mereka akan mula menghargai anda. Kerana mereka belajar dari anda.

Mereka juga seperti anda, melalui zaman bayi, melalui zaman kanak-kanak, melalui zaman remaja dan akan melalui zaman dewasa seperti anda. Fikirkanlah.





Thursday, January 17, 2013

Tips Untuk Mudah Bersalin ^_~

Ooohhh Oooo ai belum lagi peknen apatah lagi nak bersalin yer.. Hehe memandangkan ramai kawan-kawan blogger yang tengah mengandung  (Liya Jeles okehh hehe) sekarang ni kat sini Liya nak share sikit Tips yang mungkin korang boleh praktikkan yer nanti..

10 Tips Untuk Mudah Bersalin

1) Amalkan bacaan ayat-ayat Al-Quran, Selawat dan Zikir.
Selepas solat, amalkan baca doa-doa berkaitan pregnancy, bersalin dan nak dapatkan anak soleh cam surah Al A'raaf (128), Surah At Taubah, Surah Yunus (31), Surah Yusuf (68), surah Al Hijr (97-99), Surah An Nahl (78), Surah As Sajdah (7-9), Surah Maryam dan Surah Yassin. Selain itu amalkan baca Al fatihah, 3 Qul, Ayat Kursi dan Selawat Syifa sebelum tidur dan sapu ke perut dari atas ke bawah.

2) Minum Air Kelapa Muda.
Selain memudahkan proses bersalin, ia membersihkan kepala bayi yang keluar dari pintu rahim. Kulit pun cantik dan rambut sihat.

3) Banyakkan aktiviti bersama suami.
Pilih posisi yang sesuai bila bersama, Kalau rasa malas & tak bernafsu.. ingatlah ini hanya untuk memudahkan anda bersalin

4) Meminta maaf sekerap mungkin terutama kepada suami & ibu bapa.

5) Makan Kurma 3 atau 7 biji sehari

6) Tidur yang mencukupi.

7) Jangan Tahan Kencing
Sikap sebegini sebenarnya memanjangkan lagi tempoh masa proses pelahiran. Jika pundi kencing terasa penuh, jangan segan silu meminta bantuan suami atau jururawat untuk menemankan anda ke bilik air. Jadi sebarang kemungkinan yang tidak diingini dapat dielakkan malah anda akan sentiasa berada dalam keadaan yang selesa untuk menempuhi saat bersalin.

8) Bertenang Dan Jangan Kerap Tertekan. 

9) Kerap Berjalan-jalan
Sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan dapat membantu anda ketika proses melahirkan. Jangka masa proses pelahiran boleh menjadi pendek jika anda berdiri tegak. Keadaan ini membantu bayi masuk ke salur peranakan dengan betul. Oleh itu, anda disarankan sambil ditemani suami untuk memudahkan bayi turun dan mempercepatkan proses melahirkan.

10) Tarik Nafas Panjang
Bunyinya kedengaran ringkas namun sering tidak dipedulikan. Pengabaian amalan menarik nafas panjang boleh melambatkan proses melahirkan. Ini terjadi kerana tanpa melakukan rutin bernafas sedalam-dalamnya, anda menjadi kurang tenang.

--> Tapi ingat ini hanyalah IKHTIAR dan keberkesanannya atas izin Allah Swt sahaja. Setiap kelahiran itu berbeza sakitnya dan hanya Allah Swt yang menentunya. Peace no war.. ^_~



Hahaha Saje nak Enterprem Gambar ai masa mengandungkan Qalesya 5 bulan.. Boleh lagi naik kapal terbang pergi sabah hehe... =)