Monday, June 24, 2013

Taubat Dan Doa - DR Asri Zainal Abidin


Ketika jiwa merasa sesal & kecewa ... Mengenangkan dosa-dosa yang dilakukan ... Ketika harapan dirasakan tiada lagi ...

Islam tidak pernah meletakkan perantaraan antara manusia dengan tuhan.. bila2 masa sahaja insan itu.. dimana saja dia berada .. bangsa apa dia keturunan dia, siapa mak bapa dia, siapa saja datuk nenek dia jika dia ingin berhubung dengan allah atau kembali kepada allah .. maka tidak pernah ada halangan.

Surah azzumar ayat 53


Beritahu kepada hamba2ku, katakanlah wahai hamba-hamba allah..yang mana mereka itu kecewa terhadap diri mereka (dosa dia banyak, dia frust) .. dia rasa, dia jumpa orang, orang akan kata" ohh kau ni tuhan tak ampun dosa orang macam kau ni" .. jumpa pula orang ni  kata " tuhan tak ampun kau ni .." .. Allah kata " Beritahu hamba-hambaku yang mereka itu telah kecewa terhadap diri mereka ... Jangan mereka putus asa dengan rahmat allah, jangan mereka kecewa dengan rahmat allah...Allah mengampunkan segala dosa... Nabi kata " Siapa yang menyatakan lingkuplah orang ramai, jahanamlah puak-puak ini , semuanya kaki dosa , jahanam dia.. Nabi kata " Dialah orang yang paling binasa, sebab dia tidak memberikan nilai rahmat allah kepada orang .. "


Ketika diri tiada tempat untuk meluah .. melepaskan segala resah di jiwa ..

Nabi kata " Siapa menutup aib orang muslim Allah tutup aib dia dunia dan akhirat " ... termasuk muslim itu diri dia sendiri ..  Orang datang kepada nabi. Ma'iz bin Malik datang kepada nabi, dia berzina  "aku berzina wahai Rasulullah, bersihkan aku" .. Nabi tak tengok dia nabi pusing.. Nabi bagi isyarat, Ma'iz pergilah  tapi Ma'iz kata juga " aku zina wahai rasulullah, bersihkan aku "  Ma'iz terus ... Rasulullah cuba bagi pengecualian kepada dia .. Rasullullah kata " boleh jadi kau cium Ma'iz " ..  Boleh jadi kau raba-raba ... " Aku berzina Ya Rasulullah, takkan kau tak tahu aku berzina " ... tapi dia terus, dan bila dia terus, dia nak hukuman, maka hukuman dijalankan ... Islam suruh tutup (keaiban diri), islam suruh manusia baiki diri dia, bila-bila masa sahaja.. Islam tak suruh dia pergi buat pengakuan untuk ceritakan keaiban dia .. Dia istighfar kepada tuhan , dia balik kepada tuhan, dia minta ampun kepada Allah .. Pintu keampunan Allah, Allah buka pintu keampunan pada waktu siang  untuk dia mengampun orang yang buat dosa pada  waktu malam..Dan dia buka pintu keampunan pada waktu malam untuk dia mengampun orang yang buat dosa pada waktu siang ...


Usah berputus asa dengan Rahmat Tuhan .. Teruskan perbaiki diri ..

Islam seluas-luas pintu, di dalam ajaran islam, adalah pintu taubat. Allah menyatakan : " wahai hambaku, jika dosamu itu sampai ke langit, banyaknya daripada bumi hingga ke langit ... kemudian engkau beristighfar, engkau pohon keampunan daripadaku... Aku ampunkan engkau aku tidak peduli.. " Hambaku itu tahu dia ada Tuhan yang boleh ampun dosanya dan boleh bertindak padanya ... Aku ampun dia " Kata Allah. Kemudian dia duduk beberapa lama, dia betul-betul taubat, bukan main-main... macam mana dia (boleh) tergelincir lagi.. selepas tergelincir, hadith qudsi ini kata... " Hamba Allah ini berkata : Wahai Tuhan, aku telah buat dosa lagi, ampunlah aku .. Allah kata dalam hadith itu : " Hambaku itu tahu bahawasanya baginya Tuhan yang boleh mengampunkan dosa dan mengambil tindakan pada dosa dia, Aku ampunkan dia .. Selagi mana dia ikhlas, dia tidak berniat pun nak tipu, dia memang nak taubat betul-betul.. dia tergelincir ... Tuhan kata : Sesungguhnya hambaku itu bukan apa, dia tahu baginya Tuhan yang mengampunkan dosa...


Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang ...


Apabila orang nak balik kepada tuhan .. Tuhan tak pernah tanya .. bapa kau siapa, mak kau siapa, datuk kau siapa... takk...!! Abu jahal perang nabi, memerangi Nabi, anaknya Ikrimah masuk islam.. Sahabat nabi dan terbilang sebagai orang yang dekat dengan Nabi .  Manusia yang tampil menentang Nabi, Lagi tuhan terima taubatnya .. Inikan pula manusia Jalanan. .. Walaupun kita kata benda itu tidak baik dia berzina, dia minum arak tapi kalau dia nak balik kepada islam tidak pernah ada halangan antara dia dengan tuhan, sama sekali tidak ada..


Hanya kepadaNYA kita sembah ... Hanya kepadaNYA kita memohon


" Kamu doalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin kamu akan diterima "
" Ketahuilah Allah tidak akan menerima doa daripada hati yang lalai dan alpa" ... dia tidak terima.

Al Baqarah Ayat 186

Bila hamba-hambaku bertanya engkau wahai Muhammad tentangku, maka sesungguhnya aku dekat .. Aku menyahut doa orang yang  berdoa kepadaku hendaklah mereka menyahut seruanku dan beriman kepadaku... mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk ... Semua doa menjelma, melainkan hamba itu tidak berdoa bersungguh-sungguh


Kita seringkali terlupa bahawa Allah lebih tahu apa yang kita perlukan...


Cuma apabila Allah memperkenankan sesuatu hajat, ia memperkenankan dalam berbagai rupa .. Manusia kadang-kadang dia minta (saya selalu sebut) Kadang-kadang kita minta wang.. sebenarnya dia bukan nak wang, dia nakkan kebahagian tapi dia sangka, dengan adanya wang, ada kebahagian..Allah kadang-kadang tak bagi wang sebanyak yang dia harap tapi Allah beri kebahagian kepada dia .. Dia minta isteri cantik, dia berkenan dengan seseorang itu.. Allah tahu mungkin tidak baik untuk dia, Allah beri juga isteri kepada dia tapi dia kata bukan yang aku doa hati itu.. tapi yang Allah beri itu lebih baik untuk kehidupan dia, lebih baik untuk kebahagian rumah tangga dia.. lebih baik  untuk dia meneruskan perjalanan hidup, namun, Allah menghampakan hamba, tidak sama sekali.. Tapi dia sangka yang aku minta itu tidak sampai-sampai lagi.. Tak... sebahagian besar hajat kau telah kau kecapi nikmat itu..


Teruskan mengharap dengan Tuhanmu....


Manusia berhubung terus dengan Tuhan.. Dia minta iblis minta supaya dipanjangkan hayatnya sampai kiamat, Tuhan perkenan doa iblis itu, padahal derhaka betul iblis itu... Takkan hamba dia yang sembahyang minta dia tak bagi, tentu dia bagi .. Hatta manusia islam, dia naik kereta, dia tengok satu orang susah di tepi jalan,  dia kata : Ya Allah, kasihanlah dengan sahabat kita yang susah ini, hambamu yang susah ini, berilah rezeki kepadanya.. Kita kasihan tengok dia naik motor, kita naik kereta, hujan .. Nabi kata : Tiada hamba Allah yang doa dalam keadaan saudara dia itu tidak tahu ... melainkan Allah hantar malaikat-malaikat, untuk kau pun macam itulah juga.. Maksudnya engkau minta yang baik untuk dia, untuk engkau pun macam itulah juga...

Yakinlah dengan Tuhanmu dan bersyukurlah wahai diri..

Ajaib hidup ini dengan doa, ajaib..ajaib tuan-tuan kalau fikir kereta doa kita doa .. entah berapa banyak dalam kehidupan kita daripada satu kesusahan kepada kesusahan yang telah kita keluar pada hari kita berada dalam kesusahan itu dan kita berdoa, kita sangka macam kita tidak boleh keluar, pada hari ini kita dapati, berapa banyak kesudahan telah kita rentasi dan kitapun telah melupai sebahagian besar daripada doa yang kita sebut

Selagi nyawa dikandung badan.. Peluang untuk kembali kepada Tuhan.. Tidak pernah tertutup

Muslim... nak taubat kepada tuhan tak perlu isytihar diri, nak minta kepada Tuhan juga, tak perlu perantaraan.. Manakah agama yang lebih memberikan ruang untuk manusia balik kepada Tuhan lebih daripada apa yang diberikan oleh islam.













8 comments:

  1. Tq sooooo much sis for sharing this info....

    ReplyDelete
  2. thanks sharing..

    join la GA. mana tau leh menang. upss.. shawl dah siap. nanti bagi address kat kak T yer.

    wantie_mir@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. sedi tengok video tu..bile dgr dan hayati betul2... islam itu indah kan..

    ReplyDelete
  4. gd n3 ni, tq share with us yer

    ReplyDelete
  5. setuju lya Allah tidak pernah lupa pd hambanya..hambanya aje yg sentisa lupa Kepada Allah swt.

    -Waaliakumsalam lya..akak sehat alhmadulillah..sepatutnya kak yg tya lya..sehat ke..lya dan baby tu..he~

    ok knor dah terima order lya..apa2 nti knor msg atau cll lya ye..:)

    ReplyDelete