Saturday, August 13, 2011

Marhaban Di Astro - AEON Bukit Tinggi

Salam....

Sekejap je rasanya dah 20 ramadan dah hari nie kan..
Alhamdulillah.. Bermakna dah 20 hari kita berpuasa..
Disebabkan Daddy Qalesya tak kerja hari nie....
Ibu pun ajaklah daddy pergi Jusco Bukit Tinggi...
Nak Shopping le sikit-sikit :-P
Tetiba rupanya kat Jusco ada Marhaban Di Astro ..
Kami sampai pun time tu dah kul 5pm..
Ramai juga artis yang ada... Qalesya siap ajak pergi duduk depan lagi...
Nak tengok dekat... hahaha sib baik ada kosong...
Tak pe lah ibu layankan je lah anak ibu sorang nie...
Oklah kita layan gambar je.. ada le snap sikit..
Tp tk ade le semuanya... ^_~


*** Kumpulan Al Maulid ***


Mula-mula ingatkan sapa le.. hehe rupanya acha septiasa

Acha & Farish


Ni le Pengacara time tue..


Tak leh layan lama-lama marhaban di astro nie...
Sebab takut nanti tak dan nak shopping...
sebab dah tempah berbuka kat Sekinchan ikan Bakar..
Kat luar Jusco Bukit Tinggi..
So Sementara tunggu ibu beli baju Qalesya...
Sebab nak cepat punya pasal Daddy bawa Qalesya main kat sini..
Ibu je yang pergi beli / pilih sorang-sorang...



apa je lah Qalesya nie...


suka tol kalau dapat main kat sini


ishhh dah cam budak besor je...


ada je gelagatnya hihi.. ibu beli kat sebelah tu je pun..

Monday, August 1, 2011

Ramadhan menjelma lagi



Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana aku masih lagi di beri peluang untuk menyambut ramadan untuk kali ini... Semoga ramadan kali ini membawa seribu kenikmatan, keberkatan, ketenangan dan kekuatan untuk kita menambahkan dan memperbanyakkan segala amalan-amalan...

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan....


Ooohhh Hati... Bersangka baiklah ^_~


"Sentiasalah bersangka baik kat orang. Kalau orang nak sangka buruk kat kita, itu bahagian dia. Dia akan berjawab di akhirat kelak. Tanggungjawab kita buat seperti yang sepatutnya sebagai seorang muslim. Kalau orang tak suka kat kita, kita bagi intan pun tetap dia tak suka. Letak ajelah orang tu di sebelah. Ada ada tak ada sudah, tak payah nak di kisah atau di cari. Kita buat hal kita. Mencari Keredhaan Allah SWT itu lebih penting dar
i memuja sanjung manusia sekeliling"

Begitulah petikan seorang rakan di wall facebooknya, yang mana bagi aku cukup indah kata-katanya dan sungguh terkesan. Apa yang di coretkan sememangnya betul. Kalaupun kita bagi intan permata pun tetap dia tak suka. So, pada aku kalau ada kita tegur. Kalau tak ada tak perlulah nak di cari. Biar kita beralah, mungkin di dunia kita tewas, tapi akhirat biarlah kita jadi juara. Menang di pandangan Allah SWT . Itu yang paling penting. Biar kita di benci didunia tapi jangan sampai Allah SWT membenci kat kita sudah
kan.

Tapi sebagai hamba Allah kekadang kita tewas. Terlalu mengikutkan nafsu, maka bertindak pun bukannya mengikut akal, hanya mengikut hati yang amarah. Bila syaitan menguasai maka hancurlah segala-galanya. Minta dijauhkan segala yang buruk itu di dalam hati hambamu ini Ya Allah.

Aku tak kata aku tak pernah bersangka buruk kat orang. Perasaan itu sentiasa ada. Faktor persekitakaran membuatkan aku rasa begitu. Kadang-kadang jenuh di usir per
asaan itu jauh-jauh, tapi tu lah bila hati sakit maka itulah yang akan terjadi.



Ya Allah Ya Rabbi, sesungguhnya kekadang iman ku begitu lemah dan hanyut di buai dek bisikan2 syaitan. Kau teguhkanlah imanku. jauhkanlah daku dari sikap berburuk sangka terhadap orang lain. hanya redha pun yang aku harapkan Ya Allah.. Amen