Tuesday, September 27, 2011
Qalesya Study
Bila Scha Dah Lama Tak Ke Taman
Wednesday, September 21, 2011
Surat Untuk Hawa
Kenapa.. Engkau Tidak Hargai nikmat Iman Dan Islam Itu?
Kenapa.. Mesti Engkau Kaku Dalam Mentaati Ajaran-NYa?
Kenapa.. Mesti Segan Mengamalkan Isi Kandungan-NYA?
Dan Kenapa Ada Was-Was Dalam Mematuhi PerintahNYA?
Kenapa Wahai Hawa?
Wahai Hawa..
Sedarlah...
Tangan Yang Mengoncang Buaian Boleh Mengoncang Dunia...
Sedarlah Hawa, Engkau Boleh mengoncang Dunia Dengan Melahirkan Manusia Yang Hebat..!!!
Yakni Yang soleh Dan solehah..
Engkau Boleh Mengegar Dunia, Dengan Menjadi Isteri Yang taat Serta Memberi dorongan Dan Sokongan Kepada Suami Yang sejati... Dalam Menegakkan Islam Di Mata Dunia,
Sedarlah Wahai Hawa...!!!
Tapi Hawa,
Jangan Sesekali Kau Cuba Mengoncang Keimanan Lelaki Dengan Tuturmu, Dengan Ayu Wajahmu, Dengan Lenggok Tubuhmu, Jangan Engkau Menghentak-hentak Kakimu Untuk Mengatakan Kehadiranmu
Jangan Hawa....
Jangan Cuba Sesekali Menarik Perhatian Kaum Adam Yang Bukan Suamimu...
Kerana Aku Khuatir Ia Mengundang Kemurkaan Dan Kebencian Allah..
Aku Merayu...
Jangan Hawa.. !!
Kerana Ia Boleh Memberikan Kegembiraan Kepada Syaitan Kerana Wanita Ialah Jala Syaitan
Alat Yang Di Exploitasikan Oleh Syaitan Dalam Menyesatkan Kaum Adam..!!
Hawa.....
Andai Engkau Masih Remaja
Jadilah Anak Yang solehah Buat Kedua Ibu Bapamu
Andai Engkau Sudah Bersuami...
Jadilah Isteri Yang Meringankan Beban Suamimu..
Andai Engkau Seorang Ibu..
Didiklah Anakmu Hingga Ia Tak Gentar Memperjuangkan Ad-din ALLAH...
Hawa....
Andai Engkau Belum Berkahwin..
Jangan Engkau Risau Akan Jodohmu...
Ingatlah Hawa, Janji Tuhan Kita...
Wanita Yang Baik Untuk Lelaki Yang Baik..
Jangan Menggadaikan Maruahmu Semata-mata Hanya Seorang Lelaki...
Jangan Memakai Pakaian Yang Menampakkan Susuk Tubuhmu Hanya Untuk Menarik Perhatian
Dan Memikat Kaum Lelaki..
Kerana Engkau Bukan Memancing hatinya..
Tapi Merangsang Nafsunya..
Wahai Hawa...
Jangan Sesekali Engkau Mulakan Pertemuan Dengan Lelaki Yang Bukan Muhrim...
Kerana Aku Khuatir Dari Mata Turun Ke Hati,
Dari Senyuman Membawa Ke Salam...
Dari Salam Cenderung Ke Pertemuan ..
Dan Dari Pertemuan ..
Takut Lahirnya Nafsu Kejahatan Menguasai Diri..
Hawa..
Lelaki Yang Baik,
Tidak Melihat Paras Rupa...
Lelaki Yang Soleh,
Tidak Memilih Wanita Dari Keseksiannya...
Lelaki Yang Warak,
Tidak Menilai Wanita Dari Keayuannya, Kemanjaannya Serta Kemampuannya Mengoncang Iman Mereka.
Tetapi Hawa,
Lelaki Yang Baik Akan Menilai Wanita Melalui Akhlaknya, Keperibadiannya dan Ad-dinnya.
Lelaki Yang Soleh Tidak Menginginkan ..
Sebuah Pertemuan Dengan Wanita Yang Bukan Muhrimnya,
Kerana Dia Takut Memberi Kesempatan Kepada Syaitan Untuk Menggodanya...
Lelaki Yang Warak Juga Tak Mahu Bermain Cinta,
Sebabnya Dia Tahu Apa Matlamat Dalam Sebuah Hubungan Antara Lelaki Dan Wanita..
Yakni PErkahwinan..
Oleh Itu Hawa..
Jagalah Pandanganmu,
Jagalah Pakaianmu,
Jagalah Akhlakmu,
Kuatkan Pendirianmu,
Andai Kata Tiada Cinta Dari Adam Untukmu,
Cukuplah Hanya Cinta Allah,
Menyinari Dan Memenuhi Jiwamu
Biarlah Hanya Cinta Kedua Ibu Bapamu Ingatan Kebahagian Buat Dirimu..
Cukuplah Sekadar Cinta Adik-Beradik Serta Keluarga Yang Akan Membahagiakan Dirimu...
Hawa...
Cintailah Allah Di Kala Susah Dan Senang...
Kerana Engkau Akan Memperolehi Cinta Dari Insan Yang juga Mencintai Allah ..
Cintailah Kedua Ibu Bapamu,
Kerana Engkau Akan Memperolehi Keredhaan Allah..
Cintailah Keluargamu,
Kerana Tiada Cinta Selain Cinta Keluarga...
Hawa...
Ingatlah Yang Terakhir
Biarlah Tangan Yang Mengoncang Buaian Ini Dapat Mengoncang Dunia Dalam Mencapai Keredhaan Illahi
Jangan Sesekali ...
Tangan Ini Juga Yang Mengoncang Keimanan Kaum Adam.
Kerana Aku Sukar Menerimanya Dan Aku Benci Mendengarnya.
" Dunia Adalah Perhiasan & Sebaik-baik Perhiasan Adalah Wanita Solehah"
Hadis Riwayat Muslim