Friday, December 28, 2012

Rinduuuu Bangattt .. ^_^

Rindunya ibu kat budak kecik sorang nie.... Dia syok kat kampung ibu yang melopong kat sini... Mana tidaknya Qalesya sekarang ada kat kampung.. Krismas hari tu ibu dengan Acik Epy je yang balik... Qalesya ..!!!! dia sibuk nak tinggal... sampai merajuk dia dengan ibu & daddy nak tinggal... Ibu pun serba salah jadinya... Ialah Qalesya mana pernah berenggang dengan ibu.. Mana dia pernah tak tidur dengan ibu bila malam... Aduhaiiii Qalesya... Qalesya tau tak ibu & daddy nie rindu sangat-sangat kat Adeq.... Lain kami rasa bila adeq tak da.. Selalu bila Daddy balik dari kerja mesti Qalesya mengorok kat belakang pintu konon2 nak suruh dadddy cari... Tapi kali ni bila daddy bagi salam tak ada pun budak yang bukakkan pintu sliding door untuk daddy... Bila malam adik selalu pot pet ngan ibu... Cerita itulah inilah ... Sekarang sunyi je rumahh... Uwaaaaa Adeqqqqq cepatlah balikkkkk......

Amboooiii Adeqqq... Seronok sangat dia tinggal kat kampung sampai ibu talifon pun dia tak nak cakap... Tahulah ramai yang melayannya... Ada Atok, Opah, Kakak Nana, Pak Ngah, Pak Ude & Ucu... Ibu tak peduli malam ni ibu nak ambik Adeqqq... hehehe Rindu ibu dah tak tertahan dah kat Qalesya...

Tungggu Ibu  yerr.... Sayang Uchuk Kacam Ibu ni.... ^_^


Eeeeeee Sayang ibu nie....
Luv U... ^_~

Kakak Nana & Qalesya... 
Psssttttttt :::: hehehe bila mood tu datang nak menulis... Hambek Sekali 4 post marathon ibu publishhhh :P


Kronologi Qalesya Kat KPJ .. ^_~

Sebelum ni ibu dah janji nak cerita kenapa Qalesya kene admit kat KPJ. 
Ok ibu bagi kronologi kejadian yer... 


Jumaat ( 30.12.2012 )
- Malam : Qalesya Cirit Birit

Ahad (02.12.2012 )
- Bawa Qalesya pergi Klinik Nuraini sebab cirit birit still berterusan.

Rabu (05.12.2012)
- Pagi ( 3pagi - Qalesya muntah banyak sangat sampai 3x )
- 10 pagi - bawa qalesya pergi KPJ Klang terus kene admit.

Nurse tu konon selimutkan dia sebab takut dia nangis untuk ambik darah...
 tapi  Qalesya sikit pun tak takut dan tak menangis langsung...
memang ibu salutelah kat scha.. ^_~

Qalesya walaupun sakit tapi still aktif  lagi... 

Maka berkampunglah kami semalam kat sana... ^_~

Breakfirst time.... ^_^
Action je tu makan 3 @ 4 sudu dah tak nak...
Dia kata tak sedap... 
Tengok tu walaupun tangan cam tue..
Tetap dia nak turun...  Tak betah dok lama-lama kat atas kattil
hehe

Tengok kartun.. macam-macam gaya..
Nak keluar tak boleh .. Pusing-pusing dalam ni ler....
Bosannnnn ... 

Khamis (06.12.2012 ) - Qalesya discharge.

Yeeaayyyyy ....
Qalesya Dah Sehat...
Macam biasa Uchuk & Botol tak lepas k...
Yeayyy Bolehhhh Balik... ^_^



Genap Seminggu lepas tue...

Rabu (12.12.2012)
- Qalesya muntah balik sama macam yang sebelum nie... memang cirit birit dia pun tak baik sepenuhnya lagi. Pagi tu hantar pergi rumah pengasuh memang terasa badan Qalesya macam nak demam.. Tengahari tu pengasuh tu kata Qalesya minum susu muntah, merengek, perut dia macam kembung. Ibu nak balik lunch tu tak boleh sebab ada paper work yang nak kene siapkan lagipun ingat besok boleh on leave jer... petang sampai rumah ambik qalesya terus bawa dia pergi KPJ balik.. dia pun memang nampak tak ceria langsung. Tunggu doktor pakar tu datang balik ( sebab mereka balik 5ptg)  dalam 1/2 jam menunggu doktor tu datang. memang doktor pun kata Qalesya more worse than previously. Sekali lagi Qalesya kene admit.. Doktor kata ada jangkitan yang lain kat usus dia...



Tengah Tunggu Doktor datang ....
Selalunya dia le ligat...
Tapi kali ni memang dia tak bermaya & terdaya nak main.. 

Kat emergency sementara nak tunggu prosedur masuk wad selesai..
Doktor tu siap kata " She look difference from before this ye... so significant " 

Khamis (13.12.2012)
- Masih Di Hospital... Memang tak ceria langsung muka dia...
- Qalesya tak nak makan... Minum susu muntah..
- Dia buang air besar air jer... sampai meleleh kat pampers... cuba bayangkan pampers tu bertakung penuh dengan air.. cam tu le qalesya cirit birit... Aduhaiii kesian tengoknya...

Perut Qalesya kembung.... Doktor kata Banyak gas kat dalam perut..
1st time tengok perut Qalesya macam nie..
Masa baby pun tak ada le macam nie.
.. 
Kesian Qalesya.... Merengek-rengek suruh ibu gosok perut dia..
Dia kata adeq sakit perut....
 

Jumaat (14.12.2012)
- Daddy temankan sepanjang siang sebab ibu kene pergi kerja.

Layan Kartun lagi... ^_^


Sabtu (15.12.2012)

Kene buka sebab tangan dia bengkak..
Doktor kata kalau Qalesya tak nak makan kene sambung balik masuk air tue...
Ibu pujuk Qalesya ..
Ibu : Adik nak Balik tak??
Qalesya : Nakkkkkk.....
Ibu : Kalau nak balik adik kene makan... lepas tu nurse pun tak cucuk lagi masuk air tu kat tangan adik...
Qalesya : Adeq nak makan buuu.... 

Ahad (16.12.2012)
- Qalesya dah boleh keluar .. Yeayyyyyyy !!!! tapi still ada appoitment dengan doktor.



Sementara tunggu daddy ..
Qalesya Nak pergi jalan kat kedai kat bawah tue... 

Suka Dia dah dapat lepas...
Dan yang paling penting...
BALIK.... !!! 

Alhamdulillah sekarang Qalesya dah sehat... Terima kasih atas semua doa... Qalesya ibu dah sehat & aktifff kembali... ^_^

DOKTOR COMEL IBUUUU .... !!!!

Doktor & Pesakittt.... 

21.12.2012
Patutnya ibu & Qalesya balik kampun malam tu dengan Acik Nie... Tapi balik dari kerja ibu tak sehat... Demam... !!!  Daddy kerja masa nie... Ibu ada doktor peribadi yang sangat prihatin lagi comelll.... Doktor Qaseh Nurhani Qalesya... hehe

Entah apa dia borak dengan daddy dia entahlah... Habis je diaorang bersembang.. Qalesya pergi masuk dalam bilik dia ambik saputangan... Rupanya nya dia nak letak atas dahi ibu... dia nak basahkan tapi takut nak kedapur sebab lampu dapur tutup... Beria-ria suruh ibu bangun buka .. hehehe Bijak anak ibu nie..

Apa pun TERIMA KASIH SAYANG... Luv u  budak comel ^_^


Jumaat Terakhir Tahun 2012

Ya Allah, di hari Jumaat yang terakhir untuk tahun ini.. Kau berikanlah daku peluang dan kesempatan menikmati jumaat setereusnya pada tahun hadapan.. Agar dapat aku perbaiki diri yang masih terlalu banyak kelemahan ini.. Ampunilah dosa-dosaku serta orang-orang yang ku sayangi, permudahkanlah urusan ku, permurahkanlah rezeki ku, sihatkanlah tubuh badan ku, tetapkanlah itikad dan pendirian ku.. Sesungguhnya engkau lebih mengetahui apa yang terbaik buat ku..






Tidak peduli seburuk manapun masa lalumu, ingatlah bahawa setiap HARI BARU adalah kesempatan untuk berubah dan memulai hidup yang baru yang lebih baik dari hari semalam.. JANGAN PERNAH putus harapan dengan terus menyangka jalan hidupmu akan seperti hari hari semalam.. keinginan mu berubah adalah kekuatan mencapai perubahan. Ingatlah hidupmu adalah sesuatu yang UNIK seperti dirimu.. ~ ♥

P/s : Hargai hidupmu, Dan hargai insan yang mewarnai hidupmu.. Alhamdulillah (^_^)V ♥ ♥ ♥




TAHNIAH..!! Khairul Fahmi (Apex) & Leuniey







Tahniah! Khairul Fahmi Che Mat (Apek) & Leuniey Kini Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz… Semoga benrbahgia dunia dan akhirat :) 



Wednesday, December 19, 2012

Hampeeehhhh ... :D

Aduhaiii tak tahu apa dah jadi dengan blog ni entah...
Dah hilang serinya... konon-kononnya nak buat background baru..
Hampehhh gini last jadinya.... Habis hilang semuanya.. Nak menggodem balik punyalah masa tu terhad so apa boleh buat... Biorler gini je lah buat sementara waktu nie... Nanti bila-bila ada free barulah di godem yerk... waktu FREE..!!!!  hahaha entahlah bila ^_^

Banyak story morry terkumpul bulan ni.. satu pun tak publish lagi.. Nak mulakan dulu tu yang entah bila mood tu nak datang idaklah tahunya... Wahaiiii mooooddddd datanglah dikau hikhikhik...



Friday, December 14, 2012

Qalesya Admitted Buat Kali Ke-2

Aduhaiii lamanya blog ni tak berupdate yer..
Bizi sikit dengan Qalesya...
Buat kali ke-2 dalam bulan yang sama Qalesya admitted kat KPJ Klang..
Berkampung kami sekeluarga kat sana..
Qalesya kene balik diarrhea & muntah2 ..
Ingatkan Sebelum ni dah ok ler..
Mana tahu datang balik.. tapi kali ni Doktor kata more serius dari yang sebelumnya..
Qalesya pun tak aktif macam selalu...
Doktor tu cakap Qalesya tak macam sebelum nie masa dia 1st time kene tahan kat wad seminggu yang lalu.. .Sebab kali nie perut dia besar.. kembung..!!!  banyak sangat gas ..
ujian darah pun tak macam sebelum nie.. Dia pun tak mau makan.. minum susu pun muntah jer... Nantilah cerita yang lain... sebab masa terbatas..
Doakan Qalesya Cepat sembuh yer..




Maaf tak sempat nak ziarah blog2 blogger2 yang lain.. Ins Shaa Allah nanti Ibu Qalesya free kite lawat korang k...

Thursday, December 6, 2012

Qalesya tak sihat :: KPJ KLANG ::


Ibu dengan qalesya sekarang ada kat kpj klang. Qalesya kene admit sebab diarrhea n muntah2 dari hari jumaat haritu lagi.. Nanti ibu cerita full story pasal ni yer..


Monday, December 3, 2012

It's My B-Day's ^_~

Semalam 02.12.2012 ulang tahun kelahiranku ^_~ ... Wahhh sekejap je masa berlalukan.. Rasa cam baru umur 20 tahun je tapi sebenarnya tidakkkkk lagi... Dah masuk 3series dah ...  Happy Besday To Me.. hehehe

Qalesya wish kat ibu " Selamat harijadi Ibuu... Nanti adik belikan kek untuk ibu yer... Tapikannnn buu adik tak ada duitlah.. hehehe... (sambil lentok2 pala dia ngan tangan pun dok goyang-goyang tanda dia tak ada duit.. )

Qalesya, Ibu tak perlukan itu semualah dik.. janji adik ingat besday ibu pun ibu dah terharu sangat tau...

Terima Kasih di atas semua ucapan yang diberikan melalui SMS, CALL, Whatsapp , Facebook.. Really appreciate it .. Terharu rasanya hati ni bila membacanya.. Rupanya masih ada lagi yang mengingati ulangtahun kelahiranku... Semoga kita semua sentiasa si bawah lindunganNYA selalu... Daddy bawa pergi makan kat tempat special ... kat mana.. Nanti ibu bagitahu yer...