Thursday, December 17, 2015

Tamat sudah .... Alhamdulillah

Alhamdulillah tamat sudah pembelajaran kak long peringkat tadika.. Terima kasih yang tak terhingga buat semua cikgu-cikgu Pasti Amal Bestari yang bertungkus lumus dan penuh kesabaran tanpa jemu mendidik Kak Long.  #graduationsday #pastiamalbestari #thestrandkotadamansara 

Movie Time : Dinosaur Yang Baik ^_^


Buat kali pertamanya ibu hangout tengok movie bertiga je "Ibu, Kak Long & Qhalif Irfan" ... Daddy..!!! hehe masa ni daddy kerja.. Kebetulan ibu cuti so tak tahu nak buat apa kat rumah ajaklah budak-budak ni tengok wayang... Alhamdulillah buat kali pertamanya Qhalif Irfan very behave dan sangat dengar kata (maybe adik tau daddy tak ada..kesiankan ibu kena control sorang-sorang hehe.. Alhamdulillah .. ) Daddy pun risau whatsapp ibu tanya "anak-anak okey ke? " Hahaha tengoklah sapa yang control kan hehehe...  

Ibu bawa anak-anak ibu tengok movie dekat Citta Mall Ara Damansara ( sebab tu je yang paling dekat dan senang nak parking... hihi) .. Lagipun lepas habis movie tu Daddy pun datang gak kat Citta Mall tu .. Lunch sekali... Ehhh lupa lak nak bagitahu ibu booked tiket untuk tengok cerita "The Good Dinosaur " Not bad ceritanya... Bagi ibu okey le sebab bukan senang nak tengok Qhalif Irfan tengok cerita ni dengan tanpa ada kerenah yang macam-macam.. Tengok dengan penuh bersemangat lagi budak kecik tue... lepas ni boleh beli DVD movie ni.. boleh tengok banyak kali kat rumah...  

Okey lepas ni ibu boleh bawa Kak Long & Adik Qhalif Irfan pergi tengok movie lagi ye... ^_^




Back To Normal Again ^_^ .. Mood mood datanglah... :)

Alahaiii lamanya ibu tak update kisah anak-anak ibu ini.. Selalunya update kat instagram je hehe sekali sekala kat facebook itupun share dari IG gak.. Kesian anak-anak ibu sebab ibu tak update perihal mereka.. Nanti one day bila kak long dan adik Qhalif Irfan dah besar dan pandai membaca, tahulah anak-anak ibu kisah pembesaran dan apa perasaan ibu dalam membesarkan anak-anak kesayangan ibu ni..Selain dengan Allah Swt tempat ibu mengadu, Dekat sinilah tempat ibu berkongsi rasa tentang kehidupan.

Alhamdulillah anak-anak ibu membesar dengan sebaik-baiknya.. Akan Ibu penuhi segala impian anak-anak kesyangan ibu nie (itukan setakat yang termampu le ssayang ) ...  Ibu Daddy sayang Kak Long.. Sayang Qhalif Irfan .. Moga Allah swt melindungi anak-anak ibu daripada benda-benda yang tak elok ye.. 



Lego

Ralit kak long bila dapat lego... Dah buat elok-elok datang adik irfan habis dia sepahkan... Mengamuklah kak long, dah menangis .... Yang adik lak bila dah kak long nangis apa lagi lari le dia dekat ibu... Ishh ishhh cam tu lah ragam budak berdua nie.. 

Berkelah di Teluk Batik & Lumut

Salah satu percutian yang dirancang... Selalunya bende yang tak dirancang ni menjadi.. Hehehe Teluk Batik here we come... !!!! 

Selama ni ibu memang jarang sangat bawa kak long pergi mandi laut.. Irfan..!!! Lagile tak pernah pergi... Terhibur hati ibu bila tengok anak-anak ibu seronok sangat bila ibu lepaskan kak long dengan irfan main pasir.. Kak long mula-mula tu takut juga nak mandi bila tengok ombak tu tapi kejap je la.. Yang kecik tu yang memang dari mula sampai hingga balik takut dengan air laut tu. Kalau setakat main pasir tu okey lagi le dia.. 

Habis hati kakak nana, kak long & irfan bika dapat main cam nie.. Ibu x de lah mandi.. Daddy je lah yang kena mandi... Kalau tidak sapa lak yang nak layan anak-anak kan.. tak seronoklah kalau kami je yang pergi kan.. Opah pun ada ... Ucu, Opah cik, acik aton, mama medina pun ada sekali... tapi diaorang semua tak mandi... 


Lepas dah penat mandi laut.. Kami singgah Lumut.. Beli hasil laut buat kudap-kudap.. Alang-alang dah datang teluk batik tak sah kalau tak singgah lumut ni kan.. Ibu pun dah lama sangat tak pergi sini... Rindunya zaman belajar dulu... Hehehe