Thursday, January 27, 2011

Baik-Baik Sayang

Salam....

Nak share ngan kengkawan semua lagu ni..
Entah kenapa aku suka sangat lagu ni...
liriknya tu buat aku rasa terbuai je...



Tajuk Lirik/Lagu: Baik Baik Sayang
Artis: Wali Band
Aku tak ingin
Kau menangis bersedih
Sudahi Air Mata Darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang
Karna bagiku
Kau Kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku
(Korus)
Hanya satu pintaku
Untukmu dan hidupmu
Baik-baik sayang
Ada aku untukmu
Hanya satu pintaku
Di siang dan malammu
Baik Baik sayang
Karna aku untukmu
Semua keinginan
Akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku…

Jom je lah kita layan yerk.... kalau sapa nk dengar lagu ni KLIK SINI yer...


Wednesday, January 19, 2011

Pahit Itu Ada Manisnya.

Kebenaran itu nyatanya pahit untuk di luah apatah lagi untuk di telan. Namun begitu kebenaran itulah yang membawa erti pada sebuah kejujuran. Kejujuran menjadi kayu ukur dalam sesebuah perhubungan. Tidak kira persahabatan, percintaan mahupun kekeluargaan. Dengan sebuah kejujuran lahirlah kepercayaan yang mengukuhkan lagi ikatan. Renungkan sebentar..Sejauh manakah kita berlaku jujur? Tidak kira pada siapa. Pada Allah, keluarga, kawan-kawan malahan diri kita sendiri. Adakah kita jujur?


Bohong kalau aku katakan aku seorang yang jujur. Mungkin sekarang aku sedang cuba menjadi seorang yang jujur. Seorang yang berterus-terang dan mungkin lebih telus dengan perasaan diri sendiri dan sahabat-sahabat yang lain. Namun, untuk seketika terlintas dalam hatiku ‘adakah aku akan berjaya merubah diri ini tanpa melibatkan campur tangan orang lain?’. Aku hanyalah manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan. Aku juga boleh tidak menyedari kesilapan andai tidak ditegur. Justeru, tegurlah aku. Walaupun menyatakannya amat sukar. Itu lebih baik daripada berkata-kata dibelakangku. Mendengar dan menerima suatu kebenaran itu pahit tetapi mengetahui pandangan seseorang terhadap kita dalam diam dan tanpa disengajakan lebih pahit.


Mengapa? Kerana perasaan ‘Oh tidak sangka!’ itu akan muncul dan menganggu fikiran sepanjang masa. Membuat diri menangis dalam diam. La Tahzan. Ingatlah Allah sentiasa bersamamu. Tapi mungkinkah andai ini terjadi aku akan mengingati segala perkataan yang ada dalam buku La Tahzan itu. Mungkinkah pada saat itu aku bisa menyematkan dalam hati yang Allah bersamaku. Jawapannya mungkin tidak! Sebab apa? Kerana aku juga manusia punya hati dan perasaan. Boleh terikut bisikan syaitan yang menghembus di halwa telingaku. Mungkin untuk seketika aku tenggelam bersama perasaanku sebelum akalku mampu berfikir secara waras. Menepis rasa dihati sehingga mampu mengukir sebuah senyuman ikhlas dari hati.


Justeru itu teman-temanku sekalian,
Be honest if you love Allah

Be honest if you love yourself

Be honest if you love your family

Be honest if you love your friends

Be honest if you want to be love

Because with the honesty

You will find your happiness

You will live no doubt

You will breath confidently

You will think positively

You will walk securely

You will remember that you are not alone in this world

Kata-kata ini mungkin tidak bererti apa-apa pada kalian, cuma catatan hati seorang insan biasa. Insan yang menjadi sang pemerhati. Insan yang masih menumpang di bumi Allah. Insan yang masih dipinjamkan untuk bersama kalian. Insan yang masih mampu menghirup udara segar sehingga suatu masa yang ditetapkan.


Berkata benarlah meskipun pahit kerana pada yang pahit itu pasti ada manisnya.


Jagalah setiap perhubungan kerana andai sebuah perhubungan itu retak ia tidak akan menjadi seindah perhubungan pertama saat ia bercantum semula.


Ukhuwah fillah selamanya =)

Monday, January 3, 2011

Happy New Year 2011



Alhamdulillah akhirnya kita sampai ke tahun yang baru... Syukur kepadaNYA kerana dia telah memanjangkan lagi umur kita untuk berada di tahun 2011 pula... Buat blogger-blogger semua selamat menyambut tahun baru 2011.. semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya dan juga semoga azam n impian kalian akan tercapai pada tahun ini.. InsyaALLAH...
Aminnnn ......