Wednesday, January 19, 2011

Pahit Itu Ada Manisnya.

Kebenaran itu nyatanya pahit untuk di luah apatah lagi untuk di telan. Namun begitu kebenaran itulah yang membawa erti pada sebuah kejujuran. Kejujuran menjadi kayu ukur dalam sesebuah perhubungan. Tidak kira persahabatan, percintaan mahupun kekeluargaan. Dengan sebuah kejujuran lahirlah kepercayaan yang mengukuhkan lagi ikatan. Renungkan sebentar..Sejauh manakah kita berlaku jujur? Tidak kira pada siapa. Pada Allah, keluarga, kawan-kawan malahan diri kita sendiri. Adakah kita jujur?


Bohong kalau aku katakan aku seorang yang jujur. Mungkin sekarang aku sedang cuba menjadi seorang yang jujur. Seorang yang berterus-terang dan mungkin lebih telus dengan perasaan diri sendiri dan sahabat-sahabat yang lain. Namun, untuk seketika terlintas dalam hatiku ‘adakah aku akan berjaya merubah diri ini tanpa melibatkan campur tangan orang lain?’. Aku hanyalah manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan. Aku juga boleh tidak menyedari kesilapan andai tidak ditegur. Justeru, tegurlah aku. Walaupun menyatakannya amat sukar. Itu lebih baik daripada berkata-kata dibelakangku. Mendengar dan menerima suatu kebenaran itu pahit tetapi mengetahui pandangan seseorang terhadap kita dalam diam dan tanpa disengajakan lebih pahit.


Mengapa? Kerana perasaan ‘Oh tidak sangka!’ itu akan muncul dan menganggu fikiran sepanjang masa. Membuat diri menangis dalam diam. La Tahzan. Ingatlah Allah sentiasa bersamamu. Tapi mungkinkah andai ini terjadi aku akan mengingati segala perkataan yang ada dalam buku La Tahzan itu. Mungkinkah pada saat itu aku bisa menyematkan dalam hati yang Allah bersamaku. Jawapannya mungkin tidak! Sebab apa? Kerana aku juga manusia punya hati dan perasaan. Boleh terikut bisikan syaitan yang menghembus di halwa telingaku. Mungkin untuk seketika aku tenggelam bersama perasaanku sebelum akalku mampu berfikir secara waras. Menepis rasa dihati sehingga mampu mengukir sebuah senyuman ikhlas dari hati.


Justeru itu teman-temanku sekalian,
Be honest if you love Allah

Be honest if you love yourself

Be honest if you love your family

Be honest if you love your friends

Be honest if you want to be love

Because with the honesty

You will find your happiness

You will live no doubt

You will breath confidently

You will think positively

You will walk securely

You will remember that you are not alone in this world

Kata-kata ini mungkin tidak bererti apa-apa pada kalian, cuma catatan hati seorang insan biasa. Insan yang menjadi sang pemerhati. Insan yang masih menumpang di bumi Allah. Insan yang masih dipinjamkan untuk bersama kalian. Insan yang masih mampu menghirup udara segar sehingga suatu masa yang ditetapkan.


Berkata benarlah meskipun pahit kerana pada yang pahit itu pasti ada manisnya.


Jagalah setiap perhubungan kerana andai sebuah perhubungan itu retak ia tidak akan menjadi seindah perhubungan pertama saat ia bercantum semula.


Ukhuwah fillah selamanya =)

No comments:

Post a Comment