Monday, July 25, 2011

Bila Ibu MeMasak.. Scha..!!!!




Sebenarnya ni kisah lama.... tapi nak kata lama sangat tu tak juga.. dalam seminggu yang lalu... tak ada masa pula rasa nak mengupdatekan blog ni... nak bercerita perihal si kecil jantung hati ibu ini.... siapa lagi kalau bukan Qalesya yang sememangnya dah pandai macam-macam dan banyak ragam dan kerenahnya... Bila ibu memasak kat dapur inilah aktivitinya.. nanti kita layan gambar je yer... apa-apa pun jangan tak tau qalesya rajin menolong ibu kat dapur... ^_^ elok-elok ibu dah kemas bersepah balik.. itulah dia kerjanya... takpelah penghibur hati ibu...
luv u hunny.... ^_^



kusyukkk....


botol pun di muat main... tak pe lah janji tak kacau ibu masak.. ^_~




Thursday, July 14, 2011

Perginya Si Comel M.Uzair Syamil....

Salam Khamis...

Cuaca dari pagi sehinggalah ke petang begitu nyaman sekali.. Walaupun tiada matahari hanya awan je yang berarak mendung... pagi tadi masa pergi kerja hujan turun menyimbah bumi... sambil menaip terasa sejuk sampai le ke tulang... rasanya macam nak tutup pula semua air-cond yang ada di dalam pejabat ne...

Sebenarnya hati ni nak bercerita perihal seorang anak kecil yang sungguh comel yang telah di jemput oleh penciptaNYA untuk kembali kepadaNYA buat selama-lamanya..

Semalam tanggal 13.07.2011 ... mengikut rancangan nak pergi ke pesta flora putrajaya pada sebelah malamnya.. Cadangnya nak pergi sekali dengan abang dan kakak ipar dengan anak-anaknya sekali... tapi alih-alih petang dapat call dari kak ipar kata nak pergi tengok anak abang sepupu tue yang sememangnya tengah sakit. Lepas balik je dari kerja aku dan suami pergi hospital dengan niat di hati sememangnya ingin melawat uzair... Sampai je kat hospital .. Ya Allah sebak rasa hati melihat keadaan Uzair masa... Airmataku terus menitis tanpa aku mempedulikan orang yang ada di sekeliling... Bukan aku saja malah siapa sahaja yang melihatnya ketika itu aku tahu pasti berkeadaan begitu .. Apa yang aku dapat gambarkan.. Perut dia dh kembung sehingga segala urat2 nampak.. kaki dan tangan membengkak... ponggong dia dah luka.. kata abg sepupu aku dh bernanah akibat terlalu kerap membuang air besar macam cirit birit.. almost 5 minute sekali.. mata dia pejam tapi dengar suara dia seperti mengerang kesakitan... Ya Allah aku rasa tak terdaa melihatnya... terlalu sebak, sedih dan kasihan melihatnya derita yang di laluinya... yang menyedihkan lagi mulutnya semua gusi dan gigi seolah terbakar.. mungkin kesan sampingan dari ubat atau kimo yang dia jalani... perit kita melihat perit lagi orang yang sentiasa bersamanya iaitu ayah dan ibu dia yang saban hari menjaga segalanya.. sebelum aku balik semalam... sempat abang sepupu mendukungnya .. masa tu aku lihat matanya terbuka sebelah.. tapi merengek menahan kesakitan... aku mencium dahi dan pipinya.. berdoa moga Allah meringinkan segala penderitaannya.. Anak kecil tu sememangnya masih kecil baru berumur setahun 4 bulan... Muhamad Uzair Syamil... Sebenarnya masa umur Uzair 8 bulan doktor mengesahkan yang dia ada Leukemia... Hospital merupakan rumah ke dua pagi Uzair... Sesungguhnya Allah lebih sayangkan dia... Pada pukul 11.30 malam 13.07.2011 Allah telah menjemputnya pulang ... Pulang untuk selama-lamanya... mengahiri segala penderitaan yang di laluinya selama inie... Dan ari ni 14.07.2011 genap umur dia 1 tahun 5 bulan... dan pada pukul 11.30 pagi tadi mayatnya telah selamat di semadikan di tanah perkuburan Changkat Lada.. Semestinya Syurga menunggunya di sana seperti yang telah di janjikan oleh Allah swt... Al Fatihah ...



Tuesday, July 12, 2011

Mengata & Berprasangka Buruk

Salam Semua...

Satu perkongsian yang baik dari seseorang yang sememangnya saya minati iaitu kak Wardina Saffiya... saya baca aktikel ni di FB kak wardina.. Seriusly saya memang kagum dengan dia. Dua Tiga kali juga saya baca.. tanpa rasa jemu malah terasa ianya terkesan di dalam hati.. Moga perkongsian ini membuatkan kita sama-sama saling mengingati diri masing-masing dan semoga Allah swt menjauhkan kita dari sifat2 mengata & berprasangka buruk pada orang lain ...

renungkan ayat ni sebelm kita berkata buruk mengenai orang lain... Surah Hujarat...

Ayat 11 - "Wahai orang beriman, Janganlah sesuatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain, kerana boleh jadi mereka yang diperolokkan lebih baik dari yang mengolok-olok........Janganlah kamu saling Mencela satu sama lain, Dan janganlah sailing memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barangsiapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang zalim"

jangan kita mengata orang lain sebab mungkin orang yang dikata tu lebh baik dari kita.... selalu ingat yang itu..i always remind myself....

Ayat 12 - "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka adalah dosa, Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, Dan janganlah antara kamu mengata sebahagian yang lain. Apakah Ada antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang susah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang"

1. prasangka 2. mencari kesalahan orang 3. mengata - macam makan daging saudara sediri. banyangkan kita makan daging mak kita... Allah tanya kita....suka ke? (everytime nak kata atau fikir buruk kita bayangkan senario itu - mesti terdiam mulut tu.... memang Al-Quran SANGATLAH mendidik jiwa....

Bila becakap dengan Amna haritu mengenai surah ini - i told Amna..."Amna not only we can;t SAY bad things about other people", cakap buruk pun tak boleh PIKIR buruk pun tak boleh "YOU CANT EVEN THINK bad about other people"....

hakikatnya bila saya berkata begini bukanlah saya ni tak pernah mengata atau berfikir buruk tentang orang lain - tapi SAYA CUBA untuk tidak.... realitinya...

"Manusia diciptakan bersifat lemah" - Surah Nisa' bukan saya kata tapi Allah kata... Insanu Dhaifa.....

Tapi ingat juga macam Surah Hujarat diakhirnya Allah menerima taubat kita - Allah itu Ghaffur - Maha Pengampun -

Al Maidah ayat 39 & 40

"Tetapi siapa yang bertaubat setelah melakukan kejahatan itu dan MEMPERBAIKI DIRI - maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang".

"Dia Menyiksa siapa yang Dia kehendaki dan mengampuni siapa yang Dia kehendaki. Allah Mahakuasa atas segala sesuatu"

Ameen... NO to prangsanka dan berkata yang buruk.... :)

Yes to being nice to all humans...... no matter who....