Thursday, July 14, 2011

Perginya Si Comel M.Uzair Syamil....

Salam Khamis...

Cuaca dari pagi sehinggalah ke petang begitu nyaman sekali.. Walaupun tiada matahari hanya awan je yang berarak mendung... pagi tadi masa pergi kerja hujan turun menyimbah bumi... sambil menaip terasa sejuk sampai le ke tulang... rasanya macam nak tutup pula semua air-cond yang ada di dalam pejabat ne...

Sebenarnya hati ni nak bercerita perihal seorang anak kecil yang sungguh comel yang telah di jemput oleh penciptaNYA untuk kembali kepadaNYA buat selama-lamanya..

Semalam tanggal 13.07.2011 ... mengikut rancangan nak pergi ke pesta flora putrajaya pada sebelah malamnya.. Cadangnya nak pergi sekali dengan abang dan kakak ipar dengan anak-anaknya sekali... tapi alih-alih petang dapat call dari kak ipar kata nak pergi tengok anak abang sepupu tue yang sememangnya tengah sakit. Lepas balik je dari kerja aku dan suami pergi hospital dengan niat di hati sememangnya ingin melawat uzair... Sampai je kat hospital .. Ya Allah sebak rasa hati melihat keadaan Uzair masa... Airmataku terus menitis tanpa aku mempedulikan orang yang ada di sekeliling... Bukan aku saja malah siapa sahaja yang melihatnya ketika itu aku tahu pasti berkeadaan begitu .. Apa yang aku dapat gambarkan.. Perut dia dh kembung sehingga segala urat2 nampak.. kaki dan tangan membengkak... ponggong dia dah luka.. kata abg sepupu aku dh bernanah akibat terlalu kerap membuang air besar macam cirit birit.. almost 5 minute sekali.. mata dia pejam tapi dengar suara dia seperti mengerang kesakitan... Ya Allah aku rasa tak terdaa melihatnya... terlalu sebak, sedih dan kasihan melihatnya derita yang di laluinya... yang menyedihkan lagi mulutnya semua gusi dan gigi seolah terbakar.. mungkin kesan sampingan dari ubat atau kimo yang dia jalani... perit kita melihat perit lagi orang yang sentiasa bersamanya iaitu ayah dan ibu dia yang saban hari menjaga segalanya.. sebelum aku balik semalam... sempat abang sepupu mendukungnya .. masa tu aku lihat matanya terbuka sebelah.. tapi merengek menahan kesakitan... aku mencium dahi dan pipinya.. berdoa moga Allah meringinkan segala penderitaannya.. Anak kecil tu sememangnya masih kecil baru berumur setahun 4 bulan... Muhamad Uzair Syamil... Sebenarnya masa umur Uzair 8 bulan doktor mengesahkan yang dia ada Leukemia... Hospital merupakan rumah ke dua pagi Uzair... Sesungguhnya Allah lebih sayangkan dia... Pada pukul 11.30 malam 13.07.2011 Allah telah menjemputnya pulang ... Pulang untuk selama-lamanya... mengahiri segala penderitaan yang di laluinya selama inie... Dan ari ni 14.07.2011 genap umur dia 1 tahun 5 bulan... dan pada pukul 11.30 pagi tadi mayatnya telah selamat di semadikan di tanah perkuburan Changkat Lada.. Semestinya Syurga menunggunya di sana seperti yang telah di janjikan oleh Allah swt... Al Fatihah ...



No comments:

Post a Comment