Friday, December 28, 2012

Kronologi Qalesya Kat KPJ .. ^_~

Sebelum ni ibu dah janji nak cerita kenapa Qalesya kene admit kat KPJ. 
Ok ibu bagi kronologi kejadian yer... 


Jumaat ( 30.12.2012 )
- Malam : Qalesya Cirit Birit

Ahad (02.12.2012 )
- Bawa Qalesya pergi Klinik Nuraini sebab cirit birit still berterusan.

Rabu (05.12.2012)
- Pagi ( 3pagi - Qalesya muntah banyak sangat sampai 3x )
- 10 pagi - bawa qalesya pergi KPJ Klang terus kene admit.

Nurse tu konon selimutkan dia sebab takut dia nangis untuk ambik darah...
 tapi  Qalesya sikit pun tak takut dan tak menangis langsung...
memang ibu salutelah kat scha.. ^_~

Qalesya walaupun sakit tapi still aktif  lagi... 

Maka berkampunglah kami semalam kat sana... ^_~

Breakfirst time.... ^_^
Action je tu makan 3 @ 4 sudu dah tak nak...
Dia kata tak sedap... 
Tengok tu walaupun tangan cam tue..
Tetap dia nak turun...  Tak betah dok lama-lama kat atas kattil
hehe

Tengok kartun.. macam-macam gaya..
Nak keluar tak boleh .. Pusing-pusing dalam ni ler....
Bosannnnn ... 

Khamis (06.12.2012 ) - Qalesya discharge.

Yeeaayyyyy ....
Qalesya Dah Sehat...
Macam biasa Uchuk & Botol tak lepas k...
Yeayyy Bolehhhh Balik... ^_^



Genap Seminggu lepas tue...

Rabu (12.12.2012)
- Qalesya muntah balik sama macam yang sebelum nie... memang cirit birit dia pun tak baik sepenuhnya lagi. Pagi tu hantar pergi rumah pengasuh memang terasa badan Qalesya macam nak demam.. Tengahari tu pengasuh tu kata Qalesya minum susu muntah, merengek, perut dia macam kembung. Ibu nak balik lunch tu tak boleh sebab ada paper work yang nak kene siapkan lagipun ingat besok boleh on leave jer... petang sampai rumah ambik qalesya terus bawa dia pergi KPJ balik.. dia pun memang nampak tak ceria langsung. Tunggu doktor pakar tu datang balik ( sebab mereka balik 5ptg)  dalam 1/2 jam menunggu doktor tu datang. memang doktor pun kata Qalesya more worse than previously. Sekali lagi Qalesya kene admit.. Doktor kata ada jangkitan yang lain kat usus dia...



Tengah Tunggu Doktor datang ....
Selalunya dia le ligat...
Tapi kali ni memang dia tak bermaya & terdaya nak main.. 

Kat emergency sementara nak tunggu prosedur masuk wad selesai..
Doktor tu siap kata " She look difference from before this ye... so significant " 

Khamis (13.12.2012)
- Masih Di Hospital... Memang tak ceria langsung muka dia...
- Qalesya tak nak makan... Minum susu muntah..
- Dia buang air besar air jer... sampai meleleh kat pampers... cuba bayangkan pampers tu bertakung penuh dengan air.. cam tu le qalesya cirit birit... Aduhaiii kesian tengoknya...

Perut Qalesya kembung.... Doktor kata Banyak gas kat dalam perut..
1st time tengok perut Qalesya macam nie..
Masa baby pun tak ada le macam nie.
.. 
Kesian Qalesya.... Merengek-rengek suruh ibu gosok perut dia..
Dia kata adeq sakit perut....
 

Jumaat (14.12.2012)
- Daddy temankan sepanjang siang sebab ibu kene pergi kerja.

Layan Kartun lagi... ^_^


Sabtu (15.12.2012)

Kene buka sebab tangan dia bengkak..
Doktor kata kalau Qalesya tak nak makan kene sambung balik masuk air tue...
Ibu pujuk Qalesya ..
Ibu : Adik nak Balik tak??
Qalesya : Nakkkkkk.....
Ibu : Kalau nak balik adik kene makan... lepas tu nurse pun tak cucuk lagi masuk air tu kat tangan adik...
Qalesya : Adeq nak makan buuu.... 

Ahad (16.12.2012)
- Qalesya dah boleh keluar .. Yeayyyyyyy !!!! tapi still ada appoitment dengan doktor.



Sementara tunggu daddy ..
Qalesya Nak pergi jalan kat kedai kat bawah tue... 

Suka Dia dah dapat lepas...
Dan yang paling penting...
BALIK.... !!! 

Alhamdulillah sekarang Qalesya dah sehat... Terima kasih atas semua doa... Qalesya ibu dah sehat & aktifff kembali... ^_^

3 comments: