Dalam kita melangkah, terkadang kita di uji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk
dan menangis.. peritnya begitu terasa sekali..
Tetapi ketahuilah dan renungilah kembali dalam diri kita kerana mungkin airmata ketika itu hadir kerana DIA mahu kita jahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang telah tersasar dari keikhlasan.
Usah kita ragu untuk menginsafkan kembali apa yang kita miliki kerana yang sebenarnya kita tidak memiliki apa-apa pun, semuanya adalah milik ALLAH swt termasuklah diri kita ini sendiri.
Aggaplah setiap rintangan dan juga ujian yang datang dalam kehidupan kita ini merupakan tanda bahawa ALLAH swt sayangkan kita dan ambillah segala dugaan itu sebagai pengajaran.
:: BERSYUKURLAH KITA SEADANYA ::
No comments:
Post a Comment