Tetiba aku teringatkan mak kat kampung. Sedih pula bila tengok gambar mak. sambil tengok tu dengar pula lagu secret garden.. lagilah bertambah sedih dah nak menitis airmata ini.. Walaupun aku setiap hari called mak.. bertnyakan itu dan ini tapi bila fikir-fikir balik sudah cukupkah aku untuk membalas jasa dia sepanjang dia membesarkan kita? sekarang aku sudah melalui fasa yang sama seperti mak.. aku pun dah jadi ibu.. betapa susahnya mengandung 9 bulan 10 hari.. di sepanjang waktu itu jangankan seminit walau sesaat pun diusung perut tue ke hulu ke hilir.. tak pernah pun merungut berat lah, badan dah naik la, perut pula ke depan, penat lelah sepanjang mengandung. bukan senang nak melaluinya. bila sudah cukup 9 bulan tiba masa pula untuk melahirkan. sakitnya hanya allah sahaja yang tahu. serius sakit sangat-sangat. sebab aku dah melaluinya. sakitnya tak dapat nak di luahkan dengan kata-kata. sebab tu syurga tu terletak di bawah tapak kaki ibu. tak akan dapat kita balas jasa dia sepanjang hidup kita. walaupun kita bagi mereka harta benda yang banyak, wang ringgit yang bertimbun pun tak mungkin dapat membalas jasa mereka. Mereka ini golongan yang mulia. Sebab itulah Allah mengangkat martabat wanita begitu tinggi di sisiNYa. Aku bukanlah di lahirkan di kalangan orang yang berada di mana punya segalanya harta benda, wang ringgit jauh sekali pangkat yang besar. Tapi alhamdulillah walaupun bukan di kelilingi dengan kemewahan tapi cukup membahgiakan. Aku selalu melihat mak menangis, kadang-kadang fikirkan takdir. kenapa dan mengapa itulah persoalan yang selalu mak utarakan. bukan mak tak suka takdirnya sekarang tapi perangai orang sekeliling yang menyebabkan mak kadang-kadang selalu berjauh hati, sedih dan rasa rendah diri.. Aku juga bukan seorang anak yang mendengar kata.. banyak juga perkara atau hal yang aku bantahkan. tapi selalunya akulah tempat mak selalu meluahkan segalanya. mungkin kerana aku rapat dengan mak dan aku jua anak perempuan yang sulung. Apa yang aku boleh buat..!! aku hanya boleh menjadi pendengar yang setia. kadang-kadang bila bersembang dengan mak... mak akan kata dia berjauh hati dengan anak-anak.. sedih tengok anak-anak tak bersefahaman di antara satu sama lain. kadang-kadang anak terlalu mementingkan diri sendiri, cakap meninggi suara dan macam-macam lagi.. mak bagitau aku 7 orang anak 7 ragamnya. setiap kali airmata mak menitis bukan aku tak rasa sedih.. hati ni sedih sangat tapi kadang-kadang aku pun tak lepas dari buat salah... hati aku tak ada niat nak melukakan tapi hati mak kan kadang- kadang tak semua yang kita buat tu betul untuk dia. baik yang kita rasakan untuk kita tapi bukan bagi dia.
Bila aku duduk sorang-sorang dan fikir pasal mak. Macam-macam yang aku rasa.. Terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan terhadap mak.. Dan banyak juga airmata yang telah mak jatuhkan semata-mata kerana seorang anak.. Terus terang aku katakan sampai bila-bila pun aku takkan mampu membalas jasa mak. Tapi akan aku cuba yang terbaik untuk mengembirakan hati mak. Buat kawan-kawan semua hargai mak sebelum terlambat. Jangan kita sakitkan hati mereka.. Terlalu banyak perngorbanan mereka terhadap kita. Ingatan itu untuk diri ini juga.. ^_~
No comments:
Post a Comment