Friday, November 25, 2011

Memories .......

gambar sekadar hiasan k....

entah kenapa lak pepagi jumaat leh ingat kat dia...
dia yang dulu selalu ada bersamaku...
susah senang dengan dia...
segala apa yang aku nak mesti dia akan cuba sehabis mungkin untuk turutkan..
dia yang dulu sememangnya aku sayang...
terlalu ambik berat akan aku...
tahu apa yang aku suka dan tak...
tak kiralah dari segala bab & musabab....
sanggup melayan kerenah dan ragam ku tanpa pernah henti dan jemu...
sabar sungguh hatinya...
ingat lagi setiap kali aku merajuk dengan dia...
dia mesti tak senang hati selagi aku tak ok...
kederatnya selalu dia baktikan untuk aku dan family aku..
memang aku tak pernah menyuruhnya..
tapi die rela dan ikhlas untuk menghulurkan...
sanggup buat apa sahaja untuk aku...
demi untuk membahagiakan ku..
aku tahu dia begitu sayangkan aku..
ya..!!! aku pun sayangkan dia juga suatu ketika dahulu...
kami sememangnya bahagia sangat-sangat..
dia sentiasa ada setiap kali aku perlukannya..
dia sentiasa menemani aku setiap kali aku bersedih...
dia juga merupakan pendengar yang begitu setia untuk aku luahkan segala apa yang aku rasa..
senang cerita.. dia sentiasa ada untuk aku...
tapi keserasian kami tak berpanjangan...
manaada perhubungan yang tak pernah langsung di landa masalah...
entah kenapa sikap dia kadang2 buat aku rimas...
kerana sayang dan cinta dia terhadap aku segala pergerakkan aku terbatas..
tapi aku tak salahkan dia.. mungkin kesalahan dari pihak aku juga...
tapi itulah jodoh aku bukan untuk dia..
kami hanya di takdirkan sebagai kekasih tapi bukan suami isteri...
walaupun begitu kami still berkawan sehingga sekarang... (en hasben ku tahu ... dan dia memahaminya asalkan tahu batas-batasnya ... )
walaupun dia kata hati dia untuk aku lagi tapi alhamdulillah semakin hari dia dah boleh terima kenyataan.. dan sekarang ni dia pun dah berkahwin dah pun dengan jodoh pilihan keluarganya sendiri.. aku nasihatkan dia untuk belajar menerima isterinya seadanya.. cintakan boleh di pupuk selepas berkahwin macam aku dengan en hasben lah hihi ... alhamdulillah syukur aku ..see sekarang nie dah ada sorang anak pun gugurl juga macam qalesya ^.^ ... asalnya dia kata hope dia dapat anak lelaki so boleh berbesan dengan aku tapi tak.. hihi tunggu next baby pula lah yer awk...
untuk dia ... yayang doakan semoga awak bahagia2 selalu.. menyintai tak semestinya memilikikan... ini sebenarnya jalan terbaik untuk kita...


2 comments:

  1. Setiap apa yang dah berlalu anggap sahaja ianya sebagai kenangan yang terindah dalam hidup kita.bak kata pepatah KITA HANYA MERANCANG,ALLAH SWT YANG MENENTUKAN SEGALA2NYA..................

    ReplyDelete
  2. kagumnya dengan suami akak..dia begitu dan teramat memahami ye..semoga kebahagiaan akak dan family berpanjangan hingga ke akhir hayat kak..insya-allah

    ReplyDelete