Ini entry melekat yer .... new entry kt bawah okay.. tq ^_^
Tetiba terfikir nak buat sesi bertaaruf atau suai kenal dengan blogger-blogger semua.. Walaupun hanya alam maya ni sahaja yang menemukan kita.. tapi hubungan ini begitu bermakna buat liya. Dulu ingat lagi, masa zaman kanak-kanak liya ada satu buku .. buku tu pula akan di bagi kat kawan2 untuk tulis perihal mereka.. contohnya warna kegemaran, makanan/minuman kegemaran, adik beradik dan banyak lagi.. siap letak gambar lagi hehe.. Ada sesiapa ingat tak?? or pernah ada sebelum nie... memang best...!! entah mana entah buku tu liya letak entah-entah dah hilang atau terbuang... :-(
Oklah .. Kita mulakan dengan tuan tanah dulu yer... Hehe
Macam semua orang dah tahu. Panggil je " Liya " .. Liya asal orang Teluk Intan, Perak. Umur dah 30++ .. Berkahwin dengan orang Klang, Selangor. Mempunyai seorang Puteri siapa lagi dah tentu ramai yang tahu nie.. "Qaseh Nurhani Qalesya" tahun ni nak masuk 4 tahun.. Liya bukan surirumah sepenuh masa... Menetap di Klang dan sekarang ni dalam proses berpindah ke Subang Bestari .. ^_~
Itulah serba sedikit tentang perihal tuan tanah blog nie.. Hehe
Jemput sesiapa yang sudi tinggalkan komen tentang diri kalian dan sudilah kiranya follow blog nie.. Tak ada paksaan ye .. tak kenal maka bertaaruflah hehe...
Semoga persahabatan ini akan kekal hingga ke jannah.. ^_~
Oppsss terlupa lak.. mesti ramai yang ada FB kan.. Kalau sudi kiranya Add Facebook
Liya Qalesya or Instagram ke Liya Hanif .. Sekarang semuanya di hujung jari hehehe ...