Wednesday, April 16, 2014

WW - Vacation

Percutian Keluarga Anak Cucu Cicit Tok Zainuddin.. Memang Happening habis tapi Ibu, Daddy & Qhalif tak boleh pergi.. Sebab masa tu Ibu still dalam PANTANG.. So wakilkan Qalesya je lah.. Sedihhhhhhhh tau tak dapat nak join.. Ni baru suku je.. Ramai lagi yang tak dapat join.. Jom Layan Gambar je.. ( K.long memang suka sangat )

Venue : Bukit Merah Laketown Resort
Date : 30.01.2014 & 31.01.2014











Photo by : Mazuan Ibrahim a.k.a PakNgah Wan QQ

Monday, April 14, 2014

Sharing Is Caring - Pertama Dalam Islam

Salam Isnin Semua.. 

Selalunya kalau kita tanya Orang yang Pertama yang mencipta Telefon mesti ramai yang dapat jawabkan. Mesti cakap "Alaaaa senang je Alexander Graham Bell le kan" ... 

Tapi tau tak siapa orang yang pertama menulis BISMILLAH ? ( Honestly liya pun tak tahu )

Meh nak kongsikan pengetahuan nie.. Moga ianya bermanfaat ^_~

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM 

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW. 



* Entry ni AUTOpublish ... Liya hari ni CUTI sibuk dengan urusan tentang Qhalif.. Nak bawa Qhalif pergi monthly checkup (3 Bulan) & lepas tu ada appoitment dengan DR Choo kat Ara Damansara Medical Centre sebab 22 March sebelum ni kan Qhalif masuk ICU seminggu kat sana.. :(  

Ok see u then... LUv u All ... ^_~  

Friday, April 11, 2014

Selfie.....

Salam jumaat semua...
Dah nak petang baru nk salam jumaat bagai yerk... hehe tak pelah janji tetap lagi hari jumaat dan yang paling penting up entry hahaha..

Esok cuti.. mesti macam-macam plan kan dah dirancang.. liya pun ada merancang gak... merancang nak balik kampung hehe nak naik kerete baru pak uda Qalesya & Qhalif ...

Okey buat semua .. HAVE A NICE WEEKEND ye .. !!!


Thursday, April 10, 2014

Buku untuk Kak Long

Dah lama ibu tak beli buku baru untuk Kak Long since ibu bersalin. Ahad lepas ibu & daddy pergi carboot sale kat kota damansara. Buat pertama kalinya pergi situ even rumah dekat je sebenarnya dengan tempat tu. daddy kan selalu kerja hari ahad bila masanya ibu nak pergikan kan. Takkan le nak bawa k.long dengan Qhalif je kan haha jenuh lak ibu nak layan korang berdua sorang-sorang hehe... carboot sale ni kat area uptown kota damansara tu. Yang mana tau kedai hp ustaz haaa kat situ le tempatnya.. banyak juga orang jual barang terpakai, barang antik dan macam-macam lagi. nanti liya buat post pasal tempat ni ye.sekarang nak share buku yang beli tu. Cam kat dalam gambar-gambar tu. 3 buah buku rm10. Hehe bagi liya sangat-sangat murah okey. Hard cover lagi dan tak ada cacat celanya. Still nampak baru okey. Jom layan gambar.

Wednesday, April 9, 2014

Siblings



BAHAGIAnya ibu bila menatap wajah anak-anak Ibu nie..
Terima Kasih Allah .. ^_~

WordLess Wednesday - Qhalif Irfan

Lama dah tak buat entry Wordless Wednesday kan...
Here 1st entry untuk WW untuk tahun nie... ( dah bulan 4 baru nak 1st entry yer.. hehe)






** Masa still dalam pantang lagi.. Kalau tak silap hehe baru 30 hari kot... atau kurang dari tu... lupa dah tak ingat... Hehe





Friday, April 4, 2014

Jeng... Jeng..... Jeng...... ^_~

ALHAMDULILLAH berjumpa lagi kita di hari jumaat ke-14 pada tahun 2014 ...

Nak cerita panjang pun malas nak menaip .. So straight to the point je lah... Sebenarnya entry kali nak bercerita tentang Permata Hati kami yang ke2 .. tapi disebabkan ibu ni terasa BLUR lak nak start cerita dari mana entah... Hehehe tu le lama sangat tertangguh story tu yang jadi gini ...Tapi tak pe lah kita cerita sikit-sikit lah yer... Nak mula dari mana entah le hehe  ^_~

Awal January sebelum nie... Di saat Orang sibuk-sibuk hantar anak ke sekolah..aku ni pula tengah sibuk jua... hehe sibuk berkampung dekat hospital.. Tengah dup dap dup dap menanti masa nak bersalin... Hehe Setelah penantian selama 5 tahun... Akhirnya Qalesya dah dinaikkan pangkat menjadi KAK LONG...

Finally, Liya perkenalkan Permata Hati kami yang ke2...

NAMA : AHMAD QHALIF IRFAN
D.O.B : 04.01.2014
TEMPAT LAHIR : HOSPITAL SUNGAI BULOH 
BERAT : 2.90 KG 


Fresh From Oven..... 
Alhamdulillah 


Ni lah budak kecik yang selama ni ada dalam perut ibu...
Yang selalu main bola dan sangat sangat aktif..
Bila tengok gambar nie Sebiji muka Kak Long ... 










LATER ibu update cerita tentang kelahiran "Ahmad Qhalif Irfan" ni ye...







Thursday, April 3, 2014

Salah Siapa ... !!!!

Kesian Kak Long Qalesya semalam... Terpaksa balik dari sekolah lambat gara-gara Daddy QQ tak ambik anak semalam ... Al kisahnya tersebutlah sebuah kisah sang kancil hehe TEtiba jer... (apa le ibu ni kan... )

Ceritanya macam nie.. Selalunya NENEK yang ambik Kak Long balik dari sekolah.. Semalam Nenek tak boleh nak ambil... Memang malam tu dah sembang dengan Daddy QQ tanya cam ne esok Kak Long nak balik sekolah.. Daddy QQ cakap "Tengoklah cam ne esok" so ibu pun ok lagi lah... Ibu cakap kat Daddy QQ.. "Apa-apa bagitaulah, kalau tak boleh suruh epy ambik Kak Long".. Daddy QQ balas " okey apa-apa abang bagitahu " ... Dah menjadi kebiasaan selalu nya kalau NEnek tak boleh nak ambik Acik Epy yang ambik Kak Long.. So esoknya ibu pun macam biasalah hantar Kak Long pergi sekolah lepas tu ibu terus pergi kerja.. Entah macam mana tengah ibu ralit buat kerja kat opis nie tetiba telifon bunyi.. Uihh time tu tetiba terdetik dalam hati  "Ehh Qalesya .... " tengok jam kat pc laaaa dah pukul 1 tue... Terus kelam kabut angkat phone .. dah sah-sah Cikgu dia talifon kata Qalesya tak ada siapa ambik lagi.. Ibu terus call Daddy QQ .. Pulak dah masuk voice mail.. Banyak kali tu try call tapi tak dapat gak ... Tetiba teringat Epy ( Adik Liya  ) terus call dia suh ambik KAk Long... Alhamdulillah dia ambik hehe siap kena sound lagi dengan Adik Sendiri " BAru anak 2 dah jadi pelupa, belum lagi anak ramai ... " Hahaha sabo je lah Acik Epy nie..

Ibu balik kerja nak ambik KAk Long .. Mama Yati (Pengasuh QQ) bagitau " Qalesya merajuk .. balik dari sekolah masam je mukanya ... " hehe memang pun dengan ibu pun dia tak nak cakap.. muka sedih & nak menangis je bila ibu tegur dia ... Maaf ye Kak Long ...  Sayang Kak Long.. PEACE ^_~

Persoalannya ni nak salahkan sapa nie IBU ke DADDY .. ??  Hehe



Wednesday, April 2, 2014

TETIBA.....


Tengah-tengah ralit buat kerja dekat pejabat ni tetiba hati terdetik pula alangkah beruntungnya saya mempunyai suami yang sudi membantu menguruskan hal rumahtangga. Acehhh cehhhh TETIBA ..hehehe tapi tu le kekadang kita ni tak pernah nak bersyukur or kurang nak bersyukur .. ^_~

Sebenarnya memang ye pun ... Bila kita fikir-fikir balik peranan suami tu sangat penting di dalam sesebuah rumahtangga... Kalaulah semuanya nak harapkan isteri je yang buat... Huwaaaaaa memang letih le kita nie kan.. Alhamdulillah sekurang-kurangnya Daddy Qalesya sudi membantu... Opsss sekarang ni dah tak boleh lagi gelarkan Daddy Qalesya lagi sebab dah ada Qhalif jugak... So kena jadi Daddy QQ (Qalesya Qhalif) lah kan.. barulah betul ... ^_~

Okeyy... nak kena sambung buat kerja lagi.. Banyak bende tertangguh disebabkan Ibu cuti minggu lepas.. Hehe baru awal tahun cuti tahun ibu dah separuh digunakan.. Tapi tak pe untuk anak-anak ibu ..apa saja ibu sanggup lakukan asalkan anak-anak ibu bahagia.. Sebab apa ibu cuti hehe mana yang ada follow kat instagram tu mesti tahu sebab musabab nya... Nantilah entry berikutnya nanti ibu ceritakan ye... Okeyy masa untuk buat kerja....

Dah lama tak buat post Wordless Wednesday Hehe

Take Care Semua ye... ^_~