Thursday, November 27, 2014

TAMAT Sesi Persekolahan 2014

Salam Khamis buat semua sahabat-sahabat pengunjung BLOG nie... 

Hari ni nak cerita tentang sesi persekolahan Kak Long. Walaupun entry ni terlambat sikit tapi still wangi lagi hehehe... Kak Long last day sekolah 20.11.2014. Sepatutnya Jumaat (21.11.2014) tapi disebabkan hari jumaat tu ada MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG/KONVO makanya sekolah Kak Long membenarkan pelajar-pelajar cuti awal bagi membolehkan cikgu-cikgu membuat persediaan untuk majlis tersebut sebelah malam tu.. Anak-Anak excited mak pak nya pun excited gak hehehe... nanti Ibu buat entry pasal majlis tu.. tak dan nak Snap Picture sebab Ibu sibuk melayan Qhalif yang tak nak kena pegang.. hehe dia seronok lepas cam tu je sebab ramai abang kakak ^_^ .. 

Berbalik tentang kisah Kak Long kat sepanjang sesi persekolahan 2014. Alhamdulillah banyak juga perubahan pada Kak Long. Dia dah hafal SURAH-SURAH LAZIM, Ayat KURSI, DOa-Doa Harian, ayat 1000 Dinar (Ibu pun tak hafal sangat.. )  Ohh ya, kalau pergi sekolah Kak Long orang tak kenal kalau panggil Qalesya.. Tapi QASEH ... Yaaaa QASEH.. Cikgu-Cikgu dan Kawan-Kawan semua panggil QASEH... ayu gitu ibu dengar ^_^ 

TADIKA PASTI LITTLE MUSLIM 
TAMAN DESA SUBANG
SUBANG BESTARI 





Buat Cikgu-Cikgu PASTI LITTLE MUSLIM 

Terima kasih kerana sabar mendidik Qaseh selama berada di sekolah. Special Thanks buat Cikgu Pah (Guru Kelas Qaseh) Halalkan segala ilmu yang dicurahkan buat Qaseh ya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik semua Cikgu-Cikgu untuk mendidik anak-anak SOLEH & SOLEHAH nie..

Buat Sahabat-Sahabat yang tengah mencari tadika buat anak-anak SYURGA kita nie. Sekolah PASTI ni boleh masuk dalam list ye. PASTI ni sangat-sangat baik untuk membentuk Akhlak anak-anak kita. INSYAALLAH ..


2 comments:

  1. Alhamdulillah kak long..
    Thn depan bmulanya pjuangan baru..
    Moga trs sukses dlm menimba ilmu..amin

    ReplyDelete
  2. Anak no 4 saya pun tadika Pasti, memang bagus.

    ReplyDelete