Monday, June 1, 2015

Allah is the best planners ^_^



Tak tahu nak mula dari mana... Orang kata penantian itu satu penyiksaan.. YUP..!!! tersangatlah betulnya... Hari ni le harinya.. Penentu segalanya .. Daddy salah seorang Staff MAS yang tengah dup dap berdebar hati menunggung surat.. Surat diberhentikan kerja sudah semestinya mereka dapat cuma berharap untuk surat yang kedua tu pulak.. Offer Letter dari new company... mudah-mudahan ada rezeki untuk Daddy untuk surat yang kedua tue.. Ibu tahu bukan kami je yang nervous menunggu, ramai lagi yang berperasaan begitu kerana itu adalah punca rezeki mereka untuk menyara anak isteri serta menanggung keperluan kehidupan yang kos nya semakin hari semakin meningkat. Tak pe lah Daddy, Insyaallah perancangan Allah itu adalah terbaik... kita doa sama-sama yer.. apa jua keputusan yang diterima, terimalah dengan hati yang terbuka. REDHA, PASRAH & CEKALKAN HATI .. Insyaallah everthing gonna be okey.. Dalam hati Allah je yang tahu... cry cry cry ...







4 comments:

  1. Insya'allah...semoga ada perkhabaran gembira. Yang membaca ni pon rasa berdebar².

    ReplyDelete
  2. Kawan hubby kakak pun sama tapi dia tak tahu lagi bila dpt surat itu yg dia ceritakan.. Sedih tu sedih sebab dari belum ada anak sampai anak sulung dan dekat U dia kerja dgn Mas tetiba ini kesudahannya... moga ada peluang yg lebih baik buat semua yg terlibat..

    ReplyDelete
  3. inshaAllah...semoga terus dimurahkan rezeki..betul tu perancangan Allah yang terbaik

    ReplyDelete