Wednesday, June 3, 2015

Akhirnya terjawab....

Mungkinkah kami dah dah cukup tabah untuk terimanya... !!! Atau dah betul-betul redho dengan ketentuan illahi... Ya!!! Kami cuba sedaya upaya kami... Tapi jauh dilubuk hati kami sedih sangat tapi ini perancangan yang terbaik buat Allah untuk hambanya..

Petang 02.06.2015 pukul 3.45pm, setelah menunggu dengan penuh sabar selama beberapa hari ni dan semestinya harapan yang paling tinggi akhirnya segalanya terjawab... Alhamdulillah perkhidmatan daddy dengan MAS selama lebih 10 tahun sampai setakat ni je.. Innalillahiwainalillahirojiin.. Ibu tahu daddy kecewa sangat tapi tak pe lah ada rezeki lain yang Allah janjikan buat daddy dan keluarga kita.. Yakin dengan janji Allah... Dia adalah sebaik-baik perancang... Yang pasti ini bukan penamat bagi kita untuk terus bangkit dan berjaya..

Entah kenapa masa daddy called ibu bagitahu berita ni, ibu tak rasa sedih sangat walhal sebelum ni bila baca news feed fb daddy tentang luahan sahabat2 seperjuangan daddy kt fb ibu rasa sedih sampai menitik airmata .. Dijadikan cerita, Masa tu Daddy tak dapat surat lagi, Paling sedih ada sahabat Daddy yang suami isteri berkhidmat dekat MAS kedua-duanya dapat cdc juga.. Allahuakbar, lagi berat ujian yang mereka hadapi.. Ada yang baru berkahwin sabtu lepas, sekali dalam kegembiraan menjadi seorang suami dapat pulak surat yang sebegini.. Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan ketika itu... Dalam sedih Mereka tetap tabah walaupun punca rezeki mereka dalam MAS sampai di sini sahaja.. Mungkinkah ibu dah betul-betul bersedia dengan segala keputusan yang akan terjadi.. !!! Atau mungkin ibu dah redho dengan segala kemungkinan yang akan terjadi..??

Ibu kena kuat untuk daddy... Sebab ibu  tengok pun daddy pun kuat untuk menempuh segalanya... Tapi jauh di sudut hati daddy, ibu tahu daddy kecewa bila endingnya macam ni... Ialah setelah 10 tahun lebih berkhidmat dengan MAS akhirnya ending yang cam ni yang meraka dapat.. Siapa tak terkesankan.. Takpe lah daddy rezeki ada dimana-mana.. Bumi Allah ni luas untuk kita terokai untuk meneruskan kehidupan dan mencari rezeki yang halal..  Semoga Allah memudahkan segala-galanya buat kita sekeluarga serta keluarga sahabat-sahabat daddy yang lain.. Ibu,kak long dan adik senantiasa ada untuk daddy..

Ya Allah berat sungguh ujianMU pada keluarga kami.. Tapi aku tahu Allah menguji seseorang sebab dia sayangkan kita...sejauh mana kita merancang, Allah juga merancang untuk kita, Perancangan manusia itu USAHA, perancangan Allah itu TAKDIR.




To be continued....

12 comments:

  1. Assalam liya...tersentuh hati akak membacanya...betul tu liya Allah adalah sebaik-baik perancang, yakinlah pasti ada rezeki yg lebih baik menanti...inshaAllah..yang penting liya kena sabar,sabar banyak2..akak pernah lalui seperti ini dulu...kesabaran itu yg paling penting...

    Betul Liya...Allah uji tanda Allah ingat dan sayang akan kita...moga terus tabah

    ReplyDelete
  2. Salam.. semoga tabah menempuh ujian ini ye.. Insya Allah ada rezeki yg lebih baik nanti.

    ReplyDelete
  3. Assalam.. Lama tak komen di sini..
    Semoga liya sekeluarga tabah menghadapi ujian yang hebat ini..
    InshaaAllah, pasti ada sesuatu yang lebih baik Allah sediakan utk liya sekeluarga..
    Ira juga penah mengalami situasi yang sama.. tapi berlainan caranya..
    Tapi Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang.. walaupun Dia berikan ujian pd hambaNya..
    Dia juga beri pertolongan pada hambaNya.. Allah tak membebankan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu nak tanggung.. Banyakkan sabar, banyakkan berdoa..
    InshaaAllah.. semoga Allah murahkan dan luaskan rezeki liya sekeluarga...

    ReplyDelete
  4. Hanya Allah saja yg tahu bagaimana rasa mereka yg kena retrenched. Dalam keadaan nak mencari kerja sekarang ni graduate kita yg menganggur dah beratus ribu. Mereka pula tidak kisah dengan gaji 1K++ berbanding dgn mereka yg dah berkeluarga, kenaikan harga sana-sini semua adalah ujian buat kita rakyat marhaen. Sedih kakak walau tidak kena pada keluarga tapi kawan-kawan yg ada keliling kakak buat kakak rasa tempiasnya.

    Moga ada peluang lebih baik Allah berikan buat semua yg terlibat. Amin..

    ReplyDelete
  5. insyallah rezeki allah luas, mungkin ada di tempat lebih baik, kawan akak flight attendant pun dah konpem benti akak pun x faham maksud dia garden leave ke hape ntah

    ReplyDelete
  6. Waalaikumsalam lya.
    Allahuakbar.ada hikmah semua tu lya
    Allah sayang kat kita itu sbbdia bg ujian..dn org yg terpilih jer laluinya..
    Bila kita renung blik..mesti ada sesuatu yg Allah nk tunjuk..
    mcm2 musibah melanda malaysia skrg ni...naik takut jadinya. Rakus..

    ReplyDelete
  7. Bertabahlah, kita yang membaca sedih apatah lagi empunya blog yang menghadapi..

    ReplyDelete
  8. Liya kuatkan semangat ya. Bagi sokongan penuh kepada suami.. insyaAllah detik ni bakal ditempuhi dengan baik2.. perancangan Allah kita tak tahu, hanya Allah yang tahu apa disebaliknya.. mita yang baik2 utk masa depan..

    ReplyDelete
  9. Saya doakan moga digantikan dengan yan lebih baik..
    Moga tabah menghadainya
    Insha Allah moga lebih murah rezeki selepas ni

    ReplyDelete
  10. Kesian.. yui hrp ada jln terbaik.. smua ada hkmhnya..

    P/s: popia tu cod tmpt yui kat perak.. lain2 pos =)

    ReplyDelete
  11. Semoga tabah dan kuat semangat...Allah sentiasa ada...

    ReplyDelete