3 AMALAN YANG PAHALA TIDAK PUTUS
Allah telah menjanjikan pahala bagi mereka yang sentiasa beriman dan bertakwa kepadanya sebagai jaminan untuk mencium bau syurga dan juga memberikan dosa dan api neraka kepada mereka yang mengkufuri perintahnya.
Segala amalan kita didunia akan terputus apabila kita kembali menghadap ilahi. Namun terdapat 3 amalan sahaja yang masih dterima allah sebagai pahala kita di akhirat nanti meskipun kita sudah meninggalkan dunia fana ini. Amalan-amalan tersebut adalah:
1) amal jariyah
2) ilmu yang bermanfaat
3) anak soleh yang mendoakan ibu bapanya.
AMAL JARIYAH
Menurut istilah ulama syara’ amal jariyyah juga disebut sebagai wakaf. Amal jariyah merupakan amalan yang terpuji di sisi Allah antaranya ialah membangun masjid atau sekolah, mewakafkan kitab-kitab bermanfaat kepada masjid dan lain-lain lagi.
Berikut disenaraikan antara fadilat-fadilat amal jariyyah berbentuk sedekah ialah :
1) Bersedekah merupakan jalan kepada pintu-pintu kebaikan dan menutup pintu-pintu kejahatan.
2) Ikhlasnya bersedekah dapat meringankan kesusahan seseorang.
3) Harta orang yang bersedekah tidak akan berkurangan malah ianya akan bertambah.
4) Dengan bersedekah, kita akan terhindar dari bala dan umur juga diberkati serta menjadi panjang.
5) Merahsiakan sedekah memadam kemurkaan Allah manakala sedekah secara terang-terangan pendinding api neraka.
Oleh itu, kita diseru agar sentiasa melakukan amal jariyah dengan penuh keikhlasan kerana pahalanya akan sentiasa mengalir walaupun kita telah menghembuskan nafas terakhir.
ILMU YANG BERMANFAAT.
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda:Maksudnya: Sesiapa yang melalui jalan ke arah menuntut ilmu maka Allah mudahkan untuknya jalan ke syurga. (Hadith Riwayat Muslim)
Amat beruntung lagi jika ilmu sedemikian disebarkan dan diajarkan dengan meluasnya kepada orang ramai kerana selagi ilmu itu diamalkan, pahalanya seperti air yang mengalir.
HR Tirmizi : Rasulullah saw bersabda, Allah dan para malaikatnya serta penghuni langit dan bumi..bahkan semut-semut yang di dalam lubang..bahkan ikan-ikan di dalam lautan..semuanya akan berselawat ke atas orang yang MENGAJARKAN KEBAIKAN untuk orang lain. Bayangkan betapa berkatnya hidup kita di dunia dan di akhirat sekiranya dilimpahi rahmat yang bercucuran.
DOA ANAK YANG SOLEH
Ibu bapa mempunyai amanah yang besar dalam mendidik anak-anak mereka.Jika baik tarbiyahnya maka solehlah anak tersebut namun jika sebaliknya, akan mendatangkan kerugian kepada diri mereka sendiri.
Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, dari Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda, maksudnya:"Setiap anak dilahirkan atas fitrah, maka kedua ibu bapanyalah yang meyahudikannya atau menasranikannya atau memajusikannya".
Anak merupakan amanah Allah yang amat bernilai kepada kita bagi mencorak dan melahirkan generasi yang bakal menerajui dunia yang penuh pancaroba. Didikan agama yang betul adalah amat dititik beratkan.
Insyaallah anak yang soleh, baik budi pekerti dan agamanya bukan sahaja menjadi harapan bangsa dan masyarakat Islam malah kepentingannya kembali kepada orang tuanya itu sendiri.
Dengan ini, tidak rugilah mereka yang mempunyai anak yang soleh dan solehah kerana mereka lah yang akan sentiasa mendoakan orang tuanya setelah mereka meninggal dunia dan berikutan ini bertambahlah pahala orang tua tersebut hanya kerana sebuah doa dari anaknya.
Bila adik jadi IMAM.....
Ibu tengok anak-anak ibu macam nie... Tersentuh hati ibu... Dah besar dah anak-anak ibu rupanya... Anak-anak inilah yang akan mendoakan Ibu Daddy bila Kami tak ada nanti ....
Kak Long & Adik nanti lupa doakan Ibu Daddy selalu ye...