Monday, January 18, 2016

DOA PAGI ISNIN


Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami yang sedang sakit, mohon angkatlah penyakitnya ya Allah...
Berikanlah kesembuhan untuknya.Kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan..

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami, Yang kesulitan rezki,Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya ya Allah..Kerana hanya Engkau Maha Pemberi Rezeki..

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kamiyang hatinya sedang susah dan bersedih, menerima dan menghadapi ujian-Mu... Mohon Kuatkanlah ia untuk mampu bertahan dan bersabar..Dan hiburlah ia dengan penuh kurnia-Mu..Kerana janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari..Setelah kesusahan ada kesenangan dan kemudahan.

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kamiyang sedang ada benih-benih sakit hati dihatinya..Sombong, iri hati,dengki dan dusta..Mohon bersihkan dan sucikanlah ya Allah..

Ya Allah 
jika ada diantara kami yang baru kehilangan orang orang tersayang Kau kurniakan sifat redo dan sabar yang pertama tama dan gantikan lah dengan yang lebih baik. Lagi sebagaimana janji Mu 
Kau tenpatkan roh roh aruah ditempat yang terpuji di taman taman syurga Mu. 

Ya Allah
Tambahkan juga amalan amalan dari kebaikan yang pernah mereka buat didunia dan dari pahala. Pahala kiriman anak anak cucu dan keluarga mereka

Ya Allah.. 
Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami..Pun jika sampai hari ini ada diantara kami, yg merasa disakiti dan dizalimi ATAU menyakiti dan menzalimi kerana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengajakan...Bukakanlah pintu hatinya & pintu hati kami agar saling memaafkan antara kami & mereka

Ya Allah
Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa ahli keluarga kami,dosa sanak saudara kami, dosa guru guru kami, dosa rakan rakan kami, dosa jiran jiran kami dan dosa seluruh kaum Muslimin dan muslimat. Sesungguhnya Kau lah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani. 

.آمــين.آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِنْ


No comments:

Post a Comment