Alhamdulillah Allah swt masih panjangkan umur kita untuk terus merasai nikmat di bumi Allah nie. Ini lah cerita penutup untuk tahun 2015.. 31hb Disember 2015 KaK Long Qalesya melangkah alam persekolahan.. Orientasi pelajar tahun 1 untuk tahun 2016.. Sekejap je dah besar rupanya anak ibu... Dah darjah satu pun... Ibu tak pernah terfikir langsung anak ibu ni nak sekolah rendah, mana taknya manja bukan main lagi .. cepat betul membesar anak ibu ni .. Kadang-kadang ibu rasa Kak Long ni kecik lagi (baby baby lagi... ) tapi hakikatnya dah besar dah anak ibu nie...
Ibu memang dah lama daftarkan Kak Long kat SK Subang Bestari (2) ni .. Tapi atas sebab-sebab tertentu ibu terpaksa tukarkan Kak Long ke sekolah lain (belum finalise lagi coz kena tengok proses penukaran tu cam ne) ... Tapi tak pe apa yang ada kita teruskan.. Sesungguhnya perancangan Allah tu lebih baik daripada perancangan manusia...
Happy je muka Kak Long.. Ramai juga kawan dia masa Tadika 5 Tahun & Tadika 6 Tahun sekolah kat sini... Jejak kasih Kak Long sekejap ye... " Ehh ibu itu kawan adik masa tadika 5 tahun ".. Tak lupa terima kasih Acik Epy sebab temankan Ibu masa orientasi Kak Long nie.. Kalau tak ada Acik Epy kelam kabut le ibu mana nak settlekan hal KAk Long mana nak layan Hero kecik tu... Nasib baik ada Acik Epy boleh le tengokkan Qhalif Irfan.. Hehehe terima kasih juga sebab bawakan buku teks & buku latihan Kak Long juga ^_~
Ramai juga rupanya pelajar tahun satu tahun 2016 nie.. Semua sekali ada 8 Kelas.. Mula tu terkejut juga Ibu (almaklum le anak tak ada sekolah rendah memang tak tahu sangat bab-bab pelajar sebelum nie, apa yang tahu kalau kat kampung (Teluk Intan) ada satu kelas je.. :-P )
Selesai sudah orientasi tahun 1 Kak Long ... Alhamdulillah semuanya baik-baik je... Daddy tak ada masa nie sebabnya Daddy kena kerja ( tak dapat cuti sebab Daddy kan baru start kerja ... ) Adik Qhalif Irfan tu pun sibuk juga ... macam le dia sekolah juga ...
Buat KaK Long : Ibu doakan Kak Long sentiasa menjadi pelajar cemerlang, baik tingkah laku, bijak, pandai dan hormat semua orang ye sayang...
No comments:
Post a Comment