Thursday, November 29, 2012

BeEppp ..Beeppp...

Sepatutnya ni entry sebelum lunch tadi.. baru ni berkesempatan nak bercerita. Pendekkan cerita Tengah kusyuk buat kerja kat opis ni dapat satu msg yang buat aku tersenyum je baca msg tu...yang tak tahan tu ayat "bukan kedekut tau" hehe sebab sebelum ni aku pernah cakap dia kedekut sebab apa yerk cam tu hehe biarle rahsia huahua

" Abg g mkn ngan kwn..bkn kedekut tau. nati mlm abg beli kerabu sotong eh. "

Sejak Daddy Qalesya dah kerja kat Subang memang menjadi rutin kami akan lunch together-gether. hehehe skrng ni musim aku tengah suka makan kerabu sotong ...nak buat sendiri malas hehe jadinya beli jelah.. ^_^




Wednesday, November 28, 2012

I-City Water Theme Park Shah Alam

PErgi masa Qalesya baby.. Sekarang nie macam-macam ada hehe

Dengar cerita I-City sekarang ni dah ada Theme Park.. Cam nak bawa Cik Qalesya pergi sana je.. Ialah budak kecik ni memang suka tempat begini.. Dia suka kalau tempat yang ada main-main air nie... Ada budak ofis ni kata dia baru pergi minggu lepas.. dengar cerita cam syok jer.. ni yang semangat berkobar-kobar nak bawa Qalesya pergi sana nie... Mesti budak ni excited nanti.. lagipun dah lama tak bawa dia pergi swimming... Selalu kami pergi kat WetWorld Shah Alam jer... Ni kalau kat I-City pun memang dekat je dengan rumah... Harga tiket masuk RM35.00/ adult . Budak rasanya 3thn ke bawah free lagi... hehehe Tapi siapa yang ada kad Mesra Petronas akan dapat diskaun 15% lagi.. macam ok kan... oK dah set ngan Daddy Qalesya nak pergi Sabtu nie...


Jom Sesiapa yang berdekatan kat sini.. JOm pergi sekali.. Lagi ramai lagi bagus...


Monday, November 26, 2012

TERBAEKKKK.... ^_~

Makin hari makin bijak anak ibu nie.. makin hari makin banyak ragamnya... makin hari makin banyak pot pet dia... ada jerrr yang dia buat ibu tersenyum, marah, geram dan macam-macam lagi.. Apa yang ibu boleh kata Budak ni dah besar dah ^_^... Sekarang ni Qalesya dah pandai pakai baju sendiri...lepas je mandi dia akan cari/ambik baju dia kat dalam almari.. ikut suka dia nak pakai apa.. kekadang tu siang-siang hari nak pakai baju tidor hehe.. gitulah anakkk... macam-macam patern n pael... Terbaeklah Qalesya ^_~

Dah siap dah ibu... cantik tak adik ibu... ^_~
itulah ayat yang dia selalu tnya bila dia dah siap bersiap. 

Terbaekk....
Trademark Qalesya... suka sangat cakap ayat nie.. 


Kene NGORAT ...!!!!! ^_~

Qalesya kene ngorat..!!! Petang tu saja je bosan-bosan dok rumah ibu bawa le Qalesya pergi taman permainan.. Alaaaa bukannya jauh mana pun jalan kaki je pun.. Kat kawasan perumahan kami ni je pun kebetulan cuaca pun okeykan... Sekali budak-budak tak ramai macam selalu.. mungkin ramai yang balik kampung cuti sekolahkan.. Qalesya kalau lepas kat taman ibu tak risau sangat sebab dia ni cepat mesra dengan orang dan peramah.. kejap je dah dapat kawan.. Ibu duduk kat tepi tu perhatikan gelagat Qalesya main... Sekali ada sorang budak ni join Qalesya main gelongsor. Sebenarnya ibu tengok budak tu memang asyik tengok Qalesya main je.. sekali budak tu cam pergi dekat dengan Qalesya...Dari jauh ibu dengar je apa diaorang sembang... budak tu dok tanya kat Qalesya siapa nama... lagi satu ibu dengar budak tu bagitau nama dia.. dia kata nama dia ADAM...  pastu diaorang main macam dah kenal lama... hahaha geli hati nengoknya...






Sunday, November 25, 2012

:: Perkongsian Bersama :: ^_~


Kredit untuk MINDA TAJDID ... Salah Satu blog yang paling aku suka kunjungi. DrMAZA penulisannya sangat-sangat aku kagumi. 
Terjumpa artikel ni yang sesungguhnya membawa maksud yang sangat mendalam terhadapku.. Di kala hati diuji dengan pelbagai ujian terbaca penulisan ini yang bagi aku tersangatlah terkesan di hati.



:: KEMANISAN DALAM UJIAN ::
Nabi Musa a.s lari meninggalkan Mesir setelah beliau terlibat dengan kejadian memukul sehingga mati seorang Qibti (Coptic) dalam usaha menghalang kezaliman perkauman terhadap Bani Israil. Tindakannya itu telah melebihi jangkaan dan itu adalah satu kesilapan. Beliau terpaksa lari menuju ke Madyan dalam keadaan yang susah.
 Madyan yang dimaksudkan itu barangkali di Jordan dan saya pernah sampai berkali-kali di sana. Perjalanan dari Mesir ke sana begitu jauh bagi memastikan tentera Firaun tidak sampai ke negeri tersebut untuk menangkapnya. 
Apabila sampai di Madyan, Musa a.s. mendapati sekumpulan pengembala yang sedang menceduk air, sementara di sana ada dua gadis yang hanya menunggu. Jiwa Musa a.s yang amat pantang melihat kejanggalan atau unsur ketidakadilan itu menyebabkan dia yang dalam keletihan yang teramat bertanya hal kepada kedua gadis tersebut.
Al-Quran menceritakan kejadian ini: (maksudnya)
“Dan setelah dia (Musa a.s.) menuju ke negeri Madyan, dia berdoa “Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan kepadaku jalan yang betul”. Dan ketika dia sampai di telaga air Madyan, dia dapati di situ sekumpulan lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing), dan dia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan kambing-kambingnya. Dia bertanya: “Apa hal kamu berdua?” mereka menjawab: “Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya “. (Surah al-Qasas 22-23).
Nabi Musa a.s. tidak mampu melihat unsur penindasan dan sikap tidak membantu yang lemah. Simpatinya terhadap dua gadis tersebut melebihi keletihan yang dihadapinya ketika itu. Dia tampil dengan segala keringat yang berbaki menolong gadis-gadis tersebut mendapatkan air. Dia menolong tanpa sebarang habuan yang diharapkan.
Setelah menolong mereka, dan mereka pun pulang, Nabi Musa a.s. dalam keadaan yang teramat letih itu, pergi ke tempat yang teduh dan berdoa dengan doa yang ringkas tetapi amat dalam maksudnya. Saya tidak pasti sama ada mereka yang tidak memahami bahasa arab dapat menikmati keindahan ungkapan yang ringkas itu atau pun tidak? Namun saya akan cuba menterjemahnya dalam strukturnya.
Saya ingin membawa doa Musa a.s. untuk dikongsi bersama para pembaca yang barangkali ada yang tidak perasaan kewujudannya ketika membaca al-Quran. Juga mereka yang memang sudah tahu tetapi terlupa disebabkan kesibukan yang melanda kita dalam kehidupan sedangkan kita menghadapi suasana tenat yang amat memerlukan rahmat atau ‘kesian’ Tuhan kepada kita.
Saya ingin menyebutnya di sini kerana doa ini amat menyentuh perasaan saya. Saya percaya anda juga demikian. Entah berapa banyak keadaan getir dan runsing melanda hidup ini, doa ini salah satu ‘penyejuk perasaan’ dan pemberi harapan yang menjadi jambatan yang menghubungkan ujian hidup dengan Tuhan yang memiliki segala kehidupan.
Doa ini jika dibaca dengan jiwa yang benar-benar bergantung kepada Allah, maka saya yakin ketenangan itu hadir sebelum pertolongan Allah itu turun. Firman Allah menceritakan hal Musa a.s. dan doanya: (maksudnya)
“Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa: “Wahai Tuhanku, Sesungguhnya aku ini kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan amatlah fakir” (Surah al-Qasas 24).
Maksud Nabi Musa a.s. beliau amat fakir atau amat memerlukan kepada apa sahaja kebaikan yang akan Allah berikan kepadanya bagi menghadapi suasana dirinya ketika itu. Dalam bahasa al-Quran yang indah al-Quran riwayatkan ucapan Musa a.s “Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir”. Sangat ringkas, namun sangat bermakna. Sudah pasti ucapan asal Musa a.s dalam bahasa Hebrew, namun Allah telah merakamkan ke dalam bahasa Arab yang padat dan indah.
Ada ahli tafsir yang menyebut maksud Musa bagi perkataan ‘khair’ atau apa sahaja kebaikan dalam doa ini adalah makanan. Namun, perkataan ‘khair’ atau apa sahaja kebaikan atau kurniaan Tuhan itu amat luas. Bukan sahaja makanan atau minuman, bahkan apa sahaja yang memberikan kebaikan kepada seorang insan. Musa a.s. sendiri selepas berdoa dengan doa ini diberikan limpah kurnia Allah yang berbagai, melebihi jangkaannya.
Ayat-ayat seterusnya dalam Surah al-Qasas ini menceritakan bagaimana kedua orang gadis tadi kembali semula menjemput Musa a.s. ke rumah mereka atas jemputan ayah mereka. Ayah mereka yang merupakan seorang yang mulia amat berterima kasih atas pertolongan Musa a.s. Al-Quran tidak menceritakan siapakah ayah mereka. Apakah dia Nabi Syu’aib atau orang lain tidaklah dapat dipastikan. Kemungkinan besar bukan Nabi Syu’aib seperti yang disangka oleh sebahagian penafsir.
Apa pun, Nabi Musa a.s. diberikan tempat perlindungan, makanan, kerja, bahkan dikahwinkan dengan salah seorang dari gadis tersebut. Demikian Allah memustajabkan doa Musa yang ringkas, tetapi penuh makna. Doa yang dilafazkan dari jiwa yang benar-benar tunduk, menyerah, sepenuh tawakkal dan keyakinan bahawa Allah sentiasa menyahut permohonan hamba yang benar-benar bergantung kepadaNya.
Jauh Musa a.s berjalan membawa perasaan bimbang dan bebanan ancaman oleh pihak musuh. Ujian yang memaksa dia yang membesar dalam istana menjadi pelarian tanpa bekalan. Namun dalam ujian itu Nabi Musa a.s mengalami pengalaman hidup yang hebat dan kurniaan-kurniaan yang besar. Tanpa ujian, hal ini tidak akan berlaku.
Demikian jika kita membaca doa-doa yang syahdu yang penuh menyentuh akal dan ruh yang dilafazkan oleh insan-insan soleh dalam al-Quran, samada para nabi atau selain mereka, kita dapati doa-doa itu banyak yang diungkapkan dalam keadaan getir dan ujian yang mencabar.
Kita sendiri dalam hidup barangkali tidak akan menghafaz banyak doa al-Quran dan al-Sunnah melainkan setelah kejadian-kejadian dalam hidup yang mendesak untuk kita ‘bertadarru’ atau merendah, akur dan tunduk dengan sepenuh jiwa kepada kebesaran kerajaan Allah Yang Maha Menguasai segala urusan hidup ini.
Banyak ujian hidup ini sebenarnya amat bermakna jika kita mahu menghayatinya. Betapa ramai orang yang menemui iman dan amalan soleh dek kerana ujian yang menimpanya. Berapa ramai manusia yang bersarang bongkak dan takabur dalam jiwa, tidak dapat ditegur dan dididik, tetapi akhirnya menjadi insan yang tawaduk kepada Allah dan menghargai orang lain setelah melalui ujian hidup yang getir. Betapa ramai pula insan yang soleh dan disayangi Allah dinaikkan darjat dan nilainya di sisi Allah disebabkan ujian yang menimpanya.
Firman Allah: (maksudnya)
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang dilimpahi dengan pujian dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.(Surah al-Baqarah 155-157).
Kita tidak meminta ujian, tetapi kita sentiasa perlu tahu bahawa ujian itu adalah rukun hidup. Ujian bagaikan bicara atau ‘sapaan’ Allah kepada kita agar kita ingat apa yang lupa, ubah apa yang salah, atau untuk kita tambahkan pahala dan padamkan dosa. Sabda Nabi s.a.w:
“Tiada apa pun yang menimpa seorang mukmin, sehingga duri yang mengenainya, melainkan Allah tuliskan untuknya kebaikan (pahala) dan padam dari kejahatan (dosa)” (Riwayat Muslim).
Melihat manusia yang diuji menjadikan kita rendah diri dan insaf. Mungkin dia yang dilihat oleh orang lain sedang dalam ketenatan cabaran tetapi sebenarnya sedang tenggelam dalam rahmat dan kasih sayang Tuhan. Melihat orang yang susah, mereka yang dizalimi, mereka yang kesempitan atau menderita kesakitan menyebabkan kita terlintas segera dalam perasaan “dia di sisi Allah mungkin lebih baik daripada diriku ini”.
Kita semua akan melalui ‘bicara dan didikan Tuhan’ melalui pentas ujian. Kita mengharapkan ujian akan membawa kita kepada sesuatu yang lebih baik. Ujianlah yang telah membawa Musa a.s. kepada berbagi kurniaan. Untuk itu kita wajar selalu merintih kepada Allah seperti Musa a.s.: “Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir” (“Wahai Tuhanku, Sesungguhnya aku ini kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan amatlah fakir”).


Friday, November 23, 2012

Ohhh Qalesya.... ::: SaYANG :::





Inilah budaknya kadang-kadang buat ibu marah, geram, suka, rasa cam nak gigit dan banyak lagi rasa yang ada hehe... ishh bila mood "serba tak kene" dia tu datang hangin ibu dibuatnya.. Itu tak kene ini tak kene... Aduhaiiii itulah anak.. walauapapun tetap dihati ibu... cam tu lah atok & opah melayan kerenah ibu kecik-kecik dulu gamaknya yer...  Qalesya sekarang dah pandai bila dia buat apa-apa yang buat ibu marah mesti dia cakap " Sori ye ibu.. Maaf ye " alahaiiii dengan suara manja-manja nak minta maaf.. terngiang-ngiang sampai sekarang dia kata gitu... dan yang paling penting bila dia sebut gitu jadinya hati ibu pun sejuk ler....

“.. having this child has taught me to love as I never did before. I have learned patience, sacrifice, and aspiration, not for myself but for another.”

DIA Sentiasa Ada Bersama KITA ... SELALUUU ..



Tidak ada sesiapa pun suka diri mereka diuji, sama ada ujian itu kecil apa lagi ujian itu besar. Namun selagi kita menjadi hamba Allah, Kita tidak akan terlepas daripada ujianNYA. Melalui ujian itu, Allah mahu menunjukkan kasih sayangNYA. Kerana itu setiap kali dilanda kesusahan, kita mesti berusaha menabahkan hati dan memujuk diri agar menerima semua itu dengan hati yang kuat kerana dengan cara itu, kita semakin kuat berdoa agar ALLAH memudahkan segala urusan kita. 

Apa yang PASTI apa jua yang terjadi Allah akan berikan yang terbaik buat kita. Selagi kita tak melupaNYA dan patuh pada suruhanNYA, selagi itulah kita akan sentiasa di bawah RAHMATnya.. Insyaallah ^_^


Thursday, November 22, 2012

Aku mesti TABAH..!!! Janji Allah itu PASTI ::



[++] Ingatlah, Allah ciptakan manusia sebaik-baik kejadian. Maka senyumlah sentiasa kerana senyum itu tanda redha.. Senyum itu tanda gembira.. Senyum itu tanda bahagia.. 

Jika ujian datang menerpa, senyum dan berlapang dada lah.. Tarbiyahkan diri, setkan minda dan bisikkan dalam hati " You are Special" kerana itu Allah memilih anda menerima 'ujian kasih sayangNya'


Budak Rajin .. ::: Tolong ibu Lipat Kain ::: ^_^

Semalam ibu balik kerja awal atas urusan kerja pukul 5 ibu dah sampai Klang  Kalau dapat balik awal-awal cam ni hari-hari mesti best. Ialah jalan clear jer... Macam biasalah kalau ibu balik awal ibu mesti ambik Qalesya terus sebab ibu tak betah tinggalkan anak lama-lama tak kiralah kat pengasuh ke atau keluarga sendiri bukan apa.. ialah bukan apa  kesian kat mereka dan tak nak mengusahkan mereka.. kalau lah kat tempat kerja ni boleh bawa budak memang ibu angkut Qalesya pergi opis hehe... lagipun kalau ibu MC atau cuti pun ibu takkan hantar Qalesya untuk orang jaga kecuali kalau ada hal yang betul-betul penting yang budak-budak takboleh masuk ibu terpaksalah tinggalkan. Petang semalam lepas ambik Qalesya dari rumah pengasuh ibu terpaksa pergi Subang balik sebab nak ambik Roadtax kereta.. (hehe ada kejadian pasal roadtax kereta nie.. nantilah ibu cerita kat entry yang lain ye.. )  tapi sebelum pergi subang ibu balik singgah rumah jap mandi lagipun belum solat Asar lagi... Back to the topic.. Sebenarnya ibu nak bercerita pasal anak dara ibu nie.. Bila segala urusan dah selesai sampai je kat rumah ibu terus ke dapur.. senyap je kat depan tu ingatkan Qalesya ni baring tengok Tv ke apa.. rupanya dia lipat kain .. uppssss terkezut sekejap.. terus ibu pergi kat dia kiss dia... hahahaha rajin anak ibu nie.. dah besar dan boleh diharap nie... ^_~

ABaikan yang belakang tue..
hehe menjadi rutin kalau cuaca tak menentu cam ni memang baju Qalesya sidai dalam rumah..
memang beli ampaian kecik tu khas untuk baju-baju Qalesya.
 

::::: R+A+J+I+N :::::

Alololo..... Sewittttnya dia... 

Tak pelah dik ... Walaupun tak macam ibu lipat tapi ibu tetap puji adik ..
Pandai anak ibu nie.... 



Monday, November 19, 2012

Such a beautiful moment... ^_~

Warming up sikit hehe ... Dah lama blog ni tak berusik... 
kesibukkan melanda diri... (alahaiii bz ngalahkan PM lak kuikuikui .. )

Aksi-aksi mereka ... suka sangat tengok gelagat diaorang nie... 
masa ni otw nak pergi beli kek besday untuk budak pakai baju sweater kuning tu..
Siapa lagi Qalesya lah... anak comel2 ibu nie... 
punyalah excited n happy sangat2 dak tue... 
suka tau ibu tengok gelagat Qalesya time nie... 
Dialah insan yang paling happy di dunia... lalalalla










pssst --- > sorry ye tak dan lagi nak singgah blog rakan-rakan blogger semua..insyaallah nanti ibu qalesya ni singgah satu-satu yer... miss u all....muahhhh  ^_~


GA - Love is all around

last minute join segmen kak wantie... hehe manatau ada tuah menantikan.. :)


Setelah lama tak berblog, sekali tengah berblogging nampak ada segmen dari blog "LOVE IS ALL AROUND" blog yang sememangnya wajib di jenguk oleh ibu Qalesya ni bila berblogging..

Buat Suami Kak Wantie : Happy beleted Besday.. cepat 2 hari dari besday Qalesya (13.11) .. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama-sama keluarga yang tersayang..


Klunya:-
Hadiahnya Besar dan boleh  lipat
Bernilai RM 1,500.00 ke atas
Ada 4 kaler, saya pilih kaler Kuning
Masih Baru di Pasaran
Jenama yang memang tersohor..


Nak teka : Laptop/Notebook .... (mesti ramai yang dah tekakan hihi tp tak kira nak teka jugak haha... ) ^_~

psttt ... Qalesya dapat adiah tabung je dari ibu .. hihi



Thursday, November 1, 2012

I'm BACK... !!!!

Lamanya rasa tak bersiaran kat blog nie... seriusly memang rindu nak berblog dan rindu kat semua teman-teman blogger... hehehe tapi tu lah ada ke yang rindu kat kite ni yer dak haha ... hope semua orang happy-happy sokmo okey... 

Banyak sebenarnya cerita yang berlaku/terjadi di sebalik kesenyapan yang melanda diri ini cuma itulah nak berkongsi cerita kat sini  kene memerlukan masa untuk memulakan.. sekejap je kan dah November.... pastu December maka berakhirlah buku untuk 2012 masuk tahun yang baru lak nanti.. fuhh memang terasa begitu cepat masa berlalu...hihi apa yang lebih penting November merupakan bulan kelahiran anak kesayangan ibu iaitu Qalesya... 

Apa pun Ibu doakan semoga semua orang di bawah lindunganNYA selalu...