Thursday, December 17, 2015

Tamat sudah .... Alhamdulillah

Alhamdulillah tamat sudah pembelajaran kak long peringkat tadika.. Terima kasih yang tak terhingga buat semua cikgu-cikgu Pasti Amal Bestari yang bertungkus lumus dan penuh kesabaran tanpa jemu mendidik Kak Long.  #graduationsday #pastiamalbestari #thestrandkotadamansara 

Movie Time : Dinosaur Yang Baik ^_^


Buat kali pertamanya ibu hangout tengok movie bertiga je "Ibu, Kak Long & Qhalif Irfan" ... Daddy..!!! hehe masa ni daddy kerja.. Kebetulan ibu cuti so tak tahu nak buat apa kat rumah ajaklah budak-budak ni tengok wayang... Alhamdulillah buat kali pertamanya Qhalif Irfan very behave dan sangat dengar kata (maybe adik tau daddy tak ada..kesiankan ibu kena control sorang-sorang hehe.. Alhamdulillah .. ) Daddy pun risau whatsapp ibu tanya "anak-anak okey ke? " Hahaha tengoklah sapa yang control kan hehehe...  

Ibu bawa anak-anak ibu tengok movie dekat Citta Mall Ara Damansara ( sebab tu je yang paling dekat dan senang nak parking... hihi) .. Lagipun lepas habis movie tu Daddy pun datang gak kat Citta Mall tu .. Lunch sekali... Ehhh lupa lak nak bagitahu ibu booked tiket untuk tengok cerita "The Good Dinosaur " Not bad ceritanya... Bagi ibu okey le sebab bukan senang nak tengok Qhalif Irfan tengok cerita ni dengan tanpa ada kerenah yang macam-macam.. Tengok dengan penuh bersemangat lagi budak kecik tue... lepas ni boleh beli DVD movie ni.. boleh tengok banyak kali kat rumah...  

Okey lepas ni ibu boleh bawa Kak Long & Adik Qhalif Irfan pergi tengok movie lagi ye... ^_^




Back To Normal Again ^_^ .. Mood mood datanglah... :)

Alahaiii lamanya ibu tak update kisah anak-anak ibu ini.. Selalunya update kat instagram je hehe sekali sekala kat facebook itupun share dari IG gak.. Kesian anak-anak ibu sebab ibu tak update perihal mereka.. Nanti one day bila kak long dan adik Qhalif Irfan dah besar dan pandai membaca, tahulah anak-anak ibu kisah pembesaran dan apa perasaan ibu dalam membesarkan anak-anak kesayangan ibu ni..Selain dengan Allah Swt tempat ibu mengadu, Dekat sinilah tempat ibu berkongsi rasa tentang kehidupan.

Alhamdulillah anak-anak ibu membesar dengan sebaik-baiknya.. Akan Ibu penuhi segala impian anak-anak kesyangan ibu nie (itukan setakat yang termampu le ssayang ) ...  Ibu Daddy sayang Kak Long.. Sayang Qhalif Irfan .. Moga Allah swt melindungi anak-anak ibu daripada benda-benda yang tak elok ye.. 



Lego

Ralit kak long bila dapat lego... Dah buat elok-elok datang adik irfan habis dia sepahkan... Mengamuklah kak long, dah menangis .... Yang adik lak bila dah kak long nangis apa lagi lari le dia dekat ibu... Ishh ishhh cam tu lah ragam budak berdua nie.. 

Berkelah di Teluk Batik & Lumut

Salah satu percutian yang dirancang... Selalunya bende yang tak dirancang ni menjadi.. Hehehe Teluk Batik here we come... !!!! 

Selama ni ibu memang jarang sangat bawa kak long pergi mandi laut.. Irfan..!!! Lagile tak pernah pergi... Terhibur hati ibu bila tengok anak-anak ibu seronok sangat bila ibu lepaskan kak long dengan irfan main pasir.. Kak long mula-mula tu takut juga nak mandi bila tengok ombak tu tapi kejap je la.. Yang kecik tu yang memang dari mula sampai hingga balik takut dengan air laut tu. Kalau setakat main pasir tu okey lagi le dia.. 

Habis hati kakak nana, kak long & irfan bika dapat main cam nie.. Ibu x de lah mandi.. Daddy je lah yang kena mandi... Kalau tidak sapa lak yang nak layan anak-anak kan.. tak seronoklah kalau kami je yang pergi kan.. Opah pun ada ... Ucu, Opah cik, acik aton, mama medina pun ada sekali... tapi diaorang semua tak mandi... 


Lepas dah penat mandi laut.. Kami singgah Lumut.. Beli hasil laut buat kudap-kudap.. Alang-alang dah datang teluk batik tak sah kalau tak singgah lumut ni kan.. Ibu pun dah lama sangat tak pergi sini... Rindunya zaman belajar dulu... Hehehe

Tuesday, September 29, 2015

Tegurlah aku andai aku terlupa ...

Beradab walaupun dalam keadaan bergurau. Jangan amalkan sikap yang kononnya kutuk mengutuk membawa bahagia. Wasiat Imam Ghazali, adab harian untuk menjauhi dosa lahiriah dalam hubungan silaturahim, “Wahai umat manusia yang daif, jaga dan pelihara segala anggota tubuh, terutama tujuh anggota badan. Sebab neraka jahanam mempunyai tujuh pintu, yang setiap pintu telah diatur dan disediakan untuk memasukkan umat manusia yang berbuat kesalahan. Mereka yang dimasukkan ke sana tiada lain melainkan orang-orang yang melakukan kemaksiatan dan kederhakaan kepada Allah SWT dengan menggunakan tujuh anggota badannya iaitu, mata, telinga, mulut, perut, kemaluan, tangan dan kaki.” - Prof Dr Muhaya

** Kadang-kadang kita terleka, kita fikir niat dihati hanya untuk bergurau tapi sebenarnya dalam gurauan kita ada hati yang terluka.. #muhasabahdiri #peringatanuntukdirisendiri 

Tuesday, August 11, 2015

I'm so touch.... !!!!

Perbualan antara ibu dengan kak long masa nak hantar kak long sekolah tadi .... ^_~

Kak long : ibu bangun subuh kan tadi...
Ibu : iya la...
Kak long : ibu kenapa ibu tak kejut adik subuh tadi..( muka nak nanges)
Ibu : kenapa dik...??
Kak long : adik nak mengaji... Adik nak baca iqra..
Ibu : Laaaa kan selalu ibu ada kejut adik tapi adik tu yang tak nak bangun... Esok ibu kejutkan kak long ye sampai kak long bangun ye. Bukan subuh je kena mengaji tau magrib pun boleh...
Kak long : ( diam je dia tengok luar tingkap kereta.. )
Ibu : ok tak sayang ...
Kak long : adik tak pandai lagi ngaji .. Adik nak bangun subuh lepas tu nak ibu ajar adik...
Ibu : okey sayang... Nanti ibu ajar kak long ye..

Anak-anak ni kekadang buat hati betul-betul tersentuh.. Baguslah kak long ... Ibu doakan kak long berjaya dunia n akhirat. Jadi anak yang solehah...

Friday, August 7, 2015

Besar dah ^_~

Bila tengok gambar ni, tersenyum ibu sorang-sorang.. Alhamdulillah Dah besar dah rupanya anak ibu ni.. Syukur sangat-sangat.. Hehe cantik anak ibu ni.. Moga jadi anak yang solehah ye sayang.. Berjaya di dunia n akhirat.. Ibu sayang sangat kat kak long tau..

Tuesday, August 4, 2015

Ehhhhh ehhh sabarje lah

Amboi budak kecik nie....selamba je dia diri kat belakang abang ngah camtu.. Kalau le abang ngah tu bergerak sikit je mesti jatuh tu... Bebaik dik nanti jatuh ... #budakbertuah

Bala tentera mak yang ...

Yeahh yeahh... Penuh kereta kami nak pergi beraya rumah kawan opah.. #happymoment

Best Friend Forever (BFF)

Ibu sayang dia sangat-sangat... #hensomeboyibu #loveyoualways

Syawal ke 2

Seronoknya bila dapat berkumpul ramai-ramai. Meriahnya raya.. #telukintan

Sebahagian family sebelah abah .. THANKS for coming semua.. ^_^



Tuesday, July 28, 2015

Salam syawal buat semua

Rasanya tak terlambat lagi kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya.. Maaf zahir batin ye..

Friday, June 26, 2015

Test IQ anda .. ^_^

Isi tempat kosong di bawah ini dan mohon dijawab dengan jujur di dalam hati kita masing-masing ...
1. Allah menciptakan tertawa dan .....
2. Allah itu mematikan dan .....
3. Allah menciptakan lelaki-lelaki dan .....
4. Allah memberikan kekayaan dan .....
Kebanyakkan kita tentu akan dengan mudah menjawab:
1. Menangis ...
2. Menghidupkan ...
3. Perempuan ...
Tapi bagaimana dengan no.4 ...? Apakah Kemiskinan ...?
Untuk mengetahui jawapannya, mari kita lihat rangkaian firman Allah dalam surat An-Najm ayat 43-45, dan 48, sebagai berikut:
ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﺿْﺤَﻚَ ﻭَﺃَﺑْﻜَﻰ
"dan Dia-lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (QS. An-Najm : 43).
ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻣَﺎﺕَ ﻭَﺃَﺣْﻴَﺎ
"dan Dia-lah yang mematikan dan menghidupkan." (QS. An-Najm : 44).
ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﺧَﻠَﻖَ ﺍﻟﺰَّﻭْﺟَﻴْﻦِ ﺍﻟﺬَّﻛَﺮَ ﻭَﺍﻟْﺄُﻧﺜَﻰ
"dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki-lelaki dan perempuan. " (QS. An-Najm : 45).
ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻏْﻨَﻰ ﻭَﺃَﻗْﻨَﻰ
"dan Dia-lah yang memberikan kekayaan dan kecukupan." (QS. An-Najm : 48).
Ternyata jawapan kita benar hanya pada no. 1-3 ... sedang jawapan untuk no. 4 keliru.
Jawapan Allah Ta'ala dalam Al-Qur'an bukan Kemiskinan, tapi KECUKUPAN.
Subhanallah..
Sesungguhnya Allah Ta'ala hanya memberi Kekayaan dan Kecukupan kepada hamba-Nya.
Dan ternyata yang "menciptakan" Kemiskinan adalah diri kita sendiri.
Hal ini boleh karena ketidakadilan ekonomi, kemalasan, boleh juga
karena kemiskinan itu kita bentuk di dalam minda pikir kita sendiri.
Itulah hakikatnya, mengapa orang-orang yang senantiasa bersyukur; walaupun hidup serba kekurangan ia akan tetap tersenyum dan merasa cukup, bukan merasa miskin.
Jadi, marilah kita bangun rasa keberlimpahan dan kecukupan didalam hati dan pikiran kita, berhenti mengeluh, berhenti mengatakan rezeki kecil, agar kita menjadi hamba-Nya yg selalu Bersyukur.
Semangat menjemput rezeki yang halal, biar semakin berkah...


** Perkongsian daripada FB Fedtri Yahya ... Jazakallah khairan ^_^

Percayalah.... ^_^


Yang perlu kita tahu, rezeki tidak pernah salah alamat.. Yang tidak kita tahu, samada ianya sampai cepat atau lambat.

Ketika ramai yang resah hidup susah, anda sabar berusaha. Rezeki pasti tiba..

Ucaplah Alhamdulillah kerana kita masih dapat meneruskan kehidupan..

Salam Hari ke-9 Ramadhan..

Salam Jumaat juga...



Pastikan Keadaan Tayar Anda Dalam Keadaan Baik

Kalau tanya ibu bab tayar ni memang ibu tak tahu langsung.. Tahu drive kerete je tapi bab-bab tayar ni langsung tak tahu... Angin tayar kurang pun Daddy yang tolong isikan..  So ni ada Sedikit info tentang keadaan tayar.. Moga bermanfaat untuk semua.. Sharing is caring... ^_^





Thursday, June 25, 2015

Pertandingan Bola Sepak & Bola Jaring Pasti Kawasan Subang

Throwback lagi ... dan lagi hehe .. 

Lama betul baru nak update.. Al-kisahnya 04/04/2015 Kak Long terpilih mewakili Pasti Amal Bestari untuk pertandingan Bola Jaring Peringkat PASTI Kawasan Subang. Masa mula-mula ibu dapat tahu Kak Long terpilih, terkejut juga ibu ialah mana taknya Kak Long bukannya pernah main bola jaring pun.. Lagi mengejutkan Kak Long Wing Attact (WA) tu hehe... reti ke anak ibu nie main... Pagi-pagi lagi kak long dah bangun.. Kami ingatkan kami lambat dah sebab mencari SMK  Seksyen 8 Kota Damansara tak jumpa lagipun sebelum tu kami singgah breakfast dulu (lagi dah lambat lagi menyinggah hehe) ... hehe rupanya tak adalah lambat sangat... Kat situ Kak Long jumpa cikgu-cikgu sekolah lama kak long... Ialah yang terlibat PASTI kawasan Subang dah sah-sah lah cikgu-cikgu sebelum ni pun ada... Ada banyak juga PASTI yang sertai acara ni tapi ibu dah lupa berapa buah hehe... Seronok tengok budak-budak ni main bola jaring.. macam-macam gelagat ..tapi memang seronok sangat.. Walaupun team Kak Long tak menang.. Tapi ibu bangga tengok usaha serta kerja keras cikgu-cikgu KAk Long dan team Kak Long.. Alhamdulillah Team Bola Sepak dapat no 4 ... Hehehe maaflah ibu tak ada gambar team bola sepak sebab ibu sibuk jadi pom pom gurl team kak long hahaha 


Happy Belated Birthday Nana

#throwback 26042015

As usual ibu mesti celebrate birthday kakak nana .. Alaaa bukannya celebrate besar-besaran pun.. Just family and a few kawan mak yang rapat je... Thanks makcik, aton, ogy, makcik esah dan makcik siti sebab sudi datang dan memeriahkan keadaan...

Buat kak nana Selamat Hari Lahir kakak nana yang ke 8 tahun... Semoga nana berjaya di dunia dan akhirat... Jadi anak yang solehah.. Ingat semua orang sayangkan nana tau...



Kakak Nana vs Kak Long Scha

Amboi kalau bab berposing serah pada mereka ... ^_~ ...

Terima Kasih Cikgu...

Throwback...

Dari sehari ke sehari ibu nak update pasal entry sambutan Hari Guru Tadika kak long hehe tapi tak update update pun.... 16 Mei hehe 25 June baru ibu update..  

Terima kasih pada Cikgu Nadiah sebab Whatsapp kan ibu gambar Kak Long nie.. 

Layan gambar je lah yer... (Maaf ye Ibu malas nak menaip hehe.. )



Buat semua yang bergelar guru. Terima kasih kerana dengan sabar mendidik anak bangsa. Sesungguhnya jasa kalian akan kami kenang sehingga akhir hayat. Semoga Allah merahmati kalian semua.


Note : Nanti bila Kak Long dah besar kak Long ingat nama-nama cikgu tadika Kak Long ni tau.. Cikgu kelas Kak Long , Ustazah Fasehah. Cikgu-cikgu yang lain Cikgu Robi, Cikgu Majan, Cikgu Nadiah Dan Cikgu Afiqah. 


Wednesday, June 24, 2015

New toys

Yeahh.. Yeahhh ..Terima kasih Acik Epy..

Wednesday, June 17, 2015

Selamat Datang Ramadhan .... ^_^

Ahamdulillah..Nampak gayanya esok kita dah mula berpuasa..sekejap je masa berlalukan.. Apa pun buat semua selamat berpuasa liya ucapkan ye.. Di sini Liya juga nak memohon maaf atas segala kelemahan, kekurangan, kesilapan dan kekhilafan antara kita. Semoga Allah swt mempermudahkan ibadat puasa kita tahun ini..  insyaallah dengan izinNYA..

Ya Allah, Semoga ramadhan ini lebih membawa erti dan berkat bagiku, keluargaku, sahabatku juga saudara seagamaku. Sinarilah hati ini dengan kemualian dariMU, teguhkanlah hati ini untuk beramal dan merebut rahmatMU.. Aminn

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tuesday, June 16, 2015

Manisssnyaaaaa ^_^

Hehehe Kak Long.... Kak Long... Anak ibu memang sweetttttt selalu ... Ibu sayang Kak Long ..

Friday, June 12, 2015

Ceria Pop Star musim ke3

Rupanya best juga ye.. Seriously ibu sebelum  ni memang tak pernah layan pun ceria pop star nie.. Selalunya ibu tengok kak long rajin betul layan dengan daddy.. Ibu memang tak ambik kisah langsung.. Ibu ada layan sikit masa semi final minggu lepas itu pun ibu tengok siaran ulangan je.. Mana tak nya kak long asyik tengok cerita itu je... Balik-balik astro ceria.. Balik-balik ceria pop star hehe.. Tanyalah dia pasal ceria pop star ni semuanya dia tahu hehe.. Actually ok juga realiti show ni..  memang sungguh berbakat budak-budak nie.. Suara semua powerful sungguh... Kak long kata dia sokong fikri hehe...tak pe kita tengok siapa yang menang... Bagi ibu suara Vanessa dengan Dayang memang terbaik... Good Luck and All The Best k...

Thursday, June 11, 2015

Spend time dengan QQ

Hari ni ibu cuti sebab pengasuh nak hantar anak balik asrama..  Apa lagi sukalah budak-budak berdua ni dapat duduk dengan ibu.. Bila tanya Qhalif Irfan pagi tadi nak pergi rumah Nenek Ani tak.. Laju je dia jawab "tak nak" hehe tp dengan sleng dia lah.. Ialah ialah IBU pun takkan hantar anak-anak ibu if ibu or daddy ada.. Tht is not my type.. Even kalau MC pun anak-anak tetap kami taKkan hantar.. Bagi ibu biarlah anak-anak dengan kami.. Hehe tak sanggup ibu rasa nak biarkan anak-anak lama dengan pengasuh hehe

Wednesday, June 10, 2015

Renungan buat diri sendiri ...

Kiriman dari group whatsapp .. Allahurabbi... Speechless.

Bila saya mati, tiada lagi org ziarahi.
Bahkan, selepas beberapa ketika anak & isteri akan kembali ceria spt biasa.......

Inilah di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:

Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.

Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.....

Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.

Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Ekonomi akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!

Kesedihan atasmu ada 3;
Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan. Kawan2mu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa! Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun?? Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan....

Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia". Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT!! Telah musnah kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.

Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu??
Hakikat ini memerlukan renungan.

Usahakan dengan sungguh2;
Menjalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.

Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini insyaAllah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. "Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"

Allahurabbi... Kubur itu semakin dekat untuk didiami.

Sanah Helwah Mak.... !!!

Finally, Today is the day 10.06.2015 .. 
Selamat Hari Lahir Mak...!!! Moga diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki selalu dan senantiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah selalu.. 
#weloveumak #birthdayke59



Tuesday, June 9, 2015

My life.. My love.. My heart.. My children

Betapa cepatnya masa berlalu.. Zaman kanak-kanak adalah zaman yang sangat-sangat menghiburkan.. Melihat gelagat mereka buat hati ibu betul-betul tersentuh.. Betapa baiknya Allah swt meminjamkan mereka buat kita untuk mendidik dan membimbing mereka ke jalan yang haq.. Terima kasih Allah kerena memberikan peluang serta kesempatan ini... Doa ibu disetiap solat ibu.. Semoga anak-anak ibu berjaya di dunia & akhirat.. Saling sayang menyayangilah sampai bila-bila kerana kalian dilahirkan di dalam rahim ibu yang satu.. Harta boleh dicari tapi kasih sayang sampai ke mati...

Use your smile to change this world. Don't let this world change your smile..

Love him... Love her...

Tak da diaorang sunyi sangat rasa rumah.. Ada diaorang hehe jadi tarzan ibu kat rumah :) ... Tapi itulah penghibur hati ibu daddy pun.. Bila anak-anak gembira ibu pun gembira juga... #Qhalif selalu buat hal sendiri tapi kekadang pandai menyakat kak long budak kecik tu hehe...  

Love u both from moon and back sayang...


Wednesday, June 3, 2015

Akhirnya terjawab....

Mungkinkah kami dah dah cukup tabah untuk terimanya... !!! Atau dah betul-betul redho dengan ketentuan illahi... Ya!!! Kami cuba sedaya upaya kami... Tapi jauh dilubuk hati kami sedih sangat tapi ini perancangan yang terbaik buat Allah untuk hambanya..

Petang 02.06.2015 pukul 3.45pm, setelah menunggu dengan penuh sabar selama beberapa hari ni dan semestinya harapan yang paling tinggi akhirnya segalanya terjawab... Alhamdulillah perkhidmatan daddy dengan MAS selama lebih 10 tahun sampai setakat ni je.. Innalillahiwainalillahirojiin.. Ibu tahu daddy kecewa sangat tapi tak pe lah ada rezeki lain yang Allah janjikan buat daddy dan keluarga kita.. Yakin dengan janji Allah... Dia adalah sebaik-baik perancang... Yang pasti ini bukan penamat bagi kita untuk terus bangkit dan berjaya..

Entah kenapa masa daddy called ibu bagitahu berita ni, ibu tak rasa sedih sangat walhal sebelum ni bila baca news feed fb daddy tentang luahan sahabat2 seperjuangan daddy kt fb ibu rasa sedih sampai menitik airmata .. Dijadikan cerita, Masa tu Daddy tak dapat surat lagi, Paling sedih ada sahabat Daddy yang suami isteri berkhidmat dekat MAS kedua-duanya dapat cdc juga.. Allahuakbar, lagi berat ujian yang mereka hadapi.. Ada yang baru berkahwin sabtu lepas, sekali dalam kegembiraan menjadi seorang suami dapat pulak surat yang sebegini.. Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan ketika itu... Dalam sedih Mereka tetap tabah walaupun punca rezeki mereka dalam MAS sampai di sini sahaja.. Mungkinkah ibu dah betul-betul bersedia dengan segala keputusan yang akan terjadi.. !!! Atau mungkin ibu dah redho dengan segala kemungkinan yang akan terjadi..??

Ibu kena kuat untuk daddy... Sebab ibu  tengok pun daddy pun kuat untuk menempuh segalanya... Tapi jauh di sudut hati daddy, ibu tahu daddy kecewa bila endingnya macam ni... Ialah setelah 10 tahun lebih berkhidmat dengan MAS akhirnya ending yang cam ni yang meraka dapat.. Siapa tak terkesankan.. Takpe lah daddy rezeki ada dimana-mana.. Bumi Allah ni luas untuk kita terokai untuk meneruskan kehidupan dan mencari rezeki yang halal..  Semoga Allah memudahkan segala-galanya buat kita sekeluarga serta keluarga sahabat-sahabat daddy yang lain.. Ibu,kak long dan adik senantiasa ada untuk daddy..

Ya Allah berat sungguh ujianMU pada keluarga kami.. Tapi aku tahu Allah menguji seseorang sebab dia sayangkan kita...sejauh mana kita merancang, Allah juga merancang untuk kita, Perancangan manusia itu USAHA, perancangan Allah itu TAKDIR.




To be continued....

Monday, June 1, 2015

Allah is the best planners ^_^



Tak tahu nak mula dari mana... Orang kata penantian itu satu penyiksaan.. YUP..!!! tersangatlah betulnya... Hari ni le harinya.. Penentu segalanya .. Daddy salah seorang Staff MAS yang tengah dup dap berdebar hati menunggung surat.. Surat diberhentikan kerja sudah semestinya mereka dapat cuma berharap untuk surat yang kedua tu pulak.. Offer Letter dari new company... mudah-mudahan ada rezeki untuk Daddy untuk surat yang kedua tue.. Ibu tahu bukan kami je yang nervous menunggu, ramai lagi yang berperasaan begitu kerana itu adalah punca rezeki mereka untuk menyara anak isteri serta menanggung keperluan kehidupan yang kos nya semakin hari semakin meningkat. Tak pe lah Daddy, Insyaallah perancangan Allah itu adalah terbaik... kita doa sama-sama yer.. apa jua keputusan yang diterima, terimalah dengan hati yang terbuka. REDHA, PASRAH & CEKALKAN HATI .. Insyaallah everthing gonna be okey.. Dalam hati Allah je yang tahu... cry cry cry ...







Friday, May 29, 2015

Satu hari lagi....

Sehari je lagi... Iye iye Sehari je lagi sayang,  ibu balik jumpa sayang ibu ni.. Siapa lagi kalau bukan Ahmad Qhalif Irfan... 4 hari ibu tak jumpa dia dah rindu sangat-sangat ni.. Iye memang kak long ada dengan ibu tapi tak samalah.. Ibu nak dua-duanya dengan ibu tapi disebabkan kak long tak sihat dan atas nasihat opah ibu tinggalkan Adik kat kampung sebab tak nak adik berjangkit dengan kak long.. Nanti ibu yang susah hati dan sedih...


**post ni sepatutnya publish hari khamis hari tu.. Hehe rupanya ibu lupa nak tekan publish, post ni pergi draft lak...^_~





Thursday, May 28, 2015

Daddy sayang Qhalif

Ya Allah, berilah aku kebahagian yang cukup untuk membuatku tersenyum. Kebahagiaan yang mampu membuat aku bersyukur kepadaMU.



Pengorbanan seorang ayah itu tak pernah ada alasan ada apa dan kenapa, yang ia tahu hanya demi kita...

Wednesday, May 27, 2015

Apa nak dikata... :(

Buat baik biarlah berpada.. Bukan tak boleh nak tolong tapi please bukan hal yang macam nie... If anything happen not their problem but its your okey... Mereka boleh lepas tangan macam tu je..walhal mereka yang mulakan. Its your responsibility not them. So please lah berfikir dulu sebelum nak buat decision... Bukan nak mendoakan bad things happen but beringat sebelum kena itu perlu.. Dah banyak kali terkena buat baik tak pernah mereka nak hargai.. Tapi bila silap sikit or kata kita tak dapat nak menolong, masa tu macam-macam keluar... Ya Allah, kuatkan hati aku untuk menghadapi semuanya dengan hati yang terbuka..

Tuesday, May 26, 2015

Salam Magrib

Semoga segala amalan kita diterima olehNYA...

Rindunya ibu...

Kadang-kadang berjauhan itu perlu hehe.. Okey fine actually ibu rindukan Qhalif Irfan.. Rindu sangat sangat okey.. Even baru 2 hari ibu tak jumpa.. Hehe lamanya nak tunggu hujung minggu.. Nak peluk cium budak kecik ni... Seronok dia dok kat kampung tapi ibu kat sini yang rindu kat dia... Kak long ada cakap kat ibu. "Ibu tak sayang Irfan ke tinggalkan dia kat kampung"..... Kak long sayang as i told u before.. " bukan ibu tak sayang adik kak long tu, ibu buat cam tu sebab sayanglah, kak long tau kan kalau kak long tak sihat adik cepat je berjangkit. Then di sebabkan tu le ibu tinggalkan adik kak long tu kat kampung. Irfan kalau tak sihat kesian sampai kena admit bagai... Ibu sedih lah kalau irfan masuk hospital. Kak long tau kan irfan ada asma/lelah..that why le ibu ambik langkah berjaga-jaga..." Ibu harap kak long faham ye sayang.. 


Get Well Soon Sayang

Alololo kesiannya anak kesayangan ibu ni.. Dia demam pula lepas tu mengadu sakit perut. Nak kata tak makan, tengahari tadi daddy kata dia makan nasi. Sementara tunggu ibu balik, Daddy bagi ubat demam dulu... Tak pe lah nanti balik dari kerja ibu daddy bawa kak long pergi klinik ye...Apa pun ibu doakan anak ibu cepat sembuh.. Get well soon ye sayang... Hehe takkan demam rindu Qhalif Irfan kot.. Baru ahad hari tu jumpa adik.. Alahaiii anak... 

Monday, May 25, 2015

Ahlan Bika ... ^_^

Lamanya tak jenguk blog nie. Bukan tak ada cerita, banyak sebenarnya cerita yang ada tapi tu le kemalasan menguasai diri untuk mengupdate blog nie. Bila lah nak istiqomah dalam berblog yer. Seolah-olah angin rajin menyapa sekejap-sekejap jer.. Tak pe lah kita update aja apa yang terlintas di hati je sekarang nie...

Bila di tanya mengenai kehidupan.. Pastinya anak-anak adalah perkara utama dalam fikiran. Alhamdulillah mereka membesar dengan penuh jayanya.. Membesar seperti budak-budak yang lain... Qhalif Irfan pun dah Setahun 4 bulan.. Kak Long Scha pun dah 6 tahun dah.. Sekarang ni masa berjalan begitu pantas.. Pejam celik pejam celik dah nak habis separuh tahun 2015 dah.. Banyak kenangan manis pahit masin semua adalah. Apa pun kehidupan tetap akan diteruskan.. yang pasti ALLAH swt sentiasa ada bersama kita.. ALWAYS ada ...