Showing posts with label Parenting. Show all posts
Showing posts with label Parenting. Show all posts

Wednesday, April 24, 2013

Amalan Ketika Anak Tidur



AMALAN KETIKA ANAK TIDUR :)

♥ Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali.

♥ Membaca surah al fatihah 1 kali,alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.

♥ Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

♥ Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak


Moga bermanfaat buat semua ... >_<

Thursday, April 4, 2013

9 Tanda Anak Pintar... ^_~



9 TANDA ANAK PINTAR.......

1. Ingatan yang kuat. Anak pintar mampu mengingati banyak perkara, tidak seperti kebanyakan kita yang selalunya 'masuk telinga kiri, keluar telinga kanan'. Contoh dari NAGC (National Association of Gifted Children); "Seorang anak berusia 6 tahun yang pulang dari muzium angkasa, melakar kembali gambar rajah roket yang telah dilihatnya dengan tepat."

2. Memiliki minat yang luas. Anak pintar mempunyai minat dalam berbagai bidang. Minat mereka berubah-ubah mengikut masa. Contoh; bulan ni mungkin suka dengan dinosaurus, bulan depan suka aerospace dan seterusnya.

3. Menulis dan membaca lebih awal. Seorang anak pintar mungkin boleh membaca dan menulis lebih awal dengan sendiri tanpa pengajaran formal.

4. Berbakat dalam bidang seni. Anak yang mempunyai bakat yang luar biasa dalam bidang seni dan muzik sering dianggap pintar. Anak yang boleh melukis, menyanyi dengan sempurna, atau dapat menghasilkan bentuk persepsi seni yang tinggi adalah termasuk dalam golongan anak pintar.

5. Mempunyai konsentrasi yang tinggi. Biasanya budak-budak tidak mampu meluangkan masa yang lama pada sesuatu perkara (cepat bosan), tetapi anak pintar mampu memberi tumpuan yang lama pada sesuatau perkara yang diminatinya.

6. Memiliki kosakata tinggi. Biasanya anak-anak memang suka bercakap dan banyak bertanya, tetapi jika mereka mengunakan perkataan yang lebih maju yang kita sendiri jarang mengunakan perkataan-perkataan itu dan kena pada tempatnya, maka anak ini adalah anak yang pintar. Menurut NAGC "Anak berusia 2 tahun biasanya bercakap seperti 'Ada kucing' tapi anak 2 tahun yang pintar akan berkata 'Ada seekor kucing di belakang rumah dan ia sedang berkejar-kejaran."

7. Penglihatan tajam dan terperinci. Anak pintar mempunyai mata tajam. Anak yang lebih besar mungkin ingin tahu lebih terperinci tentang bagaimana segala sesuatu bekerja dan anak yang lebih kecil dapat meletakan kembali ketempat asal dimana mainan itu diambil.

8. Bertindak sebagai pengkritik sendiri. Pada umumnya anak-anak tidak kesah tentang diri mereka atau orang lain, kecuali jika kawan mereka memiliki sesuatu yang mereka inginkan. Sebaliknya, anak pintar prihatin dengan orang lain, malah lebih lagi pada diri sendiri.

9. Memahami konsep yang kompleks. Anak yang sangat pintar memiliki kemampuan untuk memahami masalah yang kompleks, memahami hubungan, dan berfikiran abstark. Mereka mampu memahami masalah secara mendalam dan berfikir cara penyelesainnya.


KREDIT  : FB Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Jom Hamil


Semoga Anak-Anak Kita Menjadi Anak Yang Pintar Di Dunia & Akhirat ^_~

Thursday, March 21, 2013

Adab Kejutkan Anak Dari Tidur.

Tebaca tip ni tapi lupa lak nak copy link ... Alih-alih cari balik tak jumpa... Hehehe

Cara atau adab mengejutkan anak yang tidur, tidak kira anak yang masih bayi, kanak-kanak, remaja atau dewasa.

1) Beri salam kepada anak yang sedang tidur.
2) Sentuh hujung ibu jari kakinya yang sedang tidur.
3) Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.
4) Kalau masih belum sedar, Kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.
5) Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.
6) Kejutkannya sambil memujinya contoh : Bangun sayang, anak umi yang baik, anak ibu yang soleh, anak ibu yang rajin.
7) Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar ia mandi, solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijik pandai.
8) InsyaALLAH, anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang.

Cara ini juga boleh dilakukan kepada suami isteri tersayang atau sesiapa saja ... :)



Lenanya Qalesya titon... Mimpi indah tue.... 
Aiippp mulut tu tutup sikit dik... ^_~


Note : Jagailah Kedua IbuBapa mu..Nescaya anak-anakmu akan menjagai kamu -Sayidina Ali 

Monday, March 4, 2013

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-Anak


1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Kredit : Sentuhankasih-ibu.com