Wednesday, April 24, 2013

Amalan Ketika Anak Tidur



AMALAN KETIKA ANAK TIDUR :)

♥ Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali.

♥ Membaca surah al fatihah 1 kali,alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.

♥ Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

♥ Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak


Moga bermanfaat buat semua ... >_<

19 comments:

  1. In Shaa Allah...akan d amalkan bile dah ade baby nt :)

    ReplyDelete
  2. Insya Allah, sama-sama kita amalkan :)
    Nice sharing :)

    ReplyDelete
  3. ya manfaat buat k.t juga. thanks ya.

    ReplyDelete
  4. dlu rajin buat.. sekarang anak tidur, mak pun tertidur... bad mom... T__T

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah sue pon ada gak buat kat anak2

    ReplyDelete
  6. biasa buat masa anak tido lagi dgn saya.. bler da tido asing, x pandai g nak adjust masa hu3

    ReplyDelete
  7. rajin jugak amalkan..tapi kalau dh letih...sy terlelap dahulu dr anak ...:D

    ReplyDelete
  8. tq share , in Shaa Allah akan diamalkan terus !

    ReplyDelete
  9. surah al insyirah tu kalau tak silap masa mandikan anak pun baik amalkan.. mak akak pesan..

    ReplyDelete
  10. Kali pertama saya dengar pasal sapukan air wuduk ni... Boleh diamalkan.. Thanks for sharing..

    ReplyDelete
  11. elok jadikan amalan..tak dpt semua..dpt salah satu drpnya pun Alhamdulillah.:)

    ReplyDelete