Thursday, April 4, 2013

9 Tanda Anak Pintar... ^_~



9 TANDA ANAK PINTAR.......

1. Ingatan yang kuat. Anak pintar mampu mengingati banyak perkara, tidak seperti kebanyakan kita yang selalunya 'masuk telinga kiri, keluar telinga kanan'. Contoh dari NAGC (National Association of Gifted Children); "Seorang anak berusia 6 tahun yang pulang dari muzium angkasa, melakar kembali gambar rajah roket yang telah dilihatnya dengan tepat."

2. Memiliki minat yang luas. Anak pintar mempunyai minat dalam berbagai bidang. Minat mereka berubah-ubah mengikut masa. Contoh; bulan ni mungkin suka dengan dinosaurus, bulan depan suka aerospace dan seterusnya.

3. Menulis dan membaca lebih awal. Seorang anak pintar mungkin boleh membaca dan menulis lebih awal dengan sendiri tanpa pengajaran formal.

4. Berbakat dalam bidang seni. Anak yang mempunyai bakat yang luar biasa dalam bidang seni dan muzik sering dianggap pintar. Anak yang boleh melukis, menyanyi dengan sempurna, atau dapat menghasilkan bentuk persepsi seni yang tinggi adalah termasuk dalam golongan anak pintar.

5. Mempunyai konsentrasi yang tinggi. Biasanya budak-budak tidak mampu meluangkan masa yang lama pada sesuatu perkara (cepat bosan), tetapi anak pintar mampu memberi tumpuan yang lama pada sesuatau perkara yang diminatinya.

6. Memiliki kosakata tinggi. Biasanya anak-anak memang suka bercakap dan banyak bertanya, tetapi jika mereka mengunakan perkataan yang lebih maju yang kita sendiri jarang mengunakan perkataan-perkataan itu dan kena pada tempatnya, maka anak ini adalah anak yang pintar. Menurut NAGC "Anak berusia 2 tahun biasanya bercakap seperti 'Ada kucing' tapi anak 2 tahun yang pintar akan berkata 'Ada seekor kucing di belakang rumah dan ia sedang berkejar-kejaran."

7. Penglihatan tajam dan terperinci. Anak pintar mempunyai mata tajam. Anak yang lebih besar mungkin ingin tahu lebih terperinci tentang bagaimana segala sesuatu bekerja dan anak yang lebih kecil dapat meletakan kembali ketempat asal dimana mainan itu diambil.

8. Bertindak sebagai pengkritik sendiri. Pada umumnya anak-anak tidak kesah tentang diri mereka atau orang lain, kecuali jika kawan mereka memiliki sesuatu yang mereka inginkan. Sebaliknya, anak pintar prihatin dengan orang lain, malah lebih lagi pada diri sendiri.

9. Memahami konsep yang kompleks. Anak yang sangat pintar memiliki kemampuan untuk memahami masalah yang kompleks, memahami hubungan, dan berfikiran abstark. Mereka mampu memahami masalah secara mendalam dan berfikir cara penyelesainnya.


KREDIT  : FB Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Jom Hamil


Semoga Anak-Anak Kita Menjadi Anak Yang Pintar Di Dunia & Akhirat ^_~

6 comments:

  1. semoga anak2 kita menjadi antara yg pintar...ameen

    ReplyDelete
  2. yup mmg setuju sgt!...

    ReplyDelete
  3. amin.... akak doakan untuk anak akak dan anak kamu serta anak anak para ibu bapa di luar sana jugak.

    pintar semulajadi adalah anugerah.

    ReplyDelete
  4. Susah jugak kalau diletakkan begini.. Takut ada ibu bapa yg rasa anak mereka "kurang pintar" sbb tak memenuhin ciri mcm ni. Sedangkan pintar ni dari pelbagai sudut.. Ada.budak lambat dlm akedemik tapi bijak dlm benda lain.. Peranan ibu bapa adalah utk kenalpasti minat dan kecenderungan anak dan bagi mereka dorongan..

    ReplyDelete
  5. TQ sudi share..
    Perkongsian yg menarik.. :)

    ReplyDelete