Cara atau adab mengejutkan anak yang tidur, tidak kira anak yang masih bayi, kanak-kanak, remaja atau dewasa.
1) Beri salam kepada anak yang sedang tidur.
2) Sentuh hujung ibu jari kakinya yang sedang tidur.
3) Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.
4) Kalau masih belum sedar, Kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.
5) Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.
6) Kejutkannya sambil memujinya contoh : Bangun sayang, anak umi yang baik, anak ibu yang soleh, anak ibu yang rajin.
7) Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar ia mandi, solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijik pandai.
8) InsyaALLAH, anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang.
Cara ini juga boleh dilakukan kepada suami isteri tersayang atau sesiapa saja ... :)
Lenanya Qalesya titon... Mimpi indah tue....
Aiippp mulut tu tutup sikit dik... ^_~
Note : Jagailah Kedua IbuBapa mu..Nescaya anak-anakmu akan menjagai kamu -Sayidina Ali
sue pon selaloo kejut syawal ngan izz gitoo..kalo si syawal tu abah dier kejut, liat je nak bangun..nak ibu dier gak kejut dier..kikikiki...
ReplyDeletethanks for sharing
ReplyDeleteohh nak kejutkan anak pun ada adab..bab beri salam tu ok,pastu mmg terus up suara klu tak bgun bila ckp slow2.haha pasni kena cuba this..:)
ReplyDeleteala.. comeinyaaa
ReplyDelete