Tuesday, April 26, 2011

Selamat Hari Lahir ^_~





Ehhh 26 April ler... apa yang menarik ye dengan tarikh nie... memang tarikh ni takkan aku lupakan sampai bila-bila.. Pada tarikh ini, 4 tahun yang lepas di hospital sungai buloh maka lahirlah seorang bayi comelll... seriously memang comel... dan masa kali pertama aku jumpa. tuhan je yang tahu macam mana aku rasa nak mengalirkan airmata terus... masa tu hatiku berbelah bagi samada nak ambil ke tak tapi hati aku nekad kata nak ambik juga, tak sanggup aku nak biarkan dia macam tu.. atas nasihat semua dan yang paling penting mak dan aku bawa balik ke teluk intan.. bayangkan time tu aku sendiri drive bersama baby tue.. alhamdulillah semuanya seperti yang diharapkan.. baby tu pun tak menangis.. sepanjang jalan lena di ulit mimpi2 indah...

Sekarang umur dia genap 4 tahun. Dah sekolah dah pun.. Selamat Hari Lahir Puteri Nurjannah.. Moga Jannah jadi anak yang solehah di dunia dan akhirat.. cerdik dan pandai dan semoga satu hari nanti leh jadi doktor mata seperti apa yang nana selalu cakapkan. semoga tabah jua menghadapi hari-hari yang mendatang dan Allah swt melindungi nana. kami semua sayang kat nana.. Biarlah orang nak kata apa.. biarlah pandangan orang cam ne... yang pasti ingat Allah sentiasa bersama-sama hambanya.


gambar ni masa celebrate besday dia yang ke3.. dan kali ni dia request nak buat kat tadika with all her friend.

p/s : pada kawan-kawan semua doakan Puteri Nurjannah yer.. sebab dia anak yang baik dan hati dia terlalu sensitif .... moga dia tabah kerana perjalanan yang di lalui masih jauh.. kalo korang nak tau kenapa aku kata cam tu klik lah kat SINI


Wednesday, April 13, 2011

Qalesya - 15 Month's


Hati sangat gembira .. Today 13.04.2011.. Qalesya dah masuk 15 bulan.. happy birthday sayang.. Anak ibu makin membesar... Alhamdulillah ku bersyukur kepadaMU ya Allah kerana memberikan anakku peluang untuk bernafas dan menikmati segala keindahan ciptaanMU. Semoga Qalesya menjadi anak yang baik dan solehah serta di berikan kesihatan yang baik.

We love you girl.... muahhhh




Yayang Sayang Mak.

Tetiba aku teringatkan mak kat kampung. Sedih pula bila tengok gambar mak. sambil tengok tu dengar pula lagu secret garden.. lagilah bertambah sedih dah nak menitis airmata ini.. Walaupun aku setiap hari called mak.. bertnyakan itu dan ini tapi bila fikir-fikir balik sudah cukupkah aku untuk membalas jasa dia sepanjang dia membesarkan kita? sekarang aku sudah melalui fasa yang sama seperti mak.. aku pun dah jadi ibu.. betapa susahnya mengandung 9 bulan 10 hari.. di sepanjang waktu itu jangankan seminit walau sesaat pun diusung perut tue ke hulu ke hilir.. tak pernah pun merungut berat lah, badan dah naik la, perut pula ke depan, penat lelah sepanjang mengandung. bukan senang nak melaluinya. bila sudah cukup 9 bulan tiba masa pula untuk melahirkan. sakitnya hanya allah sahaja yang tahu. serius sakit sangat-sangat. sebab aku dah melaluinya. sakitnya tak dapat nak di luahkan dengan kata-kata. sebab tu syurga tu terletak di bawah tapak kaki ibu. tak akan dapat kita balas jasa dia sepanjang hidup kita. walaupun kita bagi mereka harta benda yang banyak, wang ringgit yang bertimbun pun tak mungkin dapat membalas jasa mereka. Mereka ini golongan yang mulia. Sebab itulah Allah mengangkat martabat wanita begitu tinggi di sisiNYa. Aku bukanlah di lahirkan di kalangan orang yang berada di mana punya segalanya harta benda, wang ringgit jauh sekali pangkat yang besar. Tapi alhamdulillah walaupun bukan di kelilingi dengan kemewahan tapi cukup membahgiakan. Aku selalu melihat mak menangis, kadang-kadang fikirkan takdir. kenapa dan mengapa itulah persoalan yang selalu mak utarakan. bukan mak tak suka takdirnya sekarang tapi perangai orang sekeliling yang menyebabkan mak kadang-kadang selalu berjauh hati, sedih dan rasa rendah diri.. Aku juga bukan seorang anak yang mendengar kata.. banyak juga perkara atau hal yang aku bantahkan. tapi selalunya akulah tempat mak selalu meluahkan segalanya. mungkin kerana aku rapat dengan mak dan aku jua anak perempuan yang sulung. Apa yang aku boleh buat..!! aku hanya boleh menjadi pendengar yang setia. kadang-kadang bila bersembang dengan mak... mak akan kata dia berjauh hati dengan anak-anak.. sedih tengok anak-anak tak bersefahaman di antara satu sama lain. kadang-kadang anak terlalu mementingkan diri sendiri, cakap meninggi suara dan macam-macam lagi.. mak bagitau aku 7 orang anak 7 ragamnya. setiap kali airmata mak menitis bukan aku tak rasa sedih.. hati ni sedih sangat tapi kadang-kadang aku pun tak lepas dari buat salah... hati aku tak ada niat nak melukakan tapi hati mak kan kadang- kadang tak semua yang kita buat tu betul untuk dia. baik yang kita rasakan untuk kita tapi bukan bagi dia.

Bila aku duduk sorang-sorang dan fikir pasal mak. Macam-macam yang aku rasa.. Terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan terhadap mak.. Dan banyak juga airmata yang telah mak jatuhkan semata-mata kerana seorang anak.. Terus terang aku katakan sampai bila-bila pun aku takkan mampu membalas jasa mak. Tapi akan aku cuba yang terbaik untuk mengembirakan hati mak. Buat kawan-kawan semua hargai mak sebelum terlambat. Jangan kita sakitkan hati mereka.. Terlalu banyak perngorbanan mereka terhadap kita. Ingatan itu untuk diri ini juga.. ^_~

Buat mak, yayang sayang sangat dekat mak.. Sangat-sangat sayang. semoga mak diberikan kesihatan yang baik...

Sepetang Di Pantai Remis, Jeram

Pantai Remis..!!! sebelum ni yang aku tau pantai remis kat perak je.. rupanya kat jeram pun ada juga ye nama tempat pantai remis... Walhal aku selalu je lalu lalang jalan tu nak pergi balik my hometown... mana lagi kalau bukan Teluk Intan ku tercinta...

Oklah last weekend, hubby ajak pergi pantai remis saja je bawa si kecik tu berjalan-jalan. iyalah weekday dah sah-sah ibu dengan daddy kerja kan.. kesian Qalesya kan.. time macam ni lah boleh bawa Qalesya pergi jalan-jalan. Dari rumah kami ke pantai remis tue tak ada lah jauh mana pun.. kalau tak silap aku dalam setengah jam macam tu lah.. Bagi aku pantainya tak sesuai untuk mandi... tapi tempat tu ramai budak-budak main layang-layang. Seronok tengok.. ada juga yang memancing.. hubby sukalah sebab itu hobi terbaru dia sekarang nie... tapi aku le pula tak suka dengan hobi dia tu.. bukannya apa dahlah everyday keje.. kalau sesekali cuti dia pergi memancing.. Kesian Qalesya hehe kesian dekat aku juga sebab tak ada masa untuk kami.. hehe tetiba merepak pasal mancing lak.. k lah sambung pasal pantai remis tadi. Terdapat juga kedai-kedai yang menjual makanan, pakaian dan alatan-alatan lain.. di sepanjang pinggir laut juga ada jugak kedai-kedai makanan seafood.

Oklah kita layan gambar je lah.. tak banyak pun gambar yang di snap.. tapi ada lah sikit... layan jom...







Tuesday, April 12, 2011

Keistimewaan Perempuan


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab beliau, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahim nya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan bagi nya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapus kan dari nya 1000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatat kan bagi nya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahir kan anak, keluar lah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibu nya melahirkan nya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susu nya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anak nya yang sakit, maka Allah memberi nya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barang siapa yang menggembira kan anak perempuan nya, darjat nya seumpama orang yang sentiasa menangis karena takutkan Allah dan orang yang takut kan Allah, akan diharam kan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barang siapa membawa hadiah, (baik makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarga nya, maka pahala nya seperti bersedekah. Hendak lah mendahulu kan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyuka kan anak perempuan seolah-olah dia memerdeka kan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suami nya dalam urusan agama, maka Allah memasuk kan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suami nya (10,000 tahun).

10. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

11. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatan nya serta taat akan suami nya, masuk lah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapa kah yang leb
ih besar hak nya terhadap wanita? Jawab rasulullah, "Suami nya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibu nya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapa mu, maka jawab lah panggilan ibu mu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suami nya, semua ikan- ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar bagi nya selama mana dia taat kepada suami nya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suami
nya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak
dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anak nya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang bagi nya dari api neraka.

Bersyukurlah seadanya

Dalam kita melangkah, terkadang kita di uji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk
dan menangis.. peritnya begitu terasa sekali..
Tetapi ketahuilah dan renungilah kembali dalam diri kita kerana mungkin airmata ketika itu hadir kerana DIA mahu kita jahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang telah tersasar dari keikhlasan.

Usah kita ragu untuk menginsafkan kembali apa yang kita miliki kerana yang sebenarnya kita tidak memiliki apa-apa pun, semuanya adalah milik ALLAH swt termasuklah diri kita ini sendiri.

Aggaplah setiap rintangan dan juga ujian yang datang dalam kehidupan kita ini merupakan tanda bahawa ALLAH swt sayangkan kita dan ambillah segala dugaan itu sebagai pengajaran.

:: BERSYUKURLAH KITA SEADANYA ::


Monday, April 11, 2011

TriloGi CinTa.



Trilogi cinta..!!! laaaaa baru semangat nak layan kat TV1 semalam.. alih-alih semalamlah episod last cerita tu rupanya.. nampak gayanya memang kena layan kat youtube je lah..
klik SINI yer .. Layan dari episod 1 lagi .. selain youtube kat channel TV1 pun boleh gak.. klik SINI yer.. macam yang aku buat sekarang ni lah :))



Drama ni diadaptasikan dari 3 buah novel Sharifah Abu Salem yang sememangnya the bestlah.. dari novel Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian Dan Tiada Lagi Mimpi. Novel-novel aku pernah baca masa zaman-zaman aku belajar dulu.. Sekarang ni dah di jadikan drama pula.. Cerita yang banyak bermain dengan emosi.. itulah realiti kehidupan kita sebenarnya.. banyak pengajaran dan tauladan dalam jalan cerita nie...Nantilah bila dah abis tengok semua episod leh la komen yer... sekarang ni nak komen pun tak best lagi.. sebab tengok sikit-sikit..

Pada kawan-kawan yang memang mengikuti cerita ni boleh lah tinggalkan komen.. nak tau gak komen dari yang lain-lain.. :))


Wednesday, April 6, 2011

Hanya Dia






Slide show ni ibu nak dedikasikan buat anak kesayangan ibu " Qaseh Nurhani Qalesya " ... Nanti kalau Qalesya dah besar tengok video ni ibu nak Qalesya tahu yang Sayang ibu dengan Qalesya tak akan berkurang sampai bila-bila pun. Moga Qalesya menjadi anak yang solehah di dunia dan akhirat... Jadi anak yang pintar dan cerdik. Ibu & Daddy really luv u gurl...

Tuesday, April 5, 2011

Kehidupan kita hari ini.

Assalammualaikum wbt....


Lama dah tak menulis di sinikan... Actually banyak perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini.. but dont have enough time to spent here... Apa yang aku rasa sekarang sememangnya tak dapat diluahkan oleh perkataan tak dapat dirungkaikan oleh kata-kata..terlalu banyak dan menyesakkan dada... Tapi aku tahu di sebalik semuanya ini pasti ada ganjaran yang ALLAH akan berikan kepadaku.. Ya Allah semoga aku menjadi insan yang tabah untuk mengharungi segala ujian dan dugaan di dunia pinjaman olehMU kepadaku.

Tak semua yang kita harapkan akan kita dapat... yes..!!! itu sudah semestinya dan aku tahu sudah tentunya semua orang tahu.. tapi kita as human being kadang-kadang hanya pandai mencari kesalahan dan kesilapan orang lain.. kesilapan sendiri..!!! apa kita tahu.. kadang-kadang apa yang kita fikir baik tak semestinya baik juga difikirkan oleh orang lain... thats i'm rite? kita rasa kita dah buat sebetul dan sebaik boleh kepada semua..tapi kenapa di mata orang lain tetap rasa salah..? makanya tepuk dada tanyalah iman kita sendiri.. bagi aku apa yang penting apa jua yang kita buat biarlah di redhai ALLAH dan kedua ibu bapa kita..

Hidup di dunia ini hanyalah pinjaman.. bila-bila masa yang berhak akan mengambilnya dari kita... kalau tak hari ini, mungkin esok.. kalau tak esok pun mungkin minggu depan, tahun depan.. or another 20 years lagi ke.. mana kita tahukan... Semoga kita di tempatkan di kalangan orang-orang beriman..( Amiinnn )... berbicara pasal kehidupan... iya...!! memang banyak sungguh onak dan duri.. ada kemanisan, ada kedukaan ada bermacam-macam jenis perasaan yang kita rasakan... tapi apakah setiap rasa itu kita ungkapkan perkataan SYUKUR.. !!! aku tahu kalau sesuatu yang baik mungkinlah ada rasa syukur @ alhamdulillah kita ucapkan... kadang-kadang kita lupa juga kan... bila dah rasa seronok sangat lupa ALLAH.. tapi kenapa bila hati tak keruan, masalah bertimpa-timpa.. kenapa baru time itu kita nak ingatkan ALLAH..?? Adil ke kta rasa bagi ALLAH untuk terimanya... So buat ingatan pada semua termasuklah pada diriku ini sendiri... tak kira di mana kita berada.. sejauh mana kehebatan kita, pangkat kita, kemewahan kita... ingatlah ALLAH kerana dia maha mengetahui segala-galanya... mungkn satu hari nanti semua itu akan di tarik balik dengan sekelip mata kan... siapa yang tahu kan... ^_~