Monday, June 24, 2013
Taubat Dan Doa - DR Asri Zainal Abidin
Ketika jiwa merasa sesal & kecewa ... Mengenangkan dosa-dosa yang dilakukan ... Ketika harapan dirasakan tiada lagi ...
Islam tidak pernah meletakkan perantaraan antara manusia dengan tuhan.. bila2 masa sahaja insan itu.. dimana saja dia berada .. bangsa apa dia keturunan dia, siapa mak bapa dia, siapa saja datuk nenek dia jika dia ingin berhubung dengan allah atau kembali kepada allah .. maka tidak pernah ada halangan.
Surah azzumar ayat 53
Beritahu kepada hamba2ku, katakanlah wahai hamba-hamba allah..yang mana mereka itu kecewa terhadap diri mereka (dosa dia banyak, dia frust) .. dia rasa, dia jumpa orang, orang akan kata" ohh kau ni tuhan tak ampun dosa orang macam kau ni" .. jumpa pula orang ni kata " tuhan tak ampun kau ni .." .. Allah kata " Beritahu hamba-hambaku yang mereka itu telah kecewa terhadap diri mereka ... Jangan mereka putus asa dengan rahmat allah, jangan mereka kecewa dengan rahmat allah...Allah mengampunkan segala dosa... Nabi kata " Siapa yang menyatakan lingkuplah orang ramai, jahanamlah puak-puak ini , semuanya kaki dosa , jahanam dia.. Nabi kata " Dialah orang yang paling binasa, sebab dia tidak memberikan nilai rahmat allah kepada orang .. "
Ketika diri tiada tempat untuk meluah .. melepaskan segala resah di jiwa ..
Nabi kata " Siapa menutup aib orang muslim Allah tutup aib dia dunia dan akhirat " ... termasuk muslim itu diri dia sendiri .. Orang datang kepada nabi. Ma'iz bin Malik datang kepada nabi, dia berzina "aku berzina wahai Rasulullah, bersihkan aku" .. Nabi tak tengok dia nabi pusing.. Nabi bagi isyarat, Ma'iz pergilah tapi Ma'iz kata juga " aku zina wahai rasulullah, bersihkan aku " Ma'iz terus ... Rasulullah cuba bagi pengecualian kepada dia .. Rasullullah kata " boleh jadi kau cium Ma'iz " .. Boleh jadi kau raba-raba ... " Aku berzina Ya Rasulullah, takkan kau tak tahu aku berzina " ... tapi dia terus, dan bila dia terus, dia nak hukuman, maka hukuman dijalankan ... Islam suruh tutup (keaiban diri), islam suruh manusia baiki diri dia, bila-bila masa sahaja.. Islam tak suruh dia pergi buat pengakuan untuk ceritakan keaiban dia .. Dia istighfar kepada tuhan , dia balik kepada tuhan, dia minta ampun kepada Allah .. Pintu keampunan Allah, Allah buka pintu keampunan pada waktu siang untuk dia mengampun orang yang buat dosa pada waktu malam..Dan dia buka pintu keampunan pada waktu malam untuk dia mengampun orang yang buat dosa pada waktu siang ...
Usah berputus asa dengan Rahmat Tuhan .. Teruskan perbaiki diri ..
Islam seluas-luas pintu, di dalam ajaran islam, adalah pintu taubat. Allah menyatakan : " wahai hambaku, jika dosamu itu sampai ke langit, banyaknya daripada bumi hingga ke langit ... kemudian engkau beristighfar, engkau pohon keampunan daripadaku... Aku ampunkan engkau aku tidak peduli.. " Hambaku itu tahu dia ada Tuhan yang boleh ampun dosanya dan boleh bertindak padanya ... Aku ampun dia " Kata Allah. Kemudian dia duduk beberapa lama, dia betul-betul taubat, bukan main-main... macam mana dia (boleh) tergelincir lagi.. selepas tergelincir, hadith qudsi ini kata... " Hamba Allah ini berkata : Wahai Tuhan, aku telah buat dosa lagi, ampunlah aku .. Allah kata dalam hadith itu : " Hambaku itu tahu bahawasanya baginya Tuhan yang boleh mengampunkan dosa dan mengambil tindakan pada dosa dia, Aku ampunkan dia .. Selagi mana dia ikhlas, dia tidak berniat pun nak tipu, dia memang nak taubat betul-betul.. dia tergelincir ... Tuhan kata : Sesungguhnya hambaku itu bukan apa, dia tahu baginya Tuhan yang mengampunkan dosa...
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang ...
Apabila orang nak balik kepada tuhan .. Tuhan tak pernah tanya .. bapa kau siapa, mak kau siapa, datuk kau siapa... takk...!! Abu jahal perang nabi, memerangi Nabi, anaknya Ikrimah masuk islam.. Sahabat nabi dan terbilang sebagai orang yang dekat dengan Nabi . Manusia yang tampil menentang Nabi, Lagi tuhan terima taubatnya .. Inikan pula manusia Jalanan. .. Walaupun kita kata benda itu tidak baik dia berzina, dia minum arak tapi kalau dia nak balik kepada islam tidak pernah ada halangan antara dia dengan tuhan, sama sekali tidak ada..
Hanya kepadaNYA kita sembah ... Hanya kepadaNYA kita memohon
" Kamu doalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin kamu akan diterima "
" Ketahuilah Allah tidak akan menerima doa daripada hati yang lalai dan alpa" ... dia tidak terima.
Al Baqarah Ayat 186
Bila hamba-hambaku bertanya engkau wahai Muhammad tentangku, maka sesungguhnya aku dekat .. Aku menyahut doa orang yang berdoa kepadaku hendaklah mereka menyahut seruanku dan beriman kepadaku... mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk ... Semua doa menjelma, melainkan hamba itu tidak berdoa bersungguh-sungguh
Kita seringkali terlupa bahawa Allah lebih tahu apa yang kita perlukan...
Cuma apabila Allah memperkenankan sesuatu hajat, ia memperkenankan dalam berbagai rupa .. Manusia kadang-kadang dia minta (saya selalu sebut) Kadang-kadang kita minta wang.. sebenarnya dia bukan nak wang, dia nakkan kebahagian tapi dia sangka, dengan adanya wang, ada kebahagian..Allah kadang-kadang tak bagi wang sebanyak yang dia harap tapi Allah beri kebahagian kepada dia .. Dia minta isteri cantik, dia berkenan dengan seseorang itu.. Allah tahu mungkin tidak baik untuk dia, Allah beri juga isteri kepada dia tapi dia kata bukan yang aku doa hati itu.. tapi yang Allah beri itu lebih baik untuk kehidupan dia, lebih baik untuk kebahagian rumah tangga dia.. lebih baik untuk dia meneruskan perjalanan hidup, namun, Allah menghampakan hamba, tidak sama sekali.. Tapi dia sangka yang aku minta itu tidak sampai-sampai lagi.. Tak... sebahagian besar hajat kau telah kau kecapi nikmat itu..
Teruskan mengharap dengan Tuhanmu....
Manusia berhubung terus dengan Tuhan.. Dia minta iblis minta supaya dipanjangkan hayatnya sampai kiamat, Tuhan perkenan doa iblis itu, padahal derhaka betul iblis itu... Takkan hamba dia yang sembahyang minta dia tak bagi, tentu dia bagi .. Hatta manusia islam, dia naik kereta, dia tengok satu orang susah di tepi jalan, dia kata : Ya Allah, kasihanlah dengan sahabat kita yang susah ini, hambamu yang susah ini, berilah rezeki kepadanya.. Kita kasihan tengok dia naik motor, kita naik kereta, hujan .. Nabi kata : Tiada hamba Allah yang doa dalam keadaan saudara dia itu tidak tahu ... melainkan Allah hantar malaikat-malaikat, untuk kau pun macam itulah juga.. Maksudnya engkau minta yang baik untuk dia, untuk engkau pun macam itulah juga...
Yakinlah dengan Tuhanmu dan bersyukurlah wahai diri..
Ajaib hidup ini dengan doa, ajaib..ajaib tuan-tuan kalau fikir kereta doa kita doa .. entah berapa banyak dalam kehidupan kita daripada satu kesusahan kepada kesusahan yang telah kita keluar pada hari kita berada dalam kesusahan itu dan kita berdoa, kita sangka macam kita tidak boleh keluar, pada hari ini kita dapati, berapa banyak kesudahan telah kita rentasi dan kitapun telah melupai sebahagian besar daripada doa yang kita sebut
Selagi nyawa dikandung badan.. Peluang untuk kembali kepada Tuhan.. Tidak pernah tertutup
Muslim... nak taubat kepada tuhan tak perlu isytihar diri, nak minta kepada Tuhan juga, tak perlu perantaraan.. Manakah agama yang lebih memberikan ruang untuk manusia balik kepada Tuhan lebih daripada apa yang diberikan oleh islam.
Wednesday, June 19, 2013
Subhanaallah... ^_~
Subhanaallah ...
Sangat-sangat cantik pokok nie... ^_~
Tak tahu le pokok apa ne... hihi
** AUTOPUBLISH **
** AUTOPUBLISH **
Tuesday, June 18, 2013
Bersyukurlah...
Jangan cemburu melihat kehidupan orang lain. Kerana kita tidak tahu apa kesengsaraan yang telah dia lalui di masa lalu untuk mendapatkan apa yang dia miliki hari ini..
Jangan kerana kita tidak memiliki apa yang kita hajati. Kita terus melupakan beberapa nikmatNYA yang telah kita miliki. Kerana apa yang kita miliki saat ini masih jadi impian insan lain..
Dengan bersyukur hidup lebih berkat...
Jangan kerana kita tidak memiliki apa yang kita hajati. Kita terus melupakan beberapa nikmatNYA yang telah kita miliki. Kerana apa yang kita miliki saat ini masih jadi impian insan lain..
Dengan bersyukur hidup lebih berkat...
Friday, June 14, 2013
M+A+L+A+S .... !!!!!!!
Salam jumaat semua... Kejap je dah jumaat balik hehehe... Sekarang ni masa betul-betul cepat sangat berlalukan... Ya Allah malasnya sekarang nie... Apa pun tak jadi... tak pernah rasanya buat perangai gini hehe...Satu kerja rumah pun tak buat... Nak basuh kain Malas, nak sapu sampah Malas, masak pun malas... Dulu kalau rumah berselerak punyalah rimas hehe tapi sekarang ni hehehe terpaksa le Daddy Qalesya yang buat semua benda tue.. Semalam kesian kat Daddy dah la letih balik kerja lepas tu dia ada football game kat tempat kerja dia.. balik rumah kena mandikan Qalesya, Basuh kain, masak untuk dinner kami malam tadi... Ibu lak asyik tidur jer... Ya Allah tak tahu le kenapa sekarang ni asyik nak tidur jer... Doa sangat moga ini semua akan berakhir tak lama lagi... Lenguh juga badan kalau asyik tidur jer... Muntah jangan cakap le... Masuk je pa pe keluarlah balik... Fuhhhh kali ini memang dugaan betul ... Nak buat cam ne kan ... bukannya kita saje je suka-suka nak buat perangai gini... HEhehehe
Bukan setakat tuan badan je malas HP ku ni pun dah biol ... tukar hormon juga ke apa hehe ..tak tahu le kenapa dari last week lagi dia buat hal.. Kene virus ke apa ntah ... Maaple pada yg wassap/msg/ call bagai tue.. Mesti nak minta baru nie... Heheheada sesiapa tak yg baik hati nk adiahkan saya HP baru tak hihi :)
Bukan setakat tuan badan je malas HP ku ni pun dah biol ... tukar hormon juga ke apa hehe ..tak tahu le kenapa dari last week lagi dia buat hal.. Kene virus ke apa ntah ... Maaple pada yg wassap/msg/ call bagai tue.. Mesti nak minta baru nie... Hehehe
Wednesday, June 12, 2013
Rindunya Masa nie.. ^_~
Dah tak tahu nak update apa entah.. So kita tepek gambar anak je lah... Hehehe dah up satu entry kan... Tapi seriously memang rindu sangat moment nie... Suka tengok Qalesya tidur... Tenang hati ibu.... Ibu sayang KAK LONG ... ^_~
Tuesday, June 11, 2013
4 Hal Sebelum Tidur ... ^_~
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :
1. Sebelum khatam al-Quran
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat
3. Sebelum para muslimin meridhai engkau
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah “
Bertanya siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “
Rasul tersenyum dan bersabda :
1. “Jika engkau akan tidur , membacalah surat al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrohmaan irrohiim,
‘Qulhuallaahu ahad’ Allaahushshamad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “
2. "Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “
“ Bismillaahirrahmaan irrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa Muhammad wa’alaa aalii Muhammad ( 3x ) “
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih (3x)
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaan irrahiim, Subhanallaahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallaahu allaahu akbar ( 3x )
( Tafsir Haqqi)
Wallahu a’lam bishawwab.
Monday, June 10, 2013
Selamat Hari LAhir MAK... ^_~
Hari ni 10.06.2013 genap umur mak 57 Tahun... Selamat Hari Lahir MAK....
Ya Allah!… kau ampunkan segala dosa-dosa ibuku… panjangkanlah umurnya, murahkanlah rezekinya…Sihatkanlah tubuh badannya…Kabulkanlah segala keinginannya…Jauhkanlah dia dari segala kesusahan di dunia dan di akhirat….berikanlah dia segala kebahagian dan kegembiraan sepanjang sisa hidupnya…
Ya Allah!.. Syurgalah hendaknya buat ibu ku yang sangat ku kasihi!!…..Amin!!
Tak tahu nak tulis tajuk apa ntah... :)
Sebenarnya ada sebab kenapa sejak 2 menjak mood nak berblog ni kelaut... Hehe patutnya entry ni hari jumaat lepas lagi nak publish tapi disebabkan faktor kesihatan kita postpone hari nie yer...
Alhamdulillah akhirnya Qalesya akan jadi kakak tak lama lagi... Tapi tahun depan le baru dia dapat tittle tue... Dialah yang paling excited bila dapat tahu ada baby dalam perut ibu... Hari-hari nak kiss baby... sembang-sembang dengan baby ... ada talent jadi kakak yang sangat-sangat penyayang nie... :)
Tapi tu lah dugaan mengandung kali ini memang lebih teruk dari masa Qalesya sebelum nie.. Apa pun moga ibu kuat dan baby dalam ni pun sehat ye... ^_~
Tuesday, June 4, 2013
Walaweiiii .... Apa sudah jadi nie.... ^_~
Aduhaiii asal ngadap pc nie nak update blog je mood terus ke laut... Padahal story tu banyak nak cerita nie Hehehe ... Jari dah kat keyboard ni tapi tak bergerak-gerak langsung... Acaner tue...Ke laut betul le mood nak menaip nie... Cam ne le nak seru mood nak menaip nie... Walaweiiiii apa sudah jadi nie... Letih le cam nie.... Laut mana le agaknya mood tu pergi yerk... Yang susah sangat nak tangkap suruh balik... Huhuhu
Tak pe lah nasib baik mood nak menjenguk sahabat blogger semua tak ke laut.... HEhehe