Monday, February 18, 2013

Cara Mengurangkan Marah Pada Anak Kecil

CARA MENGURANGKAN MARAH PADA ANAK KECIL 



Memang tidak mudah mendidik anak-anak. Tambahan pula, sikap anak kecil yang susah mendengar kata, menyebabkan ibu-bapa hilang kesabaran, naik darah. geram dan sebagainya. Meninggikan suara dengan muka yang bengis menjadi pilihan ibu bapa. Namun tahukah anda sikap ini menjejaskan perkembangan emosi dan mental anak-anak anda.

Tentunya anda tidak mahu anak anda membesar dengan emosi terganggu. Pernahkah anda terfikir, bagaimana anak anda pula memarahi anda apabila mereka besar nanti. Jangan salahkan mereka, kerana andalah yang mengajar mereka. Andalah yang menjadikan emosi mereka mudah terganggu dan menjadi seorang pemarah.

Sebenarnya memori anak anda semasa kecil amat kuat. Disinilah mereka mengingati dan belajar daripada apa yang mereka lihat dan dengar. Pada ketika inilah mereka mencuba sesuatu yang baru. Pada ketika inilah mereka membentuk jati diri mereka. Oleh itu anda perlu menunjukkan nilai-nilai murni yang akan membentuk sikap positif dalam diri mereka.

Tips mendidik anak yang dapat membantu anda mengurangkan marah kepada anak kecil anda :

1. Sebelum memarahi anak anda. Fikirkan dulu. Adakah anda suka dimarahi sebegitu oleh emak anda atau orang lain. Adakah anda mahukan anak anda memarahi anda pula seperti itu suatu hari nanti. Bagaimana perasaan anda jika dimarahi sebegitu pula. Apa jua salah anda, saya pasti anda tidak suka dimarahi sebegitu.

2. Lebih banyak memberi kesedaran pada anak anda daripada memarahi. Ia memang tidak mudah. Namun ia sangat membantu mereka berubah. Anak anda sebenarnya dalam proses pembelajaran. Fikirkanlah cara lain membuat anak anda lebih memahami daripada asyik memarahi mereka.

3. Fahami, anda bukan melahirkan seorang robot yang mengikut apa sahaja arahan anda. Anda melahirkan seorang manusia yang mempunyai emosi dan keinginan. Cuba fahami emosi dan keinginan mereka. Cuba bawakan keinginan mereka pada sesuatu yang anda mahukan.

4. Didik diri anda sendiri untuk menunjukkan rasa sayang pada anak kecil melalui suara, muka dan tindakan. Anda perlu tunjukkan, barulah mereka mengetahui anda menyayangi mereka. Tidak guna jika perasaan sayang hanya di dalam hati sahaja. Tiada gunanya.

5. Elakkan mengeluarkan kata-kata negatif pada anak anda. Elakkan dari mengutuk atau menjatuhkan maruah anak anda didepan orang lain. Adakah anda suka dikutuk di depan orang lain. Begitu juga dengan anak anda. Tiada siapa yang suka dikutuk di depan orang lain walaupun mereka masih kecil.

6. Anda perlu memandu anak anda semasa menonton TV. Anda perlu memberitahu mereka perkara yang salah dan betul di dalam TV. Tahukah anda, anak-anak anda mudah mengikut apa yang mereka lihat. TV banyak membentuk keinginan dalam diri anak anda. Dan mereka suka mencuba apa yang mereka lihat di kaca TV.

7. Banyakkan membaca Al-quran. Ayat al Quran mampu melembutkan hati anak-anak anda. Manjadikan mereka lebih mudah mendengar kata. Tahukah anda, hiburan di kaca TV atau radio banyak menyebabkan hati anak-anak menjadi lebih keras dan sukar mendengar kata.

Salah satu tanggungjawab yang sering diabaikan oleh ibu-bapa ialah memenuhi keperluan emosi anak-anak. Keperluan ini sangat penting membentuk jati diri anak anda. Belajarlah mula menghargai anak anda. InsyaAllah mereka akan mula menghargai anda. Kerana mereka belajar dari anda.

Mereka juga seperti anda, melalui zaman bayi, melalui zaman kanak-kanak, melalui zaman remaja dan akan melalui zaman dewasa seperti anda. Fikirkanlah.





15 comments:

  1. banyak pengajaran ni ..terime kasih laa liya bagi info ni, memang bergune sangat sangat untuk besarkan anak dare kite yg sorang tu .. :D

    ReplyDelete
  2. mendidik anak2 memang kena banyak sabar kan~ tapi kadang2 zura nih kureng sabar.. hehehe

    ReplyDelete
  3. gud info ni liya... kdg2 mmg terlepas gak marah tp xlah selalu sbb mmg takut emosi anak akan terganggu jika kerap di marahi...

    ReplyDelete
  4. tips no 7 tu memang menjadi. dah tengok jasa

    ReplyDelete
  5. anak2 mmg kadang2 buat kita hilang sabar..tp sebagai ibu kena la kawal kemarahan tu.tp kadang2 tak dpt control gak.huhu

    ReplyDelete
  6. menjd seorg ibu mmg penuh cabran...tektik menjdi ibu berjaya kna pelajari awal2x..hihihi ^^

    ReplyDelete
  7. anda di tag

    http://iyraacariyno.blogspot.com/2013/01/segmen-who-is-lucky-one-by-hanna-kk.html

    ReplyDelete
  8. Nice sharing Leeya..
    kena belajar2 juga mengawal marah ni pd anak..:)

    ReplyDelete
  9. salam,

    pernah baca katanya selagi kita tidak penyabar selagi itulah Allah bagi kita anak supaya kita mampu mendidik diri kita menjadi sabar..

    betullah kot...hehe

    ReplyDelete
  10. terima kasih atas perkongsian ini.
    sgt berguna dlm mendidik anak yg semakin membesar ni.

    ReplyDelete
  11. insaf akakni ha.. selalu marah kat anak tanpa sebab... walaupun der sebab tapi sebenarnya tanpa sebab ... alahai tolong...

    ReplyDelete