Friday, February 22, 2013

Perginya Takkan Kembali .. :(

Bismillahirrahmanirrahim...

Sandakan, 16 Feb 2013, 12.30 tengah hari.. Jalan Pitas, Sapi Nangoh..dari Pamol menuju ke Sandakan..Telah berlaku satu kemalangan yang teruk .. Tayar kereta pacuan 4 roda meletup menyebabkan kenderaan terbalik dan berpusing beberapa kali. 3 beranak tercampak keluar dari kenderaan. Ibu dan bapa masih kritikal. Anak perempuan berusia 1 tahun 4 Bulan Alhamdulillah selamat.. Cuma kecederaan kecil dan calar-calar di muka..Si ibu patah seluruh anggota badan termasuk tulang pernafasan. Si bapa mungkin mengalami pendarahan dalam kepala.. Kedua-duanya orang Kedah.. Si isteri bertugas sebagai Guru di Sandakan manakala Suami Penolong Pengurus Ladang di Pamol...





Itulah dia antara petikan liya dapat dari seorang teman. Ya Allah terdiam liya bila dapat berita tentang kemalangan yang terjadi kepada sahabat liya ini.. Ibu kepada anak perempuan itu adalah Sahabat liya semasa di sekolah dulu..Sahabat semasa liya belajar di Sekolah Menengah Teknik Seri Manjung (STESMA) 15 tahun yang lepas.. Ya Allah beratnya dugaan yang mereka tanggung.. Sebak hati ni sebanarnya nak bercerita. Sesiapa sahaja yang mendengar cerita mengenai kemalangan mereka pastinya akan menitik air mata..

16 Februari 2013

Nurul Alyani & Suami serta anak mereka Nurul Iman - Kemalangan di Jalan pitas. Mereka dari Pamol menuju ke Sandakan.

17 Februari 2013

Liya baru dapat berita melalui seorang sahabat baik liya yang memaklumkan Nurul Alyani mengalami  Kemalangan di Sandakan.

"salam...kepada semua yg mengenali Nurul Alyani dan suami,,sama2 kita berdoa agar dia kuat untuk menempuh segala dugaan yg ditanggungnye..terlalu berat u sy bygkan keadaannye..dia skrg brd di icu hospital duchess of kent Sandakan..keadaan beliau dan suami sgt kritikal...anak beliau nurul iamn Alhamdulillah..cm luka2 dimuka shj...dia kemalangan jalan raya di jalan pitas menuju ke pamol kelmarin sabtu pd jam lbh kurang 12 tgh hari...terlalu berat ujian dia..hanya kuasa Allah yg mampu mengubah segala2nya...Ya Allah kau kuat kan semangat ku untuk menolong selagi termampu kawan ku ini ya Allah..." - Elly Halimah Bed

Salam kepada semua sahabat ExStesma Manjung yang mengenali nurul Nurul Alyani...doakan yani dan suami selamat kerana mendapat berita dari ayah yani yg yani dan suami di icu hospital sabah akibat kemalangan. - Rafizah Zaidi

Selepas tersebarnya berita tentang kejadian tu FB NURUL ALYANI dihujani dengan kata-kata semangat supaya mereka cepat sembuh. (berderai airmata membacanya. Betapa ramai yang menyanyanginya dan berharap dia cepat sembuh)

18 Februari 2013

mari teruskan berdoa dan tawakal kpd Allah.moga2 keajaiban brlaku Insyaallah Mohd Carlish Nurul Alyani - Ahmad Fikri Ariffin ( adik Nurul Alyani )

Mohon pertolonganmu ya ALLAH... Selamatkanlah sahabat kami nurul alyani dan suaminya daripada musibah ini... Panjangkanlah umur mereka, kembali sihat ya ALLAH...- Hanizah Abd Hamid

Ya Allah permudahkan urusan alyani dan suami. Berikan yang terbaik buat mereka berdua dan keluarga. Berkati umur mereka , rahmati dan redhai kehidupan mereka dunia dan akhirat - Zainab mohamed

awak ramai cikgu2 sek smk.tun yg awak sayangi tu msj sy tny perkembangan awak..die selalu creta ngan sy die suka sek tu..ramai syg awak...awak kena cpt2 sedar ya...td sy dah ckp kat telinga awak yg semua kwn awak tu kirim salam...awak dgrkan..hemmmm...hr ni doctor ckp awak dah gn jantung awak sndr,,xde bantuan ubat dah...bgsnye awak...td ptg doctor cuci buah pinggang awak..lps ni sy nak awak gn buah pinggang awak sndr ek..xperlu cuci dah..abg khalis dah gerak2 kaki..insyaallah rabu ni doctor nak operate tekak die kasi betul..klu org creta2 pasal awak,pasal iman kat abg khalis...terus dia bernafas kuat2...gerak2 kaki...Alhamdulillah berkat doa semua...nanti awak bgt jgkkan....yg sedihnye td sy xparking dah kat tempat biasa,,sbb xde kereta KBY tu...nanti cpt sembuh ek,nk parking situ lg...lps punch card trs sy ke hospital,,jumpa awak,,,biasa kita akn bercerita dl kan kat packing......insyaallah satu hr nanti semua tu akan back to normalkan awak Nurul Alyani.......Ya Allah kau kuat kan semangat sahabat ku ini ya Allah..permudahkan segala urusannye ya Allah....-Elly Halimah Bed

Betul Allah akan uji pada mereka yang Allah rs mampu untuk menanggungnye...awak Nurul Alyani tergolong dlm golongan tu alyani...awak ada adik yg kerja dgn MAS,,boleh arrange flite yg ada katil,,awak ada adik dentist yg tahu selok belok hospital...awak ada adik angineer yg sgt2 baik...awak ada mak n ayah yg sgt tabah....yg lebih beruntung awak ada Iman yg fhm dgn keadaan awak skrg..lgsg xde kerenah......awak @nurul alyani.........- elly halimah bed 

kawan2 5T8 dan teknik manjung,same2 kita doakan yani dan suami cepat sedar dr koma.mereka tlibat kemalangan jalan raya.iman hanya luka ringan.
pd kenalan fb wa.tlg doakan shbt wa ye.
ya allah ya tuhanku,bantu la nurul Nurul Alyani dan suami dr kesulitan..sembuhkan kedua mereka.sedarkan mereka berdua.kasihi mereka ya allah.amin ya rabbal alamin.thx dearies fren for the doa.-wawa lilo 


19 Februari 2013

Alhamdulillah sedikit perkembangan positif....
awak Nurul Alyani lewat tgh malam semalam doctor buat ct scan kali kedua...
doctor bgtau Alhamdulillah mata awak dah bg respon,,otak awak pun dah makin ok..
Alhamdulillah berkat doa semua....
tp awal mlm semalam awak xbg respon ek bila doctor suluh anak mata awak...ish buat risau je awak ni....risau sy bila adek ada tel...sbb tu la doctor buat ct scan kali kedua.....Alhamdulillah...berkat doa semua......insyaallah Tuhan akan tlg awak.....semua kawan2 awak doakn awak........-Elly Halimah Bed

Walaupun kenal xseakrab dan serapat mana.. hanya sekadar selisih bahu n bertegur sapa je masa sek dulu.. stesma.. tapi hati terasa sayu sgt... naluri seorg ibu tersentuh sgt... mengenangkn nasib si anak kecil yg xmengerti apa2... kawan2 sama ada yg mengenali atau tidak Nurul Alyani.. marilah sama2 kita mendoakn kesihatan n kesejahteraan beliau dan suami.. semoga cepat sembuh dan sedar dari koma... dan dapat menjalani kehidupan spt biasa... aminnn..-Nor Azizah 

Semoga yani cpt sembuh..kuatkan semangat.....terlalu ramai yg syg yani... Your son need u... Please wake up my dear.. YA ALLAH YA TUHANKU KAU BUKAK KANLAH PINTU LANGIT SELUAS LUASNYA AGAR DOA2 KAMI INI YG INGINKAN SAUDARI YANI DAN SUAMI SEMBUH SAMPAI DAN DIKABULKAN..AMEEN...-Qaireen Saffiyah

Terima kasih tak terhingga pada semua rakan2 kakak dan abg khalis. skrang mereka masih kritikal & ada beri skit respon pd ayat alQuran. Mohon terus berdoa... ALLAHUMA AMIN..... — withNurul Alyani and Mohd Carlish.-  Fahmi Ariffin ( adik Nurul Alyani )

awak Nurul Alyani esok jam 8 abg khalis chenta hati awak tu nak operate leher dia,nak kasi betul saluran no 3 yg patah tu,,,tp doctor kt peluang 50-50 sebabnye pada saluran tu ada saraf jantung..insyaallah Allah tlg abg khalis...berkat doa semua...amin...dr jam 9 td doctor dah stop bg ubat bgai2 tu kat awak,,doctor nak tgk respon awak dlm ms 24 jam..pagi esok lps jam 9 klu awak xde respon apa2 lg doctor nak ambil sampel tisu otak awak nak test....insyaallah awak akan bg respon kan mlm nie..awakkan kuat..td iman dtg jumpa awak....xboleh nak berenggag dgn tok kie die...alahai manjanye die...berkat doa semua insyaallah abg khalis selamat menjalani pembedahan esok....amin - Elly Halimah Bed

20 Februari 2013

Assalaimuaikum..hari ini 20 feb 2013 jam 9.30 pg akan diadakan solat hajat untuk kakak Ahmad Fikri Ariffin iaitu Nurul Alyani dan suami beliau,abg Mohd Khalis di surau Avionic Hangar 2.Marilah sama-sama kita mendoakan keselamatan mereka,insyaAllah..-Siti Aminah Zuhri

Terkini 20/2/13: abg khalis tgh ready utk masuk opertion theater.
Kakak yani msh tak sedarkan diri slps off sedation.
Mohon doa yang terbaik utk mereka. Maafkan salah silap & halalkan lah apa yg mereka lakukan pd semua.
Allahuma Solliala Muhammad....
 — with Nurul Alyani and Mohd Carlish.- Fahmi Ariffin ( adik Nurul Alyani )

Assalamualaikum Nurul Alyani. Dh pg ni. Wake up dear... Aku tahu ko kuat utk tempuh dugaan ni... Ya Allah, berikanlah kekuatan utk sahabatku & suaminya ini... Berikanlah yang terbaik utk mereka...-Siti Saadah Mb

Status terkini (1pm):
Abg khalis selesai operation pkl 12 td. Alhamdulillah syukur semua berjalan lancar. Doktor nmpk perkembangan positif pd pergerakan anggota kiri dan kanan.
*tengah usahakan abg khalis dipindahkan ke semenanjung jika stabil.
Rabbi yassir wala tuassir....
 — with Nurul Alyani and Mohd Carlish.- Fahmi Ariffin ( adik Nurul Alyani )

Status terkini (1pm):
kakak masih keadaan sama. tiada petunjuk positif.
Mohon doa dan kemaafan dari pihak nurul alyani
 — with Nurul Alyani and Mohd Carlish. - Fahmi Ariffin ( adik Nurul Alyani )

Kakak, terima kasih tak terhingga sbb jadi kakak dan anak mak abah yg terbaik. Lembut kata & perilaku, penuh dgn positif thinking. 
ALLAH lebih sayangi mu. Moga kakak dikalangan syuda & solihin. Jannah menanti mu insyaALLAH.
ALLAHUMA AMIN.....- Fahmi Ariffin ( adik Nurul Alyani )

Masa ni liya dah tahu keadaan kondisi yani.. Adik dia Fahmi ada talifon liya bagitahu. " Kak Liya, Kakak Dah tak ada Dah meninggal " Ya Allah tuhan je yang tahu perasaan aku time tue.. Fahmi kata sejak selasa malam tu otak kakak dah mati. Tapi mak abah dia tak tahu, Pagi besok baru doktor nak bagitahu mak abah yani tentang keadaan ni. Masa ini juga Yani 100% bergantung pada alat bantuan pernafasan. sekiranya di cabut maka pergilah dia mengadap penciptanya. Tapi semua rakan di FB tak tahu sebab fahmi tak update lagi status mengenai tu.. Terdiam liya tak tahu nak kata apa.. Sesungguhnya Allah lebih menyanyanginya lebih dari kami sayangkan dia. 

Terkini 5.26pm
abg khalis: Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya utk ALLAH. Masih tidak sedarkan diri. Tp ada reaksi positif pd pergerakkan. 
kakak yani: Allahuakbar, ALLAH Maha Besar. Masih tidak sedarkan diri dan 100% dlm bantuan pernafasan. 
Kepada rakan2 kakak semua, redha la dgn ketentuanNYA. Moga kakak ditempatkan di tempat syuhada & solehi. Terima kasih kakak, jadi kakak yg terbaik utk kami semua.

Selepas status ni keluar FB yani dihujani dengan komen-komen supaya ada keajaiban Allah swt buat dia. Semua orang masih mengharapkan dia sembuh demi anaknya Nurul Iman.. :(  dan yang paling menyedihkan satu komen dari seorang sahabat yani 

Seingat saya, Nurul Alyani ade daftar sebagai penderma organ. Tp yang ni sy ingat2 lupa. Tak sure betul ke tak. Saya rasa die daftar masatu dgn saya. Setahu saya, org yang 'mati otak' ni mmg sesuai menjadi penderma organ.. ya allah, murni sungguh niatmu wahai sahabat... allah kabulkan niat mu untuk tolong org lain walau awak dah tinggalkan dunia ni.. sungguh beruntung mak ayah dan adik2 awak. Sungguh bertuah saya pernah menjadi sebahagian dr hidup awak, sungguh bertuah saya mempunyai sahabat semuliamu.. tidak salah jika saya katakan yang syurga adalah tempatmu yani....-Aiyyul Aiyuhal

21 Februari 2013

Bisimillahi Rahmani Rahim...Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
InsyaALLAH mak dan abah akan tahu keadaan sebenar kakak pagi nie.
Moga ALLAH kuat kan iman semua selepas dugaan yg melanda ini.
Sesungguhnya, ALLAH lebih mengetahui yg terbaik.
Amin ya rab....
 — with Nurul AlyaniFahmi Ariffin ( adik Nurul Alyani )

As salam. Latest update yg dpt dari Fahmi Ariffin 5 minit yg lalu. Mak n abah yani dah dapat terima hakikat condition yani. Diorg akan arrange utk bawa yani balik ke kedah malam ni. Terima kasih atas doa kawan2 yani. Sedih rasanya kena sampaikan berita mcm ni. She's my little sister. We grow up together. Main sama2 everytime balik rumah tokki n opah. We'll miss u yani. Semoga tenang di sana- Fara Hamidi

Keadaan kakak yani (12pm):
doktor dh off bantuan pernafasan. dktr BELUM sahkan kematian kakak, sehingga jantung kakak berhenti sendiri. Jantung kakak berdenyut dgn bantuan ubat & sehingga kesan ubat tu habis, maka jantung kakak akan behenti sendiri -  Fahmi Ariffin ( adik Nurul Alyani )

Lebih kurang pukul 4ptg. Liya menerima berita yang mengatakan Nurul Alyani telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sesungguhnya Allah lebih sayangkan mu duhai sahabat. Al-Fatihah :(( 

Kakak saya Nurul Alyani baru menghembuskan nafas trakhir tadi..mintak jasa baik semua utk sedekahkan bacaan yassin kpd arwah..moga2 arwah kakak saya ditempatkn dlm kalangan para syuhada..terima kasih byk2

Al Fatihah utk kakak ku yg tersayang, nurul alyani. Engkau tiada ganti. InsyaALLAH amanah kakak iaitu nurul iman, kami akan asuh dgn kasih sayang dan ilmu agama....
ALLAHUAKBAR...
*bersaksilah kekuasaan ALLAH
 — with Nurul Alyani.

Semoga Sahabatku ini ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Takziah buat Keluarga Arwah Nurul Alyani. Ins Sha Allah Khalis akan sembuh demi Nurul Iman. :(  

Al-Fatihah :( 


** To be continue...tengah kumpul kekuatan untuk sambung mengenai kisah mereka. next entry  :( 

21 comments:

  1. Salam Liya
    Sebak sy baca kesah nie wpun tak kenal alyani..al fatihah.semoa rohnya ditempatkan bersama2 org2 yg beriman..ameen

    ReplyDelete
  2. ya allah, sedihnye baca

    takziah & al fatihah untuk keluarga arwah..moga arwah ditempatkan bersama orang² yg beriman

    moga suami arwah cepat sembuh & kuat hadapi dugaan ini

    moga baby nurul iman juga kuat..

    ReplyDelete
  3. Innalillahhiwainnailaihirojiun... Semoga rahnha befbahagia di syurga.

    Sebak!

    ReplyDelete
  4. sebak baca kisahnya...mg beliau ditempatkan bersama mereka 2 yg beriman disana...

    ReplyDelete
  5. Al fatihah.sebak bca.smoga dia dtempatkn dkalngan org yg dkasihi Allah

    ReplyDelete
  6. bergenang air mata baca n3 ini~

    salam takziah buat keluarga Arwah.
    Al-Fatihah~

    ReplyDelete
  7. Airmata kakak luruh Liya baca N3 ini. Namun apakandaya Allah lebih sayangkan dia. Pasti ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  8. takziah liya atas pemergian sahabat yg disayangi. sedih baca entry ni. smga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg soleh. al-fatihah..

    ReplyDelete
  9. innalillah, sedih kisahnya..apa yg berlaku dugaan yg cukup besar

    ReplyDelete
  10. Innalillah... mudahan rohnya ditempatkan denganorg2 yg beriman..
    sedih kalau baca bab ni..

    ReplyDelete
  11. Salam kenal Liya..terima kasih sudi jenguk saya..saya terima ziarah Liya dan kunjung balas ke blog Liya ni..

    Sedihnya bila saya baca entry nie..tengah makan..tapi terus hilang selera..doa yg baik2 untuk keluarga mereka.. paling sedih bila terkenangkan anak kecil tu..Allahuakbar...Dia sahaja yg tahu..

    ReplyDelete
  12. akak mmg knal dgn mgsa yer?salam takziah bt ahli keluarga mereka...

    ReplyDelete
  13. Innalillah.. Semoga keluarga yani tabah.. Terutamanya suaminya dan iman..

    Ps: liya, stroller oren ada lg. Kalau nk nanti email ya.

    ReplyDelete
  14. Alfatihah...sedih baca kisah ni..lg sedih wani bila kenangkan anak yg masih kecil tu...Allahhuakbar...xtau la jd sebak nk menaip ni pun rs mcm teketar-ketar...semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman

    ReplyDelete