Masing-masing sibuk dengan Pensil Box & Colour Pensel yang mereka dapat sorang satu dari cikgu ^_~ |
Hari Pertama Qalesya kat TADIKA...
Pagi tu ibu dah banyak kali kejut dia.. " Adeq, bangunlah nak sekolah tak... Jom pergi mandi " .. Qalesya boleh buat tak tahu.. Dia siap kata " Ibu, Adeq tak nak sekolahlah.. " Adoiihaiii Qalesya oiii janganle macam nie dah lambat dah nie... semalam kata nak sekolah... ni dah taknak pulak... Memang iye pun dah lambat.. dah dekat pukul 7.30 still tak bangun dari tempat tidur lagi... huahua memang menguji kesabaran ibu betullah budak Qalesya nie... Alih2 ibu biarkan dia kejap... Sambil dia baring dia gentel-gentel bantal ucuk dia.. botol jangan cerita le memang tak boleh lepas dari mulut.. Ibu decide tak pe lah ibu siap-siap je lah dulu... Bila dah siap sekali lagi ibu pujuk dia pergi mandi.. Still macam gitu jugak... Haiiii anak kenapalah macam nie... Fuhhh memang menguji kesabaran ibu betullah ini budak...!!! Lastly ibu bawa je dia dengan tak mandinya.. Ibu fikir tak pe lah nanti sampai sekolah tu nanti ibu mandikan dia... Makanya that day Qalesya pergi Sekolah dengan tak mandi... Selamba je dia bila sampai tu terus masuk dalam sekolah dengan buat muka selambar dia.. Nasib baik ibu ada bawa cardigan dia (hehe nampakle elok sikit..).. so ibu pakaikan dia headband.. Oklah tak nampak sangat cam budak tak mandi hehe .. Dah le datang sekolah lambat ..!! Sekolah start pukul 8 pagi tapi Qalesya dekat pukul 8.30 pagi baru sampai... ACANER TUE..!!!! tengok gambar kat atas tu budak tak mandi hehe suka-suka dia jer hehe... Dalam pukul 9.30 pagi tue Lepas je Qalesya & budak-budak lain sarapan pagi.. Ibu cakap kat cikgu tu nak bawa Qalesya pergi atas nak mandikan dia.. Ohhh yaaa..!!! Tadika tu ada sediakan perkhidmatan nursery juga ^_~ so memudahkan ibu lah nak siapkan Qalesya...
Masing-Masing Dapat TABUNG... Suka Budak-Budak Macam-macam yang Cikgu bagi... |
Lepas dah mandi ibu ingatkan dia dah tak buat perangai.. Rupanya dia buat perangai lain pulak.. Boleh pulak tengah cikgu mengajar dia datang kat ibu (kebetulan masa tue ibu tunggu dia lagi) ... Qalesya pergi dekat ibu dia nak " Ibu, Adeq nak tidur.. Adeq nak usuk dengan susu .." Aduhaiii nak gelak ibu dah time tue... Dia sambung lagi kata " Adeq, dah ngantuk le ibu, Adeq nak tidur.. " Alahaiii anak oiii suka-suka hati dia je.. Nasib baik ni Tadika Mama, ibu kenal kawan ibu, kalau tadika orang lain tak tahule ibu nak kata apa Adeq... Selagi tak dapat dia mintak.. nak tak nak ibu bagi le sebab dia nak menagis dah masa tue... Dah dapat dengan selamba dia pergi baring kat situ.. Budak-budak lain tengok jer.. Hahaha nak join juga le tue hehe..
Itulah gelagat Cik Qalesya 1st Day kat SEKOLAH ... Hehehe ibu tahu mana-mana budak yang sebaya Qalesya yang baru 1st time masuk sekolah mesti macam-macam kerenahkan... SABOR JE LAH kan...
ala semangat nie
ReplyDeleteBestnya tadika dkt ngan opis dan ada kwn mama qalesya plk situ.
ReplyDeleteKalau ibunya takde camne tu..untung dkt boleh jenguk2.
ReplyDeleteKelaka kan dgn ragam bdk2 ni..
hihihihi... mcm2 ragamkan!!! tak biasa lg tuh.. dh biasa nanti sonoklah dia ke sekolah...
ReplyDeleteComel. Dah lama2 nnt ok lah tu. Usuk tu apa qalesya ☺☺
ReplyDeleteLawak je gi skolah tak mandi. Bestnya skolah tu bleh dpt mcm2.
ReplyDeletedah tadika dah :) bestnya dekat ngan emaknya ye.. semangat tau, g sekolah..
ReplyDeletehehehe... mcm mana rasa pergi sekolah tak mandi ye..
ReplyDeletetime ni apa yg cikgu cakap semua betul apa yang cikgu bagi semuanya sayang sangat..
Gelak k.atie bc kisah Qalesya kat sekolah..biasa la bdk2.Agak2 mamanya dulu camtu kot!hihihi
ReplyDeletebeshnyer dekat leh jenguk..kat sini kalau kata nursery mmglah penuh jer..tgk makin lama makin padat..
ReplyDeleteqalesya brapa thn yerr??
ReplyDeletemmm... manja tol dia..
anak nureen 1st day g tadika xcited.. tp 2nd day masa nk mandi ckp x nk g school.. muka dh nak nangis...
myb nureen ni garang cikit kot so ckp kat dia yg nureen x nak dgr dh dia ckp mcm tue, pastu dh ok la...
msk ari ke 4 dia nangis tetiba jerr rindu mummy katanya
tp bila dh msk dlm tadika dh dpt main ngan kwn2 lupa terus.. hehhee
nureen slalu buat mcm ni, pg2 kejutkan anak ckp "jom mandi nak g school' terus nureen angkat jerr dia letak dpn bilik air..
bukakan baju n dia automatik akan msk bilik air n mandi..
alhamdulillah, skrg dh sng dia nk bgn mandi pg..
tadika ellesya plak kami x leh tgu.. antar jerr drg terus kena balik,
so drg akan berdikari sndrik..
mmg fullday care nureen ambik..
kat c2.. dr 4thn ke 6thn drg ambik.. bb rasanya ada jugak kot tp x pernah nmpk..
so far skrg bila cuti jerr asyik tanya bila nk g school hehhee
wah nampak happy dier kat sana ye
ReplyDeletemacam macam laaa anak oi ..qalesya tak kesian ke kat ibu, kat Tadika kan best, ramai kawan ..besok pegi tadika mandi dulu ye ..hihi
ReplyDeleteSalam liya… kak intan mai komen tang ni ya…kak intan keja di desa tun razak..duk umah di bukit jalil…liya org kedah kaaa??
ReplyDeleteqalesya pun school juga eh... dia school kat mana ni liya? lama queen x kunjung kat sini... maaflah yer..
ReplyDeleteqalesya umur berapa ni? good girl kan. :)
ReplyDeletealahai...cameynye dia,nak usuk ye
ReplyDeletesweetnya...liya keja kat tadika ker?
ReplyDelete