Thursday, January 17, 2013

Tips Untuk Mudah Bersalin ^_~

Ooohhh Oooo ai belum lagi peknen apatah lagi nak bersalin yer.. Hehe memandangkan ramai kawan-kawan blogger yang tengah mengandung  (Liya Jeles okehh hehe) sekarang ni kat sini Liya nak share sikit Tips yang mungkin korang boleh praktikkan yer nanti..

10 Tips Untuk Mudah Bersalin

1) Amalkan bacaan ayat-ayat Al-Quran, Selawat dan Zikir.
Selepas solat, amalkan baca doa-doa berkaitan pregnancy, bersalin dan nak dapatkan anak soleh cam surah Al A'raaf (128), Surah At Taubah, Surah Yunus (31), Surah Yusuf (68), surah Al Hijr (97-99), Surah An Nahl (78), Surah As Sajdah (7-9), Surah Maryam dan Surah Yassin. Selain itu amalkan baca Al fatihah, 3 Qul, Ayat Kursi dan Selawat Syifa sebelum tidur dan sapu ke perut dari atas ke bawah.

2) Minum Air Kelapa Muda.
Selain memudahkan proses bersalin, ia membersihkan kepala bayi yang keluar dari pintu rahim. Kulit pun cantik dan rambut sihat.

3) Banyakkan aktiviti bersama suami.
Pilih posisi yang sesuai bila bersama, Kalau rasa malas & tak bernafsu.. ingatlah ini hanya untuk memudahkan anda bersalin

4) Meminta maaf sekerap mungkin terutama kepada suami & ibu bapa.

5) Makan Kurma 3 atau 7 biji sehari

6) Tidur yang mencukupi.

7) Jangan Tahan Kencing
Sikap sebegini sebenarnya memanjangkan lagi tempoh masa proses pelahiran. Jika pundi kencing terasa penuh, jangan segan silu meminta bantuan suami atau jururawat untuk menemankan anda ke bilik air. Jadi sebarang kemungkinan yang tidak diingini dapat dielakkan malah anda akan sentiasa berada dalam keadaan yang selesa untuk menempuhi saat bersalin.

8) Bertenang Dan Jangan Kerap Tertekan. 

9) Kerap Berjalan-jalan
Sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan dapat membantu anda ketika proses melahirkan. Jangka masa proses pelahiran boleh menjadi pendek jika anda berdiri tegak. Keadaan ini membantu bayi masuk ke salur peranakan dengan betul. Oleh itu, anda disarankan sambil ditemani suami untuk memudahkan bayi turun dan mempercepatkan proses melahirkan.

10) Tarik Nafas Panjang
Bunyinya kedengaran ringkas namun sering tidak dipedulikan. Pengabaian amalan menarik nafas panjang boleh melambatkan proses melahirkan. Ini terjadi kerana tanpa melakukan rutin bernafas sedalam-dalamnya, anda menjadi kurang tenang.

--> Tapi ingat ini hanyalah IKHTIAR dan keberkesanannya atas izin Allah Swt sahaja. Setiap kelahiran itu berbeza sakitnya dan hanya Allah Swt yang menentunya. Peace no war.. ^_~



Hahaha Saje nak Enterprem Gambar ai masa mengandungkan Qalesya 5 bulan.. Boleh lagi naik kapal terbang pergi sabah hehe... =)

15 comments:

  1. 5 bulan? kecik je..huhu...bagus info untuk di share ni

    ReplyDelete
  2. bagus maklumat yg dikongsikan nie liya.. yg last tuh mmg betul..segala usaha kita itu akhirnya terpulang kpd Allah tk menguji keimanan kita...

    ReplyDelete
  3. Bagus nya Tips ni..boleh simpan mana tau akan ada baby lagi nti..:)
    TQ share..

    ReplyDelete
  4. akak ni time beranak tak de la sakit berejam rejam mcm orang lain. Tapi time mengandung memang azab. Nak berjalan pun tak boleh.

    kalau duduk tu mesti kena lapik sofa. bayangkan 9 bulan berterusan jln mcm siput bergerak.

    ReplyDelete
  5. bagus info ni..sama2 mendapat ilmu..hehe

    ReplyDelete
  6. semoga jadi panduan pada ibu2 yg bakal melahirkan

    ReplyDelete
  7. tq share.. hehe.. 5 bulan x nmpk pn perut dia..

    ReplyDelete
  8. thanks! nak amalkan..taksabarnakbersalin.. hahaha..

    ReplyDelete
  9. no. 4 tu paling penting !

    ReplyDelete
  10. bagus info nie

    eh..5 bulan tak nampak sangat perut tuu..saya dl 3 bulan dah menonjol..hihi..tapi xder bukti sbb semua gambar jenis tak ttp aurat xleh nak share..huhuuh

    ReplyDelete