Doaku Untukmu Wahai SUAMI - Nurzuwairi Syahman
Ya Allah..
Kau ampunilah dosaku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sufat keredhaan
Kau perliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran MU
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah ..
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMU
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untukku diJannahMU
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Ya Allah...
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan Bimbinglah aku je jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku di dunia bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku ingkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah..
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu
Ya Allah...
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah
Hanya pada Mu,
Ya Allah ...
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Tuhanku..
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Robbal 'Allamin...
Amin-amin ya robbal 'alamin..
ReplyDeleteMoga semuanya dalam keberkatan dan harmoni hendaknya.
salam..terharunya saya bila membaca doa ini. semoga lisa n suami akan berbahagia ke hujung nyawa. Amin...
ReplyDeleteamin .semoga dimakbulkan doa isterinya. =)
ReplyDeleteamin. sehingga bahagia hingga ke hujung nyawa
ReplyDeleteAmin...
ReplyDeletegreat =) leh doa untuk hubby saya nnti
ReplyDeleteamin~ nak doa untuk suami zura jugak..:)
ReplyDeleteAmin..
ReplyDeleteSemoga doamu dimakbulkan..
semoga bahagia hingga ke akhir hayat & ke syurga..
Aaaaminnn
ReplyDeleteamin
ReplyDeleteamin...semoga bahagia selamanya
ReplyDeleteAmin Ya Robbal 'Allamin...jazakillah khoiron katsiron....terima kasih telah berbagi do'a dan harapan.
ReplyDelete