Thursday, July 26, 2012

Frog Pakai PAMPERS.. !!!! HaHaHa





Gelagat Cik Qalesya pagi tadi.... 


Kenelah siapkan dia dulu.. barulah ibu leh bersiap-siap lak pergi kerja.. 
Sejak 2 menjak ni kesian kat Qalesya .. :((
Bila dia tak ada kawan maka daya imaginasi dia macam-macam hhehe.. 
Kenalah main sorang-sorang... Bila dia main sorang-sorang ... 
Macam-macamlah yang dia buat... 
Salah satu aktiviti dia ni lah.... Tengok gambar k.. 

Frog kesukaan Qalesya nie..
Nak pergi mana-mana sibuk nak bawa... 

Dipakaikannya Frog tu dengan pampers...
Siap letak bedak lagi kat frog tue.. hehe

Frog dia pun nak kene ada bantal gak... :-P

Anak Comel ibu ni...
Buat Ibu Senyum Selalu lah dengan gelagat dia..
^_~

Tuesday, July 24, 2012

BEDAL je lah.... ^_~



Teringat Qalesya di usia ni .. 
Letaklah apa bagai aksesori kat atas kepala tu.. 
For sure dia takkan tarik or nak buka..
Merelakan hati je apa je yang ibu buat kat dia hehe.. 
Tapi sekarang ni jangan harap nak suh pakai headband pun payah heehe.. 
Time ni juga Qalesya suka masuk je apa je kat mulut.. 
Semua benda dia nak masuk mulut.. 
Macamlah ibu ni tak kasi dia makan yerk... hehe
Time ni Qalesya baru 4 @ 5 Bulan rasanya.. 
Ibu Rindu momento nie.. 
Luv u Qalesya... ^_~


Monday, July 23, 2012

Qalesya :: 3 Ramadhan... ^_^

Semangat Budak Kecik Nie... 

Alhamdulillah hari ni hari ke-3 kita semua menjalani ibadah berpuasa.. moga segala amalan kita di terima olehNYA. Dalam pada itu dah 2 hari Qalesya ikut ibu & daddy pergi terawih kat Masjid. Mula-mula nak bawa tu rasa risau juga sebabnya Qalesya memang tak pernah di bawa untuk Solat Terawih. Mula-mula tu diam jugalah.. lepas tu tahu je lah budak-budak cepat bosan.. menyanyilah dia dengar suara dia jer ... sibuk tanya daddy mana ... tanya itulah ini lah.. Aduhhhh Qalesya nie... Semalam yang ibu tak tahan dia buat perangai berpaut kat belakang ibu masa ibu tengah sujud. Hopefully malam ni dan seterusnya Qalesya tak buat lagi..      


Aku mencari redha Allah, kerana di hujung kehidupan itu, aku akan bertemu denganNYA ♥

♥ Aku ingin meraih redhanya Allah, kerana dengan redhaNya kehidupan ini lebih berkat dan tenang ♥

♥ Aku inginkan redha Allah, kerana tanpa redhaNya segala amalku pasti tiada istiqamah ♥

"Ya, Allah.. berkatilah usia ku, ampunilah diriku dan redhailah setiap amalku.. Sungguh aku ingin redha-Mu bukan redhanya seorang manusia.."



Tiada ketenangan yang paling indah melainkan airmata taubat selamat pagi semua sahabat2ku semoga apa yang kita lakukan hari ini di redahi allah...amin...

Friday, July 20, 2012

Harapan Ramadhan ... ^_~




Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua






Thursday, July 19, 2012

Selamat Datang Ramadhan .. ^_~




Lagi 2 hari lagi insyaallah kita akan menyambut Bulan Ramadhan yang penuh dengan Barakah.
Ahlan Ya Ramadhan ... Sukanya hati Insyaallah Sabtu ni kita bakal bertemu dengan Ramadhan Al Mubarak.
Tahniah semua kerana kita sekali lagi masih di beri peluang bertemu dengan Ramadhan yang dijanjikan Allah dengan pelbagai ganjaran untuk kita.

Dengan ini Liya Sekeluarga ingin dengan seikhlas hati memohon maaf di atas segala khilaf, tak kira dengan sengaja atau pun tidak telah melukakan hati-hati kalian semua. Semoga kedatangan Ramadhan kali ini segala amalan yang kita lakukan akan diterima dan mendapat ganjaran olehNYA untuk bekalan di akhirat kelak.


Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

>Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda 
>Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu 
>Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka 
>Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain. 
>Banyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain 
>Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan. 
>Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa. 
>Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya 





Wednesday, July 18, 2012

WordLess Wednesday :: 1st Komuter For Tis Gurl

1st time Qalesya naik komuter ...
Suka dia.... ^_~




Tuesday, July 17, 2012

None....

Jumpa kata-kata ni kat dalam FB.. 
Sangat-sangat berguna wokey.... 





Doa Pembuka Apa Yang Tertutup ... ^_~

Sharing Is CARING .... =)


DOA PEMBUKA APA YG TERTUTUP


Bagus diamalkan untuk....

a) Hati yg tertutup utk melakukan amal soleh
b) Hati yg tertutup utk melakukan amal jariah
c) Hati yg tertutup utk menerima nasihat
d) Pintu rezeki yg dirasakan seperti tertutup
e) Minda @ akal yg dirasakan seperti tertutup
f) Hati yg tertutup utk berkahwin



Friday, July 13, 2012

Duhai Hati ... KUATLAH... ;-(

Hari ni mood tak ada....
Buat semua bende serba tak kene..
HATI..!!! tak tahu nak bagitau macam mana..
Semua rasa dan feeling ada...
Moga Allah berikan aku kekuatan untuk mengharunginya...  :(





Thursday, July 12, 2012

Dejavu Di Kinabalu vs Kisah Kami Di Kinabalu... ^_~

Bila tengok cerita " Dejavu Di Kinabalu " kat TV3 ..
Mesti ibu teringatkan kisah ibu kat Kota Kinabalu dulu dengan Daddy..
Nak daki Gunung Kinabalu dah sah-sah kene reject awal-awal hihi
Sebab time tu ibu tengah peknenkan Qalesya..
Kalau tak silap ibu 5 Bulan kot.. ( lupa dah sepatutnya 3thn lepas punya story da hihi )

Ehhh ibu belek-belek entry yang lepas-lepas ..
Rupanya banyak story yang ibu tak cerita.. ( dulu-dulu ibu tak rajin update blog hehe dalam setahun tu ada 5 6 kerat je story.. ) sekarang ni je ibu rajin.. =P
Maknanya lepas ni banyaklah cerita-cerita lama dolu-dolu ibu bongkarkan balik ..
Kalau ibu tak cerita macam mana Qalesya nak tahukan..
Ibu tahu nanti bila Qalesya dah besar ... Dah pandai baca, faham tentang kehidupan ini ...
Blog ni mesti Qalesya baca ... Sebab Blog ni hadiah ibu buat Qalesya ..
Tanda Sayang Ibu Buat Anak2 Ibu " Qaseh Nurhani Qalesya " .. ( untuk masa sekarang nilah sorang manatahu ada rezeki Qalesya dapat adik lagi nanti hehe)

Bila Qalesya tengok gambar ni... Dia mesti cakap...
"Adik Kat Dalam Perut Ibu hehe"
Sekali kita bagitau dia rupanya dia ingat sampai bila-bila.. 








TERINGIN juga rupanya dia yer..... =)

Siapa kata orang dewasa je yang leh merenjis-renjis nie.. 
Budak kecik pun teringin juga tau... hehe 
Qalesya...!!!! itulah budaknya hehe... 
Bila dia tengok orang lain dok sibuk merenjis bagai.. 
Dia pun nak gak rupanya...
1st time Qalesya merenjis pengantin nie.. 
Nasib baik majlis Acu Qalesya sendiri .. =P

Qalesya : Ibu, adik nak buat gak... 
Ibu : Haaaa adik pun nak gak ke.. (ibu buat muka confius iye ke adik nie)

maka inilah hasilnya... 

Alololo jari tecik anak ibu nie.. 
Hehehe Betul je lah caranya...
mesti dia dok tengok macam ne orang dok buat sebelum-sebelum nie..
Bijak .... Bijak..... ^_~ 

Geli hati tengok gelagat dia...
Adik...Adik.... ^_~

Ishhh Qalesya ni...
Dah ayu berbaju kurung pastu leh lak buat PEACE kaki cam gtu yerk... 


Wednesday, July 11, 2012

Asyik Qalesya jer... IBU & DADDY nak story gak.. ^_~

Dah rasa beku dok kat opis ni... lama lagi ke nak balik nie... hehehe ada lagi setengah jam je nak balik.. pastu leh jumpa dak kecik tu.. sapa lagi kalau bukan Cik Qalesya yang petah berkata-kata tue.. ada je lah nanti story morry yang dia dok cerita nanti... ibu itulah ibu ini lah... tapi ibu suka melayan kerenah dia.. tapi kadang-kadang geram gak rasa nak gigit-gigit je.. huahuahua....

Tetiba leh lak keluar gambar nie.. Gambar 1st Honeymoon Ibu dengan Daddy .. 2 bulan lepas ibu kahwin dengan daddy baru kesempatan nak pergi honeymoon.. Masa ni Ibu dengan Daddy pergi BEIJING... Dalam   6 hari rasanya kat sana (lupa dah hehe) .. Masa tu WINTER.. Sejuk melampau-lampau lak tue..Tapi sakan ibu berjalan...hahaha pakai baju sampai 5 6 lapis pun still cam nak beku rasanya. Qalesya, Ibu Daddy dah naik TEMBOK BESAR CHINA tue... BEST sangat..  Nanti Ibu dengan Daddy bawa Qalesya datang sini lak yer...




WW :: Ada Sesiapa KESIAN kat Qalesya tak ??.. ^_~


" Kesian Adikkkk "
Itulah word feveret Cik Qalesya nie.... 

:: ONE ::
alololo muka anak ibu nie...

:: TWO ::
Tolonglahhh sapa nak sambut nie...
dukunglah adik nie ...  ^_^

:: THREE ::
Akhirnya Acik Nie dia juga yang sambut n dukung ... 

Wordless Wednesday :: Happynya DIA.... !!!


Bila Mood QALESYA Bagus... ^_~
Peace Yooo.... !!!  





Wordless Wednesday :: Sleeping Beauty


Princess In My HEART... 
Gambar-gambar Qalesya TIDUR.... ^_~

1st day anak ibu ...