Thursday, July 19, 2012

Selamat Datang Ramadhan .. ^_~




Lagi 2 hari lagi insyaallah kita akan menyambut Bulan Ramadhan yang penuh dengan Barakah.
Ahlan Ya Ramadhan ... Sukanya hati Insyaallah Sabtu ni kita bakal bertemu dengan Ramadhan Al Mubarak.
Tahniah semua kerana kita sekali lagi masih di beri peluang bertemu dengan Ramadhan yang dijanjikan Allah dengan pelbagai ganjaran untuk kita.

Dengan ini Liya Sekeluarga ingin dengan seikhlas hati memohon maaf di atas segala khilaf, tak kira dengan sengaja atau pun tidak telah melukakan hati-hati kalian semua. Semoga kedatangan Ramadhan kali ini segala amalan yang kita lakukan akan diterima dan mendapat ganjaran olehNYA untuk bekalan di akhirat kelak.


Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

>Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda 
>Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu 
>Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka 
>Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain. 
>Banyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain 
>Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan. 
>Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa. 
>Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya 





8 comments:

  1. Kakcik juga mengucapkan selamat menyambut kedatangan Ramadhan dan mohon dimaafkan segala salah silap. :)

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa dan beribadah di bulan ramadhan..

    ReplyDelete
  3. selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak sis...

    ReplyDelete
  4. salam ramadhan jugak dear..
    semoga mendapat keberkatan..;)

    ReplyDelete
  5. selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak.. selamat berpuasa dan ampun maaf dari saya juga kalau saya ada terkasar bahasa. (^_^)

    ReplyDelete
  6. memang tak sabar nak ber ramadhan. selamat menyambut ramadhan utk awak juga.

    ReplyDelete
  7. selamat menyambut bulan ramadhan...semoga ramadhan kali ni membawa keberkatan kepada kita semua :)

    ReplyDelete