Saturday, June 30, 2012

6 Bulan Sudah BERLALU .... :D

Sekejap je dah 30hb June ... Maknanya dah abis setengah tahun dalam tahun ni.. Bila fikir-fikir balik cepat betullah masa berlalu.. Rasa macam baru je masuk tahun baru. Azam pun ada banyak lagi yang tak tercapai.. Hopefully segala azam terlaksanalah tahun nie hehe.. Salah satunya nak bagi adik kat Qalesya.. Tapi tu lah tak ada rezeki lagi. Kita merancang Allah yang tentukan ^_~. Tapi yang pastinya perancangan ALLAH itulah yang sebaik-baik perancangankan...   

Tetiba nampak gambar Qalesya tengah baby kat PC ni...Teringat lak masa dia baby .. Alaaaa sweetnya moment tue... Oh Qalesya .... !!! 


Masa Umur 2 bulan rasanya..
Hehe cam boboykan... 

Alolo anak ibu ni... Ibu rindu moment nie ... 
  
Pakaikan subang.. baru nampak gugurl kan Dik ... 

Comellll...... Ibu suka . ... !!!! 

Jom Jalan-jalan.... ^_^

Dia Suka....!!!! 

Friday, June 29, 2012

Pengantin Comel :::: Faris&Qalesya ^_~








Ahad ni weeding Acu Qalesya ..
 Malam tadi pasang pelamin kat rumah Nenek Qalesya.. 
Bukan pengantin yang merasmikan dulu.. 
Tapi budak berdua nie yang rasmikan dulu.. 
Abang & Adik ni yang beria-ria dok kat situ hehehe.. 
Malu-malu le tu konon tapi SUKA kan... 
Macam-macamlah gelagat budak berdua ni.. 
Dahlah tu tidur lambat Qalesya malam tadi.. 
PAgi tadi ibu pergi kerja Qalesya tak sedar apa pun.. 
nyenyak tidur lagi... 
^_~ 


Pengantin yang comel di hati ibu  ::: Faris & Qalesya
Ibu tak snap gambar pun masa ini..
Gambar ambik dari FB adik ipar.. hehe

Thursday, June 28, 2012

Biografi Agung RASULULLAH saw

Buku ini harus di miliki oleh seluruh umat islam yang merindui, mencintai & mengharapkan syafaat Baginda. 

Semalam balik dari kerja niat hati nak singgah JUSCO nak beli dress Qalesya untuk weeding Acu Qalesya this weekend ... 
Alih-alih pusing-pusing tak ada dress  yang berkenan di hati ..
makanya hasilnya --- > beli buku ni..
beli kat MPH .. Buku ini seriusly memang bagus dan memang di rekemenkan .. 
kalau boleh setiap rumah kene ada.. ^_^

Sinopsis ::::  membawa pembaca mengenal junjungan besar, NAbi dan Rasul terakhir yang diutus kepada kita umat akhir zaman. Sebagai umat yang dilahirkan 1400 tahun selepas kewafatan Baginda tentu kita ingin mengenal perwatakan, rupa paras dan bentuk tubuh Rasulullah saw. Sebagai umat islam kita dilarang untuk menggambarkan paras rupa baginda namun terdapat hadis-hadis yang menceritakan perwatakan dan paras rupa Rasulullah saw yang dimuatkan dalam buku ini. Buku ini juga memaparkan perjalanan hidup Rasulullah saw bermula dari kelahiran,saat kanak-kanak hingga dewasa, isteri-isteri yang menemani sepanjang hidup Baginda, anak-anak dan cucu, sahabat-sahabat dan pembantu Baginda di sepanjang hayat Baginda menyampaikan risalah tauhid. 


JEmputan Kenduri Kahwin .... ^_~


Assalammualaikum... 

Liya & En Suami nak jemput pada rakan-rakan blogger yang berdekatan untuk hadir ke majlis perkahwinan adik kami pada hari ahad nie 01/07/2012 di Klang, Selangor.  
Sesiapa yang memerlukan maklumat lanjut boleh terus email liya atau lagi senang call liya 012-2719533
Ni adik bongsu En Suami .. kenduri yang last hehehe.... Sebab adik2 dia semua dah kahwin.. 
tapi adik2 liya ramai lagi yang tak kahwin hehe.... 




Wednesday, June 27, 2012

Wordless Wednesday :: Ustazah Qalesya ^_~

Alamak Qalesya tunjuk gambar kahwin ibu & daddy ler..
Ibu & Qalesya.... 


Bukan senang nak tengok qalesya pakai jubah n bertudung ni. 
Jubah ni daddy belikan untuk qalesya masa pergi umrah baru-baru ni. 
Comel je anak ibu pakai jubah. 
Sweet sangat-sangat tapi tu lah kejap jer..
Hahaha lepas tu dan apa terus dia tarik tudung tu dan jubah tu dia minta buka. 
Apalah Qalesya nie... Bukan ke cantik adik pakai cam ni.
Tengok tu jari kuku qalesya ada inai ler... :) 

Wordless Wednesday :: Bila Ibu Tak Ada Kerja ^_~

Sorry ye Dik...
Ibu tak peduli ibu nak gak pakaikan kat jari anak ibu yang debab-debab nie.. 

What to say lagi.... 
Ni lah dianya bila ibu tak ada kerja... Anak jadi mangsa...  hehe
1st Time Qalesya pakai inai... 
Inai ni my MUM beli kat mekah masa pergi umrah hari tu... 
Nak pakaikan kat jari Qalesya masa dia jaga memang susahlah.. 
So kene tunggu dia tidur baru lah senang.. 
Maka ini lah hasilnya hehehe...



Tuesday, June 26, 2012

SuperBike Qalesya.. !!!!

Aktiviti petang qalesya.. Ni lah dia main basikal. Tu yang kadang-kadang malas nak bagi dia main petang-petang. Dah syok main tak ingat nak balik. Pastu magrib tak reti nak masuk. Paksa masuk menangis.. Qalesya & Awal.. Mereka berdua ni rapat.. Anak jiran depan rumah..


Allah Sentiasa Bersama ^_~




Pesan pada diri, jangan gentar hadapi ujian hidup..
Pesan pada hati, jangan berputus asa dengan rahmat Ilahi..
Pesan pada naluri, berhenti dari rasa mengeluh dan kecewa..

Bukankah Allah itu senantiasa ada untuk kita..
Senantiasa bersama dalam duka dan tawa kita..
Dan DIA selalu hadir bersama orang² yang bertaqwa..

Memperkukuhkan jalan hamba² yang berjuang di atas jalan-Nya..
KETAHUILAH.. 

bahwa Allah tidak akan sesekali meninggalkan kita..

Kecuali hanya kita saja yang seakan ingin melupakan DIA.. 

di saat kita leka dgn perkara2 lagha dan di waktu kita terkejar² nikmat dunia !!
Muhasabah Qalbu..





Sumber : Kredit to FB  Dunia Macam-Macam .. ^_~





My Sweet Qalesya




Mood : Tengah rindu sangat-sangat dekat ini budak kecik... huhu


Testing .. Testing..

Assalammualaikum......

Kali ni saje je nak try post using android phone...
hehe nak tengo keberhasilannya ok ke tak..
selama ni tak pernah update blog by phone..
Tapi macam not bad.. stepnya pun senang n mudah nak guna ....





Monday, June 25, 2012

Cakkkkk .... !!!

Assalammualaikum... 


hehehe Qalesya nak skodeng sapa tu dik... !!! 
Tak baik tau nak skodeng-skodeng orang nie... 
Qalesya sekarang ni dah pandai cakap... 
Kalau ada apa-apa yang cam tak elok je.. 
Mesti dia cakap... sikit-sikit cakap ayat nie... 
" Nanti Tuhan Marahlah Ibu " 
Hahahaha anak ibu ini pandai dah sekarang... 
ada sekali tu dia mintak susu dan kita cakap kejap yer... 
mesti dia sebut ayat tue... " Nanti tuhan marahlah ibu " 
alaaa Qalesya lambat buat susu tuhan tak marahlah... 
Kalau malas solat or buat benda-benda yang tak elok baru tuhan marah... 


Hehehe Qalesya What are doing dear...
Malu-malu or Takut nie....
hahahaha
Kredit to Pak ngah Wan sebab Snap Pic Qalesya cam nie...

Saturday, June 23, 2012

Apa Ada Dengan SABTU..!!!!

Assalammualaikum...
Selamat Berhari sabtu buat semua... 
Tak tahu lagi apa plan untuk hari ni... 
Ingat nak pergi bawa Qalesya swimming .. 
Tapi bila fikir-fikir balik macam nak balik kampung lak.. 
Aduhaiii Pening kepala nak fikir yang mana satu... 


Daddy ni asyik manjakan & lebihkan Qalesya jer...
Kesian Ibu tau.. :( 


Friday, June 22, 2012

Photographer Cilik Yang Comel ^_~

Ini dia cik photographer yang sangat comel di hati ibu.. 
iya-iya je gaya Cik Qalesya nie lah... 
baik-baik dik nanti jatuh kamera tu kang...
hehe bukan murah kamera tue sayang...  
actually dia nak guna kamera canon ucu .. 
tapi ucu tak bagi... alih-alih dia ambik kamera ibu... 
Gelagat adeq buat ibu rasa terhibur sangat.. 
orang nak tangkap gambar dia pun sibuk nak juga... 

JOM LAYAN GAMBAR-GAMBAR KAT BAWAH NIE... 


Iya-Iya je lah Qalesya nie...
Canon Vs Nikon .... 


Adjust dik jangan tak adjust ....
kang lari tune tu siap ler... Ibu babap nak...  

Apa lagi yang tak kene tu dik.... 

Hamboiiii Qalesya....
Gaye ala-ala PRO je kan.... :-P 

Awat Dekat sangat tu dik....  ^_~

hahahaha Qalesya.. Qalesya...
Betul je cara dia tue nak snap gambar ...
Budak COMEL di hati ibu...
Very the BIJAK ok hahaha

pssst  :  kalau ada sesiapa yang nak guna perkhidmatan qalesya snap gambar untuk event apa-apa..silalah berhubung terus dengan cik qalesya yer.. harga special punya hahahaha


NOTE  :  ~✿ Bila datang lelaki yang COMEL AGAMANYA..bukan dia ustaz, bukan tok guru, bukan ulama, HANYA ORANG BIASA..tetapi, sembahyang 5 waktu, tak makan haram, tutup aurat dan ada orang AJAR DI SURAU..DIA PERGI walaupun seminggu 2 kali, dah dikira baik pada agama..KAHWINKAN SEGERA dengan lelaki baik seperti itu, walaupun jalan kaki, naik motor..tak ada kereta kerana REZEKI DI TANGAN ALLAH bukan di tangan manusia..
♥(Ustaz Azhar Idrus)♥


Budak-budak hehe. !!!!! :-P


Ibu hari ini tak ada mood nak cerita banyak-banyak..
Tapi tengah ibu belek-belek gambar yang ada kat PC nie ..
Tetiba ibu nampak gambar-gambar nie...
Senyum ibu sorang-sorang kat depan PC bila teringatkan gelagat Kak Ecah, Kakak Nana & Qalesya..
Betul orang kata kadang-kadang plan yang tak di rancang ni selalunya menjadi..
hehehe maka ini lah hasilnya ....
Percutian yang tak di sangka nak pergi...
" Hutan Lipur Kuala Woh "

PEACE .... !!!!
Puteri Nurjannah & Qaseh Nurhani Qalesya...... 

Suka tau budak-budak bertiga ni dapat berendam kat kuala Woh
 - Qalesya , Kak Ecah & Kakak Nana - 

Muka Puas Dapat PErgi Mandi & Berendam .... 

Note : Jadilah seperti pokok saat orang membaling batu kepadamu, kau membalasnya dengan buah yang ranum 
- Imam As-Syahid Hassan Al-Banna



Horayyyyy ...!!!

Hari ni last day  Daddy kerja malam.. hehe untuk minggu nilah. Next week daddy kerja siang balik untuk seminggu. Aduhai menjadi rutin kami (Ibu & Qalesya) macam ni lah kehidupan kami. Daddy Qalesya dia kerja shift, seminggu siang dan seminggu malam. Bak kata daddy orang penting negaralah katakan.. hehe penting ker..!!! tak ada maknanyalah :-P Dah menjadi kebiasaan bila ibu nak pergi kerja, daddy baru nak balik ... Bila ibu balik kerja pula Daddy nak pergi kerja lak.. Masa untuk ibu dan Daddy memang tak ada. Tapi Qalesya paling untung sebab siang dia habiskan masa dengan Daddy je.. Qalesya akan tinggal dengan Daddy.. Jadinya Qalesya memang tak dihantar ke rumah Mama dia. Sebab itulah Qalesya ni memang rapat sangat dengan Daddy dia.

Hari - hari Daddy naik kapal terbang ...
s. 

Daddy Kerja kat sini.. MAS Sepang nun...
Tak ke jauh kami tinggal kat Klang Daddy kerja kat Sepang
Ibu lak kat Ara Damandsara.. huhu 



Note :  Hanya yang memiliki sesuatu dapat memberikan sesuatu.
           Hanya yang mengenal sesuatu dapat menghargai sesuatu.
           Hanya yang mencintai sesuatu sanggup berkorban sesuatu.
           Hanya yang mengenal Penciptanya benrtindak sebagai hambaNya.
           Hanya yang mengharap WajahNya, redhaNya dan pahalaNya
           akan menemukan makna ikhlas yang sebenarnya.



Thursday, June 21, 2012

Rejab Berlalu Syaaban Menyusul ^_~


Rasulullah SAW pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat pada bulan Syaaban berbanding bulan lain? 

Batu-batu ni berwarna-warni.. Cantikkan..!!!
Begitu jugalah kehidupan kita ini.. Penuh Suka Duka, Onak & Duri .. !! 


Baginda bersabda yang bermaksud: 

“Bulan itu (Syaaban) yang berada antara Rejab dan Ramadan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadahku di angkat ketika aku berpuasa.” 
(Hadis Riwayat an-Nasaie)



Selamat Beribadah di Bulan Sya'ban! 


Sebagai persediaan kita menyambut Ramadhan 
^_^


Note :  "Kalau kamu meminta kepada seseorang dengan mengetuk pintu rumahnya berulang -ulang, maka dia akan marah kepadamu. Sedangkan Allah, tiap kali kamu meminta kepadaNYA maka tiap kali itu pula Allah mencintaimu, kerana kamu bersandar kepadaNYa " 

- Dr. 'Aidh Abdullah al-Qarni ( Jagalah Allah, Allah MenjagaMu )





SAYANG IBU nie... ^_^

Tak pedulinya walaupun ada tulis kat situ DO NOT TOUCH..
Laju je nak pergi kat sana.. siap nak naik atas duduk n main. 

Rindu dekat budak kecik nie... 
Sejak 2 menjak ni dia memang suka sangat kat piano ...
Pantang tengok piano dari mainan sampai yang real..
Gatal tangan dia nak tekan...
Nasib baik kat IPAD boleh download piano nie...
Dan ala-ala real punya.. hehe

Nasib baik Ada PAK NGAH Qalesya dok tolong tengok-tengokkan.
Pekerja hotel kat sini nampak tapi dia bagi chance kat Qalesya & Kakak Nana 





NOTE : kita selalu impikan anak-anak sebagai aset akhirat!!..penyejuk mata & hati kita!!..adakah kita sendiri aset kepada kedua ibu bapa kita?..adakah kita penyejuk mata & hati kedua ibu bapa kita?..i must do my best to be the best daughter..sharing buat kita semua..



Wednesday, June 20, 2012

Wordless Wednesney - Teringin Nak Pergi huhu

Teringinnya nak jadi tetamu Allah.. 
Teringin nak jejakkan kaki ke TANAH SUCI ini.. 
Teringinnya .. teringinnya.... huhu
Semoga Allah mempermudahkan segalanya. 

Cantikkan.. Payung ni baru nak buka.... 

My Sayang .... ^_~

NANA kata dia nak pergi beli coklat & buah Kurma. 

Pokok KURMA ... 

Bersama-sama jemaah lain di dalam kumpulan MAK.

MAK &  NANA.....  

Hotel yang mereka tinggal semasa di MADINAH.

PUTERI NURJANNAH. 

En Suami dah siap berpakaian Ihram untuk menunaikan Umrah. 


Berlatar Belakangkan KAABAH.
Subhanaallah... Bilalah aku nak sampai sini. 

Mereka Kesayangan Kami Semua ... 

En Suami posing berlatar belakangkan LAUT MERAH. 


 NOTA : "Jika hamba-hambaKu bertanya padamu tentang Aku, sesungguhnya Aku sentiasa dekat..." (Surah al-Baqarah, ayat 186)