Thursday, January 31, 2013

Kasih Seorang AYAH ... ^_~






Ramai yang kata anak perempuan selalunya rapat dengan ayah.. Siapa setuju..!!

Wednesday, January 30, 2013

WordLess Wednesday ::: Besday mu Besday ku jua :::









Itulah Qalesya birthday orang lain macam birthday dia jugak... Qalesya & Sepupu-Sepupu nya.. ^_`

^_~

Buat apa kita bersedih kerana hidup
Jika hidup akan terus berjalan
Buat apa kita berduka kerana hidup
Jika hidup akan terus berputar melangkau zaman

Hadapi kehidupan dengan penuh semangat jiwa
Hadapi Semua rintangan hidup dengan REDHA
Kerana masalah dan ujian hidup itu adalah warna warni kehidupan

Gagal hari ini bukan gagal selamanya
Gagal itu biasa, yang luar biasa adalah tak pernah mengalah

sumber : fb mutiara kata renungan bersama






Tuesday, January 29, 2013

Ada Sesiapa Tahu Tak???

Stainless Steel Wall Mounted Clothes Hanger..!!!  ada sesiapa yang boleh tolong bagitau liya harganya berapa yer.. Kat mana tempat yang murah nak beli ... Hehe liya belum survey lagi kat kedai.. Sebelum ni tak pernah terfikir pun nak beli.. Sekarang ni pulak baru rasa nak beli..



Friday, January 25, 2013

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW

STICKY ENTRY .. (T_T)
new entry kat bawah ye.. 

Alhamdulillah kita masih lagi diberikan oleh Allah swt dengan kesihatan untuk kita terus beribadat kepada Nya .. Mari kita luangkan masa kita selama 10 minit untuk sama menghayati video ni "Khutbah Terakhir Nabi Saw" Kepada umatnya.. Setiap kali menonton & menghayatinya hati ini begitu tersentuh dan pasti airmata akan jatuh.. 






Seandainya Rasulullah berada seminit di hadapan kamu,apa yang ingin kamu ucapkan kepada baginda??


Credit Buat : http://traveloghort.blogspot.com atas perkongsiannya klik SINI  ... ^_~

Wednesday, January 23, 2013

Terapi MINDA

Hari ni memang bizi sepanjang masa. Daripada masuk kerja tadi sampai le sekarang .. Kerja tak habis-habis. Belum lagi habis satu kerja siap.. Datang pula kerja lain yang minta disiapkan cepat juga... Semua nak kata URGENT je...  Tangan ada 2 je pun kot.. Itu nak kene kira .. ini nak kene kira.. Stress jadinya... huhu





Tapi bila tengok gambar ni hilang stress sekejap.. 
Rindu kat Qalesya ... Rindu kat Daddy dia jugak..  ^_^
Rindu juga nak kat mak kat kg tue... 
Ins Sha Allah besok nak balik kg Teluk Intan.. 
Jumaat ibu dah apply leave.. So dapatlah lama kat kampung dan bermanja dengan mak ..

Terapi minda yang bagus..!!! 

Pstt : Maaf ye tak dan hari ni nak menjenguk kengkawan blogger .. Nanti liya terjah satu2 yer.. Selamat bercuti juga buat semua.. dan tak lupa SALAM MAULIDUR RASUL buat semua.. ^_~


Tuesday, January 22, 2013

Saja je ... ^_~

Salam Hari SELASA buat semua...

Syukur kepadaMU kerana masih diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan pada hari ini.. ALHAMDULILLAH ^_~



Kejadian malam tadi. Agak-agak ada sesiapa boleh teka tak apa bende yang Qalesya sorokkan daripada ibu.. Qalesya takut ibu marah sebab tu dia menyorok kat tepi tu..DIa ingat ibu tak nampak apa yang dia buat tu Hehehe

Monday, January 21, 2013

I Love you...



Macam tu lah... ^_^


Alhamdulillah ... Pagi tadi Qalesya tak ada menangis atau buat perangai tak nak pergi sekolah lagi.. Senang je dia bangun dan tak banyak kerenah macam selalu tu.. Macam tu lah anak ibu.. Kalau Adeq tak nangis ibu pun senang hati tau... ^_~ 




Jumpa ni dalam beg sekolah dia.. Bila masa lah pulak dia letak pun tak tahu le.. Tapi senyap-senyap ibu keluarkan balik dari dalam beg dia tue.. Hehehe



Saturday, January 19, 2013

Yang Mana 1 Idaman KALBU ^_!


Salam Weekend Semua.. Hehe
Satu situasi yang menggambarkan macam-macam reaksi memek muka Qalesya hehe.. 
yang mana satu pilihan anda.. ^_~ 
IbuQ suka semuanya tapi yang paling suka No4 ..  
Anda bagaimana ?? 
(* _*)


Friday, January 18, 2013

Elfira Loy vs Qalesya

Alhamdulillah mesti semua dah makan kan... Harap semuanya sihatlah ye.. Liya nak cerita sikit tentang Sejarah nama Qalesya nie ... ^_^

Teringat dulu masa ibu mengandungkan Qalesya ada satu cerita yang ibu suka layan iaitu cerita Qalesya kat Astro Prima, pelakon yang memegang watak Qalesya tu Elfira Loy. Masa tu suka tengok dia, dah tu comel je pakai tudung.. Masa tu tak ada le terniat nak letak nama baby dalam perut ni dengan nama Qalesya nie.. Lagipun jantina baby dalam perut memang tak tahu baby gurl atau baby boy... sebab setiap kali scan memang tak nampak pun.. pandai budak kecik ni nyorok yer hehe...



Qalesya masa baby ^_`

Bila dah keluar tengok perempuan.. Tetiba ibu terfikir nak letak "QALESYA" lah.. Bagitau kat Daddy.. Daddy ikut jer.. Maka hasilnya "QASEH NURHANI QALESYA" panjang tue nama dia..  Daddy siap kata tu le ibu selalu sangat tengok cerita melayu / baca novel nama anak pun ikut cam dah nama sinetron panjang berjela lak tue..

Ehhh tak tahu kebetulan atau apa.. Kalau diperhatikan betul2le kan.. Elfira Loy dengan Qalesya mempunyai satu persamaan yang cukup sama hehehe... Agak2 siapa boleh teka... ^_^







Doa Pagi Jumaat ::: IBUBAPA :::

Ya Allah Ya Tuhanku... 
Mungkin aku tidak mampu membahagiakan ibubapaku dengan kemewahan & kasih sayang.. 
Dengan pertolonganMU.. Perkenankanlah doaku.. 
Hanya doa yang dapat aku berikan kepada mereka... 



YA ALLAH... AMPUNILAH AKU, KEDUA IBUBAPAKU DAN KASIHANILAH KEDUANYANYA SEBAGAIMANA MEREKA MENGASIHANI AKU SEJAK KECIL... 


YA ALLAH YA TUHANKU.. 

PANJANGKANLAH UMUR IBU BAPAKU. BAHAGIAKANLAH MEREKA, JAUHILAH MEREKA DARI SEGALA BAHAYA & KECELAKAAN. AKU MOHON YA ALLAH AKU DIBERI KEKUATAN UNTUK MENJAGA IBUBAPAKU. AKU MOHON SEGALA PERJALANAN KEHIDUPAN MEREKA DIPERMUDAHKAN. 

AMIN YA ROBBAL'ALAMIN



Note : Sibuk mencari kesilapan orang lain tidak akan membuat kita lebih baik darinya.. Adakalanya lebih baik sibuk cari kesilapan sendiri untuk diperbetulkan :)



Thursday, January 17, 2013

Sumandak Talawa ... ^_~

Sumandak Talawa..!!!!

Siapa tau apa maksud dia angkat tangan hehehe ... Actually, liya pun tak tahu dan tak prnah dengar pun sebelum nie.. Bila pergi BW kat Blog DIARI AIMA baru tau hehe.. Tapi serius okeh liya memang nak belajar lagi bahasa kadazan yang lain-lain tue pulak... Agak2 ada cikgu yang nak ajar tak ( buat muka kesiann.. plssss...plssss... hehe) ... Kat sini juga Liya nak ucapkan Terima Kasih kat Mummy Daniel & Danish ni sebab secara tak langsung telah promote blog Ibu Qalesya nie.. Auuwww malu i okehhhh tapi sukaaa..sukaaa.. sukaaa... haha..




Minta ampun yer kita pinjam gambar awak yer... Btwn, your 2 heroes nie memang ensom .. tak sabar nk tengok adik mereka ni  pula.. haha kita lak yang lebih..  ^_~


Gigittt Bleh .. =P




Geram kat budak ni... Eeeee rasa nak giiiigggiiitttttt jer.... Pagi tadi dia buat hal menangis tak nak pergi sekolah... Lepas tu kan nak cter sikit pasal malam tadi... Hehe Ohh ye semalam lepas balik kerja Ibu pergi klinik sebab sakit perut.. Bukan pasal salah makan hehe pasal bende lain (nanti le ai cter ok.. entry lain..entry lain.. huhu)..  Balik dari klinik budak ni dah sememang dah ada kat rumah.. Dia sambut ibu balik kt muka pintu dengan senyuman yg manis ok hehe... ^_~ pastu kan  ibu saje sembang dengan dia kejap.. kita nak tanya dia.. dia boleh lak tanya kita balik hehe..

Ibu : Adeq, hari ni adeq belajar apa kat sekolah.. ??
Qalesya : Ibu pergi mana.. Kenapa lambat balikkkk?
Ibu : Laaaa ibu pergi klinik jap.. Sakit perut..
Qalesya : Oooo
Ibu : Adeq, ibu nak tnya nie.. Adeq nak adik tak?? Dalam perut ibu ni ada adikk tau... (sambil tunjuk perutkuuu kat dia hehehe)
Qalesya : (Dia  diam je pastu dia buka baju ibu dia pukul2 manja perut ibu...hehe pastu dia kata tak nak kawan ibu .. hehe merajuk sudah itu budak..)


Hehehe sebelum semua kata ibu peknen.. ibu nak bagitau dulu.. Ibu tak peknen pun saje je sakat dia hehe

Tips Untuk Mudah Bersalin ^_~

Ooohhh Oooo ai belum lagi peknen apatah lagi nak bersalin yer.. Hehe memandangkan ramai kawan-kawan blogger yang tengah mengandung  (Liya Jeles okehh hehe) sekarang ni kat sini Liya nak share sikit Tips yang mungkin korang boleh praktikkan yer nanti..

10 Tips Untuk Mudah Bersalin

1) Amalkan bacaan ayat-ayat Al-Quran, Selawat dan Zikir.
Selepas solat, amalkan baca doa-doa berkaitan pregnancy, bersalin dan nak dapatkan anak soleh cam surah Al A'raaf (128), Surah At Taubah, Surah Yunus (31), Surah Yusuf (68), surah Al Hijr (97-99), Surah An Nahl (78), Surah As Sajdah (7-9), Surah Maryam dan Surah Yassin. Selain itu amalkan baca Al fatihah, 3 Qul, Ayat Kursi dan Selawat Syifa sebelum tidur dan sapu ke perut dari atas ke bawah.

2) Minum Air Kelapa Muda.
Selain memudahkan proses bersalin, ia membersihkan kepala bayi yang keluar dari pintu rahim. Kulit pun cantik dan rambut sihat.

3) Banyakkan aktiviti bersama suami.
Pilih posisi yang sesuai bila bersama, Kalau rasa malas & tak bernafsu.. ingatlah ini hanya untuk memudahkan anda bersalin

4) Meminta maaf sekerap mungkin terutama kepada suami & ibu bapa.

5) Makan Kurma 3 atau 7 biji sehari

6) Tidur yang mencukupi.

7) Jangan Tahan Kencing
Sikap sebegini sebenarnya memanjangkan lagi tempoh masa proses pelahiran. Jika pundi kencing terasa penuh, jangan segan silu meminta bantuan suami atau jururawat untuk menemankan anda ke bilik air. Jadi sebarang kemungkinan yang tidak diingini dapat dielakkan malah anda akan sentiasa berada dalam keadaan yang selesa untuk menempuhi saat bersalin.

8) Bertenang Dan Jangan Kerap Tertekan. 

9) Kerap Berjalan-jalan
Sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan dapat membantu anda ketika proses melahirkan. Jangka masa proses pelahiran boleh menjadi pendek jika anda berdiri tegak. Keadaan ini membantu bayi masuk ke salur peranakan dengan betul. Oleh itu, anda disarankan sambil ditemani suami untuk memudahkan bayi turun dan mempercepatkan proses melahirkan.

10) Tarik Nafas Panjang
Bunyinya kedengaran ringkas namun sering tidak dipedulikan. Pengabaian amalan menarik nafas panjang boleh melambatkan proses melahirkan. Ini terjadi kerana tanpa melakukan rutin bernafas sedalam-dalamnya, anda menjadi kurang tenang.

--> Tapi ingat ini hanyalah IKHTIAR dan keberkesanannya atas izin Allah Swt sahaja. Setiap kelahiran itu berbeza sakitnya dan hanya Allah Swt yang menentunya. Peace no war.. ^_~



Hahaha Saje nak Enterprem Gambar ai masa mengandungkan Qalesya 5 bulan.. Boleh lagi naik kapal terbang pergi sabah hehe... =)

Wednesday, January 16, 2013

Bacalah ... ^_~



Jika di aniaya bacalah

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolan sungai ini deperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad saw kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan :-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah swt makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Ins sha Allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal dan bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah swt bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1000x rezeki kita akan bertambah
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan kusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah swt akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Semoga dengan sedikit ilmu ini ianya berguna buat semua yer.. Jom sama-sama kita amalkan ^_~










DOA UNTUKMU WAHAI SUAMI ^_~

Doaku Untukmu Wahai SUAMI - Nurzuwairi Syahman

Ya Allah..
Kau ampunilah dosaku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sufat keredhaan
Kau perliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran MU
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah ..
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMU
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untukku diJannahMU
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami  ku ini adalah yang terbaik untukku di dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Ya Allah...
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan Bimbinglah aku je jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku di dunia bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku ingkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah..
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah...
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah
Hanya pada Mu,

Ya Allah ...
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku..
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin Ya Robbal 'Allamin...





GAmbar Dato' Siti Nurhaliza Bertudung Litup

Alhamdulillah sorang lagi artis malaysia sudah bertudung litup.. Siapa lagi kalau bukan Dato' Siti Nurhaliza. My feveret artis ^_^







WordLess Wednesday ::: Tepek Pisang :::




Menu minum petang kami sebelum nie.. Teringat kat mak kat Teluk Intan.. Kalau ada stok pisang kat rumah suka tul mak masak tepek pisang nie.. Pastu bagi kat jiran-jiran & bawa ke surau.. Ada yang panggil lempeng pisang lah, tepek pisang lah.. Hehe ke ada lagi nama lain yang korang tahu.. Bolehlah share yer...


❤ ALLAH uji KEIKHLASAN apabila BERSENDIRIAN,
❤ ALLAH beri KEDEWASAAN apabila kita ada MASALAH,
❤ ALLAH latih KESABARAN dalam KESAKITAN,
❤ ALLAH tidak pernah mengambil apa yg kita SAYANG,KECUALI menggantikan yg LEBIH BAIK...Insyaa'ALLAH :)

Tuesday, January 15, 2013

MY GURL ::: QALESYA :::


Lama dah ibu tak cerita pasal Qalesya kat Sekolahkan... Dalam Minggu ni hari ni baru dia pergi sekolah .. Semalam tak nak pergi sekolah.. menangis bagai budak kene dera tak mau pergi.. So disebabkan dia pun still 3thn lebih so liya decide tak pe lah tak mau paksa dia sangat untuk pergi sekolah.. Ins Sha Allah lama-lama oklah nanti tu kan.. Tapi tu lah hari ni dengan rela hati dia pergi.. PAgi tadi kejut dia " Adik, bangun dik..nak pergi sekolah tak?? ... " Qalesya diam je haram sepatah kata pun idak keluar dari mulut dia ... Tak pe ibu pujuk lagi " Adik, tak nak pergi sekolah ke? kawan-kawan adik semua rindu kat adik sebab semalam adik tak pergi sekolah .. " Tak ada jawapan yang keluar dari mulut dia hanya anggukkan je yang ibu nampak.. So maknenya dia nak pergi sekolah lah hehehe.. Macam tulah " MY GOOD GURL " kan...


Yang kat atas tu gambar Qalesya khamis lepas.. Hahahaha nak pergi sekolah macam nak buat video klip cerita hindustan dibuatnya.. terpaksa kejar dia keliling kereta ... hehehe hope lepas ni tak ada lagilah adegan macam ni yer SAYANG.... ^_~



Sepetang di TASIK SHAH ALAM


Aktiviti wajib Qalesya kalau Daddy Qalesya ada kat rumah bila hujung minggu... 
Sabtu lepas (12012013) .. Kami bawa Qalesya pergi mana lagi kalau bukan ke TASIK SHAH ALAM...  Actually dah lama sebenarnya kami tak pergi sana..Hehe Dah cam ne nak pergikan, Daddy asyik kene keje je ... Tapi macam biasa ini budak memang aktif... seronok sangat dia dapat pergi sana.. Siap bawa basikal dia le... Aduhhh jenuh nak mengejarnya... Tapi memang nampak sangat dia happy bukan main lagi... 






"SMILING FOR SOMEONE IS SWEET. BUT MAKING SOMEONE SMILE IS THE BEST FEELING"




Air Asia BiG SALE :: FREE SEATS ::

Lai..lai... lai...
Wah mesti hari ni line booking kat AIR ASIA bizi sokmokan....




Maklumat lanjut boleh cari kat AIR ASIA

BORANG BANTUAN LESEN 1MALAYSIA (BL1M)



Sesiapa yang belum ada lagi lesen motosikal bolehlah isi borang bantuan lesen 1Malaysia ni yer.. ^_^

Syarat Penyertaan 

1) Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 1 Januari 2013.
2) Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu 
3) Hanya sah untuk lesen kelas B@ sahaja.
4) Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh Penganjur dan JPJ
5) Yuran sebanyak RM199.00 dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada "My E.G. Services Berhad"
6) Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ.





Cara Permohonan BL1M Bantuan Lesen 1Malaysia 

Untuk membuat permohonan dan keterangan lanjut bolehlah klik kat sini yer http://www.bl1m.my/ 

Simple Birthday Giveway by Kay SBK


Simple Birthday Giveaway by Kay SBK






JOM JOIN... !!! CLICK BANNER KAT ATAS TU YERK...   ^_~

Monday, January 14, 2013

Qalesya Nak Beli Adik..!!! Ada Sesiapa Jual tak? ^_~

Weekend ni tadi Kami dok geli hati dengan perangai Qalesya.. Ada ke patut dia kata " Ibu, Pergilah Beli Adik Baru " Hahahah mana le pulak ibu & daddy nak cari kedai yang ada jual adik baru lak nie... Aduhaiii Qalesya mana le dia dapat idea nie... Gelak sakan kami dibuatnya ... Bukan sekali dua dia kata macam tu tapi banyak kali hehe....

Dah tue bila Ibu tanya Qalesya .. " Adik, Nak Baby Tak ?? " Dia jawab "Nak" Tapi bila tanya "Adik Nak Adik Tak?? Dia jawab "Tak Naklah Ibu... "  ... Hahaha Macam mana tue... Confius Kejap kami... 







Friday, January 11, 2013

Flight Ticket MAS Murahh.. :: Holiday Time ::

Nak cerita pasal Rabu lepas Hehe ..  Masa tu Liya & suami pergi lunch.. En suami bagi satu kertas haha.. List harga tiket untuk staff MAS. Terkejut i ok... Waduhhh... Waduhhhh murahnya.. Harga untuk tiket pergi dan balik sekali dengan airport tax. Local flight Kuantan. JB, Penang, Kuala Terengganu. Kota Bharu, Alor Setar & Langkawi RM38.00 je sorang (pergi balik +airport tax) hehehe.. Bak kata suami liya le boleh pergi Langkawi balik hari beli coklat hehe...




Kena kumpul duit ni kalau nak selalu pergi holiday hehehe....

Qalesya tak Sekolah ::: DEMAM Pulak :::

Hari ni ibu nak cerita pasal Qalesya yang demam.. Alahaiii baru je pun sekolah berapa hari je pun udah demam lak budak tue... Ibu sedar dia demam pun malam tadi.. Tengah tidur nak peluk dia rasa badan dia panas semacam.. Terus kejut Daddy bagitau Qalesya demam.. Daddy rasa suhu badan dia terus ambik ubat demam dalam peti ais bagi dia makan.. Alhamdulilah pagi tadi ok dah tapi hingus le pulak.. pagi tadi ibu hantar dia pergi rumah Cik Sue ( Pengasuh Qalesya ) .. Lagipun Qalesya memang nak pergi sana hari nie.. Dia suruh Cik Sue buatkan kueh Pau untuk dia.. Lagipun maybe dia pun dah rindu kat Cik Sue dia kot.. hehe

Malam tadi talifon kampung Abah yang demam .. Tak sangka lak Qalesya pun demam jugak ^_~

Hope Abah & Qalesya cepat sembuh yer... Luv u Sayang .. ^_~




4th Maternity & Children Expo, Mid Valley

Nak juga cerita hehehe... Satu lagi entry yang dah lapuk tapi tak basi lagi yerk.... Kami pergi ke 4th Maternity & Children Expo kat Mid Valley Megamall... Event ni pun 1st time pergi.. Sebelum ni tahu tapi tak pernah pun pergi... Tak beli apa pun sangat... beli 2 pasang baju untuk di bagikan kat jiran depan rumah sebab baru je dapat baby gurl ( memag murah sangat + baju tu cantek sangat ok)  plus belikan puting botol Event Qalesya. selebih tu cuci mata je tapi balik banyak bawa goodies bag dari booth-booth yang participate. Berbaloi-baloi pergi hehe... 

Tarikh : 30 November - 2 Disember 2012



Pada yang terlepas tue ... Ada lagi event tu tahun ni bulan 4 nanti... Detail boleh Klik FB Maternity & children Expo ... Jangan lepaskan peluang okeyyy...

Hehehe  Tak tahu lagi yang ini boleh pergi ke tak.. ^_~

Tarikh : 5-7hb April 2013
Tempat : Pusat Pameran Mid Valley.


Jualan Gudang Karangkraf 2012

Baru ni nak update.. Story dah basi tapi ok lagilah kan tak sampai 2 bulan cerita nie ^_~ buat pertama kalinya ibu terjah jualan gudang karangkraf nie.. Sebelum ni memang tahu tapi tak pergi pun... Tapi yang ini ibu pergi berdua dengan Qalesya.. Daddy..!!! dia kerja, jenuh jugaklah melayan kerenah budak Qalesya nie.. Dah le orang ramai.. Mula-mula tu ok sebab banyak juga buku budak-budak. Biasalah budak-budak mana boleh lama-lama kat satu-satu tempat tue... Harga memang puas hati sangat.. Diskaun samapi 80% tue.. Lain kali boleh pergi lagi.. Hehehe 

Nak tahu pasal buku-buku karangkraf nie.. Boleh KLIK SINI yer...  

Tarikh : 30 November - 2 Disember 2012 (Jumaat, Sabtu &  Ahad)
Masa : 9.00 pagi - 7.00 malam 
Tempat : Perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangraf, Seksyen 15, Shah Alam







Thursday, January 10, 2013

::: SpeechLess :::

Susah atau senang bersyukurlah apa yang ada... 

Kalau kita percaya pada diri dan selalu bersandar padaNYA
Walaupun ada orang yang jatuhkan 
ALLAH akan kuatkan IMAN kita...