Friday, September 21, 2012

KAKAK NANA...!!!

Ada yang tanya siapa kakak nana... ??
Ibu tahu ada yang tahu cerita ni ada yang tak tahu...

Banyak kali cuba menaip tapi masih juga tangan ni tak pandai nak mengusun ayat.. tak tahu macam mana nak mulakan.. hati rasa sedih yang teramat.. kelopak mata mula bergenang tanda ada air yang jernih akan mengalir keluar.. tak tahu nak mulakan cerita nie macamamana... maybe ada yang dah tahu tapi ramai lagi yang tak tahukan .. Satu hari nanti aku pasti dia akan membaca blog nie.. dan yang paling penting masa tu dia dah tahu pun cerita yang sebenarnya.. pesanku satu ingat semua orang sayangmu... biar apa orang nak kata tapi nana terlalu istimewa kat hati kami... 26hb April 2007 .. lahirlah seorang bayi perempuan yang sangat comel di hospital sungai buloh. Siapa je yang tengok mesti jatuh hati kat dia.. Dia lahir secara Cesarean sama macam Qalesya.. Pertama kali aku pandang aku dh mula rasa ada sesuatu perasaan yang tak tahu nak digambarkan.. tapi dalam masa yang sama kesian sangat kat dia.. kehadirannya akan mengundang cacian/kejian orang lain.. orang akan kata macam-macam.. mulut manusiakan bukan boleh kita nak tutup.. bak kata orang rambut sama hitam tapi hati lain-lainkan... aku perlu buat keputusan yan penting samaada terima atau sebaliknya.. setelah berfikir & berbincang dengan mak dan keputusannya aku terima dia seadanya... dia tak bersalah dan tak berdosa langsung tak perlulah kita untuk menghukumnya.. lahirnya pun bukan dia mintakan....  aku tak ada kekuatan nak sambung cerita nie ..  sebab kisahnya terlalu menyentuh hati..  Sebab kerena kehadirannya ada yang membenci.. Macam-macam orang kata.. Perhubungan yang baik sebelum nie boleh putus.. Tapi Allah mengetahui semuanya ...

Kalau nak diceritakan memang panjang... cuma apa yang boleh aku katakan sekarang Ibu Nana & Ibu Qalesya bukan orang yang sama... tapi KASIH SAYANG aku kat nana SAMA macam kasih aku pada Qalesya tak ada bezanya ^_~

Insyaalllah akan disambung cerita nie yer...
Bawah ni semua gambar nana masa baby...
PUTERI NURJANNAH ...









Comelkan kakak nana masa dia baby...Sayang  kakak nana ... ^_~


11 comments:

  1. comeeelll sgttttt...mulut org mmg x leh nk tutup sba je la liya

    ReplyDelete
  2. biarlah apa orang nak cakap. setiap bayi adalah suci.

    ReplyDelete
  3. comel kakak nana..moga kakak nana membesar sebagai insan terpilih..aminn

    ReplyDelete
  4. Anak yg baru dilahirkan umpama kain putih, jika kita mencorakkannya menjadi biru, birulah jadinya budak itu, jika kita mencorakkannya menjadi merah, maka merahlah jadinya. Mereka si-kecil yg tak bersalah, si-kecil yg tak pernah meminta utk dilahirkan, krn dia dilahirkan hasil cinta kedua ibu bapanya...

    ReplyDelete
  5. setiap bayi yg lahir ni adalah anugerah dr Allah kan..x kira la dia dilahirkan mcm mn....x per kalau Liya blm bsedia utk kongsi di sini....nnti dh ready..bleh la sharing...

    mmg comey Kakak Nana...

    ReplyDelete
  6. comel sgt..setiap bayi anugerah Allah.walaupun ada yg mengeji nana tp kedudukan dia di sisi Allah mungkin yang paling teratas..

    ReplyDelete