Tuesday, September 25, 2012

Luahan Hati IBU .... ~_^





Duhai anak dikau betul-betul menguji kesabaran ibu...
Memang itulah yang setiap ibu/mama/mak akan katakan bila anak buat perangai... Serba tak kene jadinya.. Macam itulah Qalesya sekarang nie... Sekarang ni dia betul-betul tengah menguji tahap kesabaran ibu.. Ada je yang tak kene... Sekejap-sekejap menangis.. Lepas tu kang bila ibu tengah sibuk kat dapur dia kat depan dok sepahkan semua barang.. Kadang-kadang dik ibu hilang sabar marah qalesya.. Tangan ibu ni pulak rasa ringan je nak memukul masa tue.. tapi ibu pukul untuk mendidik.. bukan mendera tau..  Maafkan ibu yer qalesya.. Ibu membebel dengan adik.. walaupun qalesya kecik lagi ibu tahu qalesya faham apa yang ibu cakapkan... bila ibu marah qalesya.. mulalah qalesya nangis nak Daddy.. Ibu memang tak salahkan qalesya.. sebab umur seusia qalesya bukannya tahu itu semua.. kekadang ibu marah kat diri ibu sendiri sebab cepat sangat nak marah...  Aduhaii ibu bukan nak merungut memang itu tanggungjawab ibu sebagai seorang isteri & seorang ibu... tapi ibu bukan perfect dik.. balik je kerja ibu nak kene siapkan makan malam.. kemas rumah, angkat kain, lipat baju dan macam-macam lagi.. kekadang ibu rasa macam dah tak cukup tangan nak buat semua tue.. Maafkan ibu sebab kadang-kadang bila qalesya nak ajak ibu main ibu tak ada masa nak main dengan qalesya... ibu cuba buat yang terbaik untuk keluarga kita sayang....  Bila qalesya dah tidur ibu usap rambut adik...nak menagis ibu tengok wajah comel qalesya...  ibu minta maaf sebab ibu dah marah-marah kat qalesya... dalam masa yang sama ibu harap qalesya mengerti & faham kenapa dan mengapa ibu marahkan qalesya... teringat kat mak kat kampung .. bukan senang sebenarnya untuk membesarkan anak..  dulu aku macam qalesya.. mak yang melayan kerenah kami adik beradik.. 7 orang lak tue.. ni aku sekarang ni baru sorang dah rasa penat dan merungut... besarnya cabaran seorang ibu untuk memdidik anak2nya.. Ya Allah, Sabar dan kuatkanlah hati hambamu ini ...





11 comments:

  1. comelnya qalesya..kalau l dia boleh baca catatan ibu sure dia terharu sgt..ibu mana x sayang anak kan

    ReplyDelete
  2. memang kadang2 kita sebagai ibu adakalanya hilang sbar dengan kerenah anak kita.. memang tangan ni rasa ringan jer nak pukul tapi bukan utk mendera itu cuma hanya pengajaran dan cara utk mendidik mereka.. sekurang2 nya mereka faham yang mana boleh buat dan mana yang takleh buat.. memang kalau dia dah nangis tu kita rasa sedih.. tu sebab saya jarang marah anak saya.. saya cuba sabarkan diri saya dalam mendidik anak saya.. saya cakap pelan2 kat dia tapi memang syukur juga dia faham.. papa dia je yang garang sikit..

    ReplyDelete
  3. Pengorbanan seorang ibu. Bukan mudah nak membesarkan anak². Banyak cabaran dan dugaan. Kesabaran yang tinggi perlu ada.

    ReplyDelete
  4. ni baru sorang ..saya 3org huhu yg 2nd tu sejalk beradik peel mmg x terhandle ..lum tau jalan plak tu mmg menguji kesabaran..tp tu la tugas kita melayan ...

    ReplyDelete
  5. sabar dear...

    inilah masa utk kita belajar ttg diri kita..

    ReplyDelete
  6. jadi mama nie mmg kena byk bersabar kan..byk cabaran nk besarkan anak nie..=)

    ReplyDelete
  7. Sabar yer.. kekadang anak ni jugak yg sejukkan hati ibu bapa.. :)

    ReplyDelete
  8. sabar ye liya..biase la seo ibu yg marah2 bile anak nakal x menentu..kite yg emo ni bile marah x hengat dunia..tgn pun laju mencubit..sy pon lalui tu semua...bila da buat baru datang kesal..nak wat kite ni bercampur ngan letih kerja..blk nk setel keje umah lagi...

    ReplyDelete
  9. biasalah tu liya.. anak2 sdg membesar mmg mcm2 ragamnya.. ujian dari Allah tu.. tu anak masih kecil.. blm lg anak dah besar dan dewasa kelak lg haru di buatnya.. walau apa pun.. setiap ibubapa pasti akan melalui pengalaman ini.. sbg ibubapa kita kenalah pandai bgmana nk tangani anak2 kita kan.. bykkan bersabar.. insyaAllah besar ganjaran Allah bg kpd kita sbg ibubapa yg sabar melayan kerenah anak2...

    p/s: rasa mcm nampak liya kat k4 la aritu.. nak tegur Queen kat depan kedai hp depan KFC liya plak kat kaunter byrn k4 tu... :) so x jd nk tegur.. hehehe

    ReplyDelete
  10. sabar je kan...

    mcm tu la bdk2 nk mbsr...rajin xplore mcm2..

    memunggah sn sini..huhu

    ReplyDelete